Showing posts with label pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label pengetahuan. Show all posts

Sunday, February 15, 2015

3 Perkara untuk Bahagia



sudah lama blog ini diusangkan... tidak dititip apa2 di dalamnya. hurm... perubahan fasa kehidupan ini mengajarku betapa hidup ini perlu dilalui dengan tabah. adakala kita perlu menjadi lebih kuat dari apa yang kita sangka, sebab Dia sahaja tahu betapa kuatnya kita untuk melalui dugaan dan rintangan yang Dia aturkan..

dalam kehidupan ini kita perlu ada 3 perkara untuk bahagia,

  1. kita perlu ada rasa syukur dengan apa Allah kurniakan untuk kita.
  2. kita perlu selalu meletakkan harap hanya pada Allah.
  3. kita perlu berprasangka baik dengan takdir Allah... kunci dalam hati kita mengnai kehebatan dan kekuasaanNya.
sesungguhnya Allah telah mengutuskan Muhammad Rasulullah... buat kita belajar dan mengikut sunnahnya... betapa Allah mengasihi Rasulullah... tetapi pelbagai dugaan yang telah dilalui baginda... Allah maha besar lagi maha berkuasa... tiadalah daya kita melainkan hambaNya...

istikharah lah untuk mencari jawapan... tidaklah istikharah itu kita buat dan menunggu jawapan. sebenar-benarnya kita membuat isthikarah dan mengharap Allah membantu kita membuat pilihan yang terbaik... kita perlu yakin dan meletakkan jawapan adalah titip dan anugerah dari Allah... jika setelah ia berlaku maka pilihan itu salah, kita perlu kuat yang Allah titipkan kesalahan itu kerana kasih sayang Nya kepada kita... ada sesuatu Dia simpan buat kita. jadi x perlu kita merasa gagal melainkan syukur dengan setiap nafas yangAllah pinjamkan buat kita...

kehidupan ini sangat misteri dan pengkhirannya pasti... :)

Wednesday, April 10, 2013

malu menjadi baik atau bangga menjadi fasik

Assalamualaikum...
dah lama saya nak update tapi macam ragu-ragu n tak ada kesempatan... tapi sekarang saya dah berkelapangan... kawan2 jom baca sedikit pendapat dari saya nih... nih nak buat come back untuk blog nih... dulu ada readers... tapi saya busy n sunyi lah blog nih... ada komen pon banyak yang spam... naik meluat rasanya... so... sekarang nak buat sedikit entry yang in shaa Allah boleh bagi kebaikan buat kita semua... 

tengok tajuk... sebenarnya nih isu semasa... kat bawah saya ada huraikan apakah maksud fasik...
Fasiq/Fasik (Bahasa Arab: فاسق‎) berasal dari akar kata fasaqa-yafsiqu/yafsuqu-fisqan-fusûqan.
Secara etimologis (bahasa), dalam ungkapan Arab, fasiq maknanya adalah keluar dari sesuatu atau keluar/menyimpang dari perintah.
Secara terminologis (istilah), orang fasiq adalah orang yang menyaksikan tetapi tidak meyakini dan melaksanakan. Ia juga bermaksud melakukan maksiat, meninggalkan perintah Allah, dan menyimpang dari jalan yang benar. saya amik dari wikepedia...
so kawan-kawan, para hadirin yang membaca, pernah tak terfikir isu nih... malunya kawan2 bila buat baik... p library, serius malu nak bgtau orang... pakai tudung labuh, serius malu orang perli, p masjid sembahyang serius takut orang kata tunjuk alim... 

tapi tak pakai tudung serius bangga dengan rambut, pakai seksi, serius seronok orang tengok, p kelab malam, serius bangganya depa bercerita... masya Allah... dimana jiwa hamba kita sebagai seorang muslim...

mungkin di sebalik rasa malu orang yang nak buat baik itu ada terlintas di hati takut dikatakan riak, ujub dan bangga diri. takut dikatakan sebagai menunjuk2... Astagfirullahalazim... kalau itu yang terlintas, kita minta lah ampun dari tuhan agar niat dan hati kita betul dan ikhlas untuk Allah semata-mata... dan jadilah orang yang merasakan seronok dan bahagia menghadirkan diri dalam melakukan kebaikan dijalan Allah... Alhamdulillah sekarang nih dah banyak orang yang sedar tentang kebaikan beragama nih... tapi saya terpetik untuk berfikir, apakah perasaan mereka yang melanggar segala peraturan Allah tanpa rasa malu dan segan...

saya tak mau hurai sebab saya sendiri takut diduga dengan ujian leka ni... tapi Alhamdulillah selagi Allah membantu saya membuka mata melihat nikmat dan mensyukuri kurniaanNya... Alhamdulillah... semoga Allah selalu bagi hidayah buat kita semua... Amin~~~

tengoklah sekarang, satu perintah Allah yang dilakukan secara berleluasa adalah pakaian wanita... menutup aurat... takutnya saya kawan-kawan bila ada mulut seorang umat islam sanggup berkata, "seksi adalah hak saya"... MasyaAllah... segala kecantikan dia tu hak Allah... kenapa terlalu bangga hingga lupa pada agama... hurm... saya takut jika suatu hari nanti terlalinya saya hingga pemikiran dan percakapan saya sudah tidak seimbang dengan agama dan suruhan Allah... marilah sama-sama kita berdoa agar kita akan terus dilindungi dan di beri hidayah oleh Allah hingga ke hari pengakhiran nanti... Amin~~~.. 

seronoknya melihat orang bercouple... berpeluk da berpegang tangan, tiada batasan... saya sendiri lali dan alpa kawan-kawan... untuk diri sendiri boleh saya menghindar... boleh saya hidup single... boleh saya mengelak diri... itupun selagi Allah beri saya perlindungan dan pertunjuk ke agamaNya... pentingnya kurniaan Allah bagi setiap hamba-hambaNya... tapi saya masih lemah nak menegur kawan-kawan saya, saya masih lemah untuk mengatakan kepada kawan-kawan saya jagalah batasan kamu, saya masih lemah untuk bertindak apabila bersama kawan-kawan saya... kerana saya takut mereka kecil hati... sedangkan saya telah bersubahat dengan perkara yang Allah murkai... Ya Allah ampunkan lah segala dosa-dosa ku... sesuangguhnya akulah hamba Mu yang lemah ya Allah... ampunkanlah aku Ya Allah ... Amin~~~

kawan-kawan jom kita berusaha menjadi baik... tinggalkan keburukan dan kejahatan... insyaAllah kita bahagia di dunia dan akhirat... pasti mendapat rahmat... :)

Friday, April 20, 2012

Aku menangis kerana ingin bahagia


Assalammualaikum...

entri sebelum nih saya ada katakan nak buat entri tentang menangiskan? dan ya sekarang saya menepati janji itu... menangis adalah satu perkara yang berlaku dari dalam jiwa...

tangisan itu umpama deraian mutiara yang mengalir di pipi...
tangisan ibarat suara hati yang bersenandung rindu...
adakala tangisan mewakilkan rasa bahagia yang sangat tinggi...
tangisan juga adakala menceritakan tentang kebanggaan yang tiada terperi...

pelbagai tafsiran tangisan itu...
menangis seorang pecinta kerana cintanya,
menangis seorang berjaya kerana bangga,
menangis seorang ibu kerana anknya,
menangis si kaya kerana hartanya,
menangis si suami rindukan isterinya,
menangis si bayi kerana laparnya,
menangis seseorang kerana gembiranya,
dan menangis si bengis kerana marahnya...

namun selalu insan terlupa menangis seorang hamba,
hanya kerana Penciptanya...

Telah bersabda Rasulullah SAW, “Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”

nikmat menangis itu ada banyakkan??? dan saya suka sangat suka menangis...
kebaikkan peribadi apabila menangis...
  1. hati rasa tenang
  2. tiada tertanam dendam
  3. bahagia di penghujung hari
  4. meredakan sesak di dada
  5. ekpresi terlalu gembira
  6. kadang2 tersentuh dengan nikmat yang dikurniakanNya... rasa syukur tak terhingga...
  7. bila lidah kelu menyatakan rasa... biar mata yang mengambil peranannya...
hurm banyakkan kebaikan secara peribadi saya dapat...
sama x?

kalau dalam islam pula, menangis nih memang sangat baik..sebab,
Menangis itu merupakan pelajaran terpenting dalam Islam sebagai Muslim untuk bermuhasabah diri dan mengingatkan diri dengan segala seksaan yang Allah turunkan. Maka bagi setiap diri yang bergelar hamba, wajarlah bagi kita semua meluangkan waktu untuk menangis. Jikalau belum mampu untuk menangis, belajarlah untuk menangis, atau bermulalah dengan berpura-pura menangis.

Tidak dinafikan, para Nabi dan Rasul serta para sahabat di zaman mereka sering menjadikan tangisan sebagai perhiasan dalam solat-solat, doa-doa dan zikir-zikir mereka kerana takutkan kepada Allah SWT.

Telah diriwayatkan dalam hadis, ”Barangsiapa yang menangis kerana takutkan Allah sehingga berlinangan air matanya dan air matanya membasahi tanah maka dia tidak akan diazab pada hari kiamat.”

Tidak ramai yang mengetahui, air mata mengandungi 25% protein. Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ia dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.

baikkan menangis tu... sebab tu Allah ciptakan air mata untuk kita.... sekurang-kurangnya tika kita memerlukan, ia boleh meringankan jiwa...

jadi, janganlah malu untuk menangis jika itu yang terbaik... air mata itu kadangkala boleh jadi teman yang sejati penawar luka di jiwa... keluarkanlah racun yang menghantui dada tika perit yang terasa...

namun, jangan lupa jadi orang yang bahagia dan titislah air mata untuk Dia Allah S.W.T... tenang akan lebih terasa... hurm... oleh itu kawan-kawan, tak kira lelaki atau perempuan, menangis jika itu yang terbaik...:)

A Lot Of Love...


Tika hati tak keruan... inilah yang aku mampu lakukan...:)

Saturday, November 12, 2011

kampus baru UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


















ASSALAMMUALAIKUM ...

hehhe... gambar2 nih saya dah ambil beberapa minggu yang lalu. cuma malam ni jer ada kesempatan nak update kat blog...

buat pengetahuan semua... UPSI sedang membina kampus baru di proton city... kalau tengok, belum siap lagi tapi sudah ada beberapa bangunan dan fakulti yang sudah boleh berpindah ke kampus baru ini... agak besar la gak kampus nih... kalau kampus sekarang nih memang la sangat kecik... sebab tu nak bawa masuk keta pon selalu x lepas...kena tahan ngn pak  guard... tapi harap2 kampus baru nanti di benarkan sahaja la menggunakan kereta... huhuhu.. bajet macam sempatkan??? tapi harap2 sempat la...

macamna pon, walaupon ada kampus baru... kampus lama harus tetap stay kat situ.. sebab kampus tu mempunyai banyak sejarah pendidikan... ada yang baru usah lupa yang lama, tapi tanpa yang lama mana mungkin yang baru ada..kan???

huhuhu... terima kasih kerana sudi membaca..:)

Thursday, September 15, 2011

muzium pendidikan nasional

Assalammualaikum...
sepatutnya entri nih di post kelmarin... tapi masa tak mengizinkan saya... malam2 nih baru ada kesempatan... syukur Alhamdulillah... dah add subject tadi... dapat la saya menambah kredit.. doakan kejayaan saya k... :)
sekarang saman menyaman sedang giat dijalankan di sekitar UPSI... huhu.. faham dah sistem diorang... so parking keta pon di luar kampus la... mengelakkan dari melayang RM50... so tadi jalan kaki jer g sana sini.. dari kelas, pergi bilik lecturer minor... pastu jumpa penasihat akademik.. pergi fakulti.. dan pergi bangunan canselori dan pergi fakulti kembali.. kemudian baru jalan ke parking kereta di luar.. hampir satu kampus la saya pusing tadi...huhu.. nasib baik UPSI nih kecik sikit... heheheh... balik2 pengsan terus... dah la mula2 panas terik... tiba2 hujan plak.. ngan angin kuat.. adoi... sabar ja la... 

tapi bukan itu yang story kat sini... saya nak story tentang muzium pendidikan nasional yang telah dirasmikan tempoh hari dan terletak di dalam UPSI... so sebagai warga UPSI satu kerugian la kalau saya tak pergi ke muzium tu kan... jadi waktu awal2 nih alang2 kena pusing satu kampus.. saya pon singgah la kat muzium tu... bangga sebagai warga UPSI, bakal pendidik dan seorang anak didik... seronoknya.. muzium nih banyak meletakkan buku2 lama pendidikan.. seperti buku teks dulu2... laporan2 pendidikan, buku2 kesusteraan... yang mana mustahil untuk diperolehi kembali pada masa kini... ada penulisan dari penulis2 tersohor dari satu masa dulu.. dan ada juga alatan2 pendidikan lama yang telah digunakan pada zaman dulu... saya telah sediakan beberapa keping gambar pameran alatan2 di dalam muzium tersebut... sapa2 yang dekat dengan tanjung malim.. meh la melawat muzium pendidikan nasional.. disamping menambah ilmu, boleh tahu asal usul pendidikan kita dengan lebih jelas... kata orang.. tanpa yang lama, tiadalah yang baru... sebab itulah sejarah itu penting... :) jangan bermusuh dengan sejarah..k...

gambar geometri tu.. adalah  pengukur kiblat dulu2, pastu ada cop penghargaan sekolah dan cop rasmi sekolah pondok...









nih lah papan batu yang digunakan menulis dulu2...

ada banyak lagi la yang telah dipamerkan... selepas penat jalan2 dalam muzium.. kat luar tu ada muzium kafeteria... so saya n my frenz... g la tambah tenaga kembali... kami makan mee kari .. heheheh... 

terima kasih kerana membaca..:)

Thursday, August 18, 2011

TAJWID

~assalammualaikum~

heheheh.. semalam nuzul Al Quran.. tapi hari nih aku nak tanya... korang dulu masa belajar tajwid korang boleh tak tangkap??? heheh.. tau nape aku tanya??? sebab aku agak lembab nak catch up.. kena hafal.. bila ustazah nak ajukan soalan pada aku.. aku mula la takut.. meraba aku cubit kawan aku tanya.. aduhh.. itulah akibat bila time ustazah mengajar aku nganga.. nak tanya malu... 

bila masuk sekolah menengah baru faham.. masa kecik2 aku g mengaji kat jiran aku punya umah.. memanglah dia tak ajar tajwid.. sebab bila salah dia rotan tangan dan sebut sebutan yang betul.. kemudian aku ikut.. kalau salah dia akan ulang sampai betul.. so kat sekolah bila belajar tajwid aku agak blur.. bila sebut panjang, pendek, dengung... atas bawah.. baris dua di atas.. aku faham la... heheheh....

tapi bila dah besar, kurang plak amalkan membaca Al Quran... ish ruginya aku.. sebab masa kecik dulu tok guru aku kata.. aku lah antara yang paling lancar n senang membaca Al Quran... tapi bila tak diamalkan sesekali baca tergagap2 dan perlu ulang banyak kali untuk membetulkan tajwid... tapi tu pon aku tak comfirm... hurm... aku pon kadang2 takut bila salah tajwid nih.. nanti makna dia lari...

anak buah aku belajar mengaji melalui TV.. sebab bila hantar sekolah agama kadang2 jer ada belajar mengaji.. aku pon x faham la.. kebanyakan sekolah agama.. mengharapkan ibu bapa menghantar anak ke tempat mengaji lain pada waktu lain.. tapi di Subang tu mana ada dah tok guru yang ajar ngaji dirumah.. sepatutnya ustaz dan ustazah la yang harus ambil berat bab2 nih.. parents da bayar duit dan mengharapkan anak mereka boleh mengaji dan terasuh.. tapi kadang2 bila anak buah aku balik, dia cakap ustaz x masuk kelas la apa la.. hish!! tersasar sudah...

entri nih aku cuma nak tanya.. macamna korang tanggani masalah tajwid ketika membaca Al Quran??? kalau ada yang sudi share pendapat tu bagitau la k...:) 

Thursday, August 11, 2011

YA ALLAH.. INI SEMUA KUASA MU...

saya cuma nak berkongsi tentang satu article yang telah dikongsikan di FB saya... mungkin ada setengah dai kita dah tahu... tapi biarlah saya berkongsi yer.. kalau ada apa2 pandangan dan penjelasan.. sila komen k..:)
cuba anda lihat calendar untuk tahun2012... saya sendiri belum tengok... tapi menurut article tu:::

  • 1 ramadhan = 20 julai 2012 = jumaat
  • 15 ramadhan = 3 ogos 2012 = jumaat 
  •  hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 sahaja.
saya juga x berapa arif tentang hadis nih.. tapi seperti yang saya katakan, saya cuma berkongsi article yang saya baca...

sebab nostradamus pun predict 2012 end of the world...n astronomi ada cakap juga tentang planet nibiru...yang akan merosakan 2/3 dari bumi...planet nibiru akan melalui berdekatan p aksi bumi...planet tersebut besar dari bumi bila berdekatan ia akan menghasil tarikan graviti yang sungguh kuat

ini pula, salah satu komen daripada seorang senior saya....

( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang 

dikenali planet X akan melintasi bumi )

hurmmmm... masa saya baca article nih bulu roma saya meremang, dan hati saya berdegup laju... jika benar lah ia berlaku, harapnya kita semua berada dalam islam... dan dalam keadaan yang diredhainya...

kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu.. marilah kita beramal seikhlas hati kita.

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan 
dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:   
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, 
maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...".
 Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? "
Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, 
pada malam Jumaat, 
akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, 
menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk,
 para gadis keluar dari pingitannya,
 pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. 
Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, 
masuklah kalian ke dalam rumah kalian, 
tutuplah pintu-pintunya,
 sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, 
sumbatlah telinga kalian. 
Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar,
 maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah:
 " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ",
 kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, 
tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". 

(Al Hadis)-copy by Kasman Azizul Othman..   


aku cuma berkongsi sesuatu yang aku baca dari Fb... kesahihannya hanya Allah saja yang maha mengetahui... waktu aku taip nih satu badan aku meremang dan jantung aku berdegup dengan lajunya... 

~SALAM RAMADHAN~ 

Thursday, July 21, 2011

7 keistimewaan bunga mawar pada manusia

Post image of 9 Khasiat bunga mawar

bunga mawar nih cantikan??? bunga mawar juga ada banyak faedahnya... selain cantik dan wangi, sebenarnya bunga mawar nih boleh membantu kita dalam pelbagai perkara... 

  1. bunga mawar sesuai dijadikan pewangi, bauan yang semerbak itu memang menenangkan
  2. bunga mawar penyejuk hati wanita, bentuknya yang cantik dan kelopak yang halus bisa buat wanita yang lembut hatinya cair
  3. bunga mawar adalah pemudah jalan cinta seorang lelaki... yalah nak mengorat senang
  4. bunga mawar banyak berjasa pada penyair dan pemuisi, sebab bunga mawar punya banyak perbandingan dengan kehidupan, cinta dan wanita
  5. bunga mawar juga berguna untuk menghasilkan warna merah... 
  6. para pelukis alam juga sangat terhutang budi kepada bunga mawar, kerana kecantikannya menjadikan mereka lebih kreatif
  7. akhir sekali bunga mawar banyak manfaatnya untuk beberapa penyakit... seperti campak, batuk kering, bengkak dan kekejangan betis... ia juga bagus untuk perjalanan sistem darah...
anda boleh rujuk SINI, DAN SINI

merah memikat,sejuk terpikat, manis terikat

assalam... dan salam sejahtera:::

korang suka x minum air sirap??? apa??? korang x tahu air apa??? jap erk...
ok... air nih la air sirap.. atau air merah.. atau air manis... apa aja la khasiat air nih...
tau x macam na nak buat??? hahhah.. aku x nak ajar kalau korang kata tak tau... tapi aku tau semua orang pernah minum... tambah2 kat tempat kenduri... ni nak puasa nih pon ramai la orang beli pencelup merah... senang wat air sirap... pastu nanti nak raya nanti pon banyak la rumah yang jamu air sirap... pastu budak2 datang raya buat muka... "sirap lagi!!!"
ha nak air strawberi, ribena... minum la kat umah sendiri... huhu.. kan kawan2???

ok2... aku membebel x ingat dunia... meh kita tengok ada khasiat ke air nih... ok.. kalau kat kampung, orang buat guna daun pandan, letak pewarna merah and gula... minum sejuk2 sedap... memang x der khasiat... tapi sedap... kan??? tul tak???

 kita tengok  khasiat daun pandan... daun pandan nih selain wangi bagus nak buang angin dalam badan, lepas tuh dia membantu hilangkan kegelisahan pada seseorang sebab daun pandan ada aroma... lagi aku tak pastilah apa lagi khasiat daun pandan... tapi setiap tumbuhan itu punya kebaikan dan keburukannya... kan???

lepas tu kadang2 orang letak pencelup rose, atau pencelup dari bunga rose... ok bunga rose nih pon ada khasiatnya juga... salah satunya rose boleh menyegarkan kita di samping membantu perjalanan darah yang baik... so ada la juga khasiat air sirap nih... kan???

p/s::: aku buat entri nih sebab semalam aku buat air sirap letak dalam peti sejuk, sekejap jer habis, aku wat lagi, habis lagi, aku wat lagi, habis lagi and begitula seterusnya... so terdetik nak wat entri pasal air sirap... tapi korang terfikir tak selain sirap nih senang dibancuh atau buat??? apa lagi yer penyebab utama masyarakat melayu suka sangat buat air sirap untuk kenduri, jamuan hari raya, dan lain-lain??? huhu... :)

Friday, July 8, 2011

NAMA YANG BERMAKNA


hurm... antara kata kunci dan post yang sering dibaca oleh pembaca dalam blog saya ni adalah nama dan sifat saya... (new tab yer kalau nak baca)..hehhe.. jadi saya macam kasihan lakan??? sebab bila diorang view tu sekadar nama dan sifat saya yang saya dapat dari facebook... ada gak saya search kat google tentang tu..n ada gak bloger lain yang letak entri tentang tu...

pengalaman saya bila searching kat pak cik google ke makcik yahoo ke memang kecewa la bila apa yang saya nak tu x dapat... bila dapat macam x de kena mengena.. geram kot... so supaya orang search n x kesal saya wat la entri nih... may be diorang tak jumpakan??? dan may be entri nih boleh membantukan???

nama yang bermakna tu penting tau... sebab kita sentiasa mendoakan orang tu dengan memanggil nama... itulah doa yang paling senang sekali.... panggil nama... kalau nak peringkaskan.. kita letak nama NAZIF----> BERSIH maksud dalam bahasa melayu.. so lama2 dia bersihla kan???? ha betul tak semua??? last2 dia beli baju kuning p perhimpunan sabtu nih..hehhe..kalau kita letak nama dia pengotor... lama2 dia jadila pengotor..kan??? sebab tu x digalakkan kata anak kita bodoh bila marah..ubah saja dengan bertuah... doa ibu tu mujarab k ibu2 sekalian.. marah macamna pon janganlah menyumpah anak2... mereka perlu dididik ibu bapa sekalian.. bukan kerja cikgu je semua tu... hahahha.. bleh tiba2???

letak nama anak anda dengan kata kerja dalam bahasa arab k... sedap di dengar... esok kat sana pon guna bahasa arab tau... mmm... bahasa arab tu bahasa kita.. x bleh cakap gunalah pada nama... tapi jangan la ambil dalam Al Quran sebiji2.. ha tba2 letak siti noor baqarah... upssss... cahaya lembu betina... jangan yer wahai para ibu bapa... letak nama biar la yang cantik... nur fatihah ke??? cahaya pembukaan... hurm..murah rezeki dia...

ambil la dari sifat2 Allah... Muhammad Rahman ke... yang terpuji penyayang.... hurm.. baru la sedapkan di dengari... nanti masa dipadang masyar juga x lama dia menunggu... letak la nama seperti para rasul... biarla di dunia dia berbaris panjang.. di akhirat esok dia di depan... hurm.. harap selaras dengan akhlak dia....

saya??? nama saya adalah barang... objektif bukan subjektif... hahah... maksud nama saya istana permata biru... jadi orang selalu mendoakan saya menjadi permata... maka sekarang saya memohon.. doa la segala yang terbaik pada sebutir permata ini... masa tu zaman ibu bapa meletakkan nama anak ikut sedap sahajakan??? Alhamdulillah walaupon makna nama saya tidak gah namun masih bermakna baik... bukan pelik maknanya... masa tu belum senang nak jumpa buku nama... internet pon belum pandai lagi nak guna... hehhe.. masih guna typewriter zaman Labu Labi... hahhah.. jadi ibu bapa yang bijak pandai sekarang nih..janganlah memberi alasan lagi.. carilah maksud nama anak yang bermakna baik yer... 

contoh::
PEREMPUAN
1) nurul afiqah= cahaya sangat pemurah dan berpengetahuan
2)nur hafiy ardini=cahaya yang memuliakan isteri yang penyayang
3)nur hannah amni damia= cahaya kasih sayang ketenangan dan keamananku bijaksana
4) zahirah nur surfina= kilauan cahaya bersih/suci
5) nurjannah fatihah= cahaya syurga pembuka

LELAKI
1)muhammad arif syahmi= yang terpuji bijaksana mulia,berani ,bijak
2)muhammad aiman syafiq= yang terpuji yang bertuah penyayang
3)muhammad muhaimin abid= yang terpuji memelihara dan mengawal yang beribadat/beribadah
4) nurul adib iqbal= cahaya sopan/beradap kejayaan...
5) muhammad alif helmi= yang terpuji sahabat sabar dan berakal.

ok2.. aku just bagi contoh nama2 yang best dan maksud yang baik... tapi sebenarnya nak gabung nama ni lebih baik betul tatabahasa dalam bahasa arab tu.. lagi bagus la... tapi aku dulu x sekolah arab..jadi susah gak la aku nak reka bagi contoh... hehehhe... 

ok korang pergi sini la yer... insyaAllah ada nama yang sedap dan baik korang boleh jumpa... 

semoga entri nih dapat membantu yer.. carilah nama yang baik dan bermakna.. nama2 di atas adalah hasil pemikiran aku, nama anak2 buah dan kawan2 yang sempat aku ingat keunikkan nama diorang..hahhaahhaha...ok.. smile:)