Saturday, July 5, 2014

Nikmat Yang Perlu Disyukuri


kadang-kadang kita merasakan kehidupan ini sakit dan perit,
terdetik dihati,
mengapa aku terus dizalimi di dunia ini,
namun ketika hati kita terdetik begitu,
kita sebenarnya terlupa kepada berjuta nikmat yang Allah berikan...
selalunya hati manusia ini kejam...
kepahitan itu bisa membunuh kebahagiaan seumur hidupnya...

fokus-fokus-fokus

kalau pemikiran manusia hanya menumpu kepada kepahitan, maka matilah segala kebahagiaan. kalau hati manusia itu sentiasa menumpukan pada keindahan apa yang telah dikurniakan, maka lebih bermakna lah hidupnya.
persis hidup aku ini. ketika aku sedang berduka, aku tertekan, aku merana. namun aku perlu kuat dan tabah.
nikmat Allah kepada ku melimpah ruah. hanya aku yang perlu menjaga hati ini. selalulah bersangka baik dengan Tuhan maha Pencipta. sungguh Dia sangat sayangkan hamba-hambaNya. mana mungkin Dia memberi kepada ku kedukaan kerana benci, Dia beri untuk aku sabar, tabah dan kuat.

ingat Allah ketika duka, maka disetiap kali aku berduka aku yakin Tuhan ku merinduiku... Aku perlu memohon padaNya. sesungguhnya dialah Tuhan  yang Maha Pengasih dan Penyayang.

ingat Allah ketika suka... seperti perlu aku bertanya...
manusia ini pelupa... ingatkah aku padaNya ketika bahagia???
Astagfirullah ala'zim...


Friday, July 4, 2014

JOM KENAL BLOGGER SAMBIL BLOGWALKING


segmen kedua yang saya nak masuk sempena waktu lapang nih...



klik untuk join

Nama Famous
istana Biru / Permata Biru
Status
Single
Warna dan makanan kegemaran
warna biru
mengikut selera ketika hendak makan

Tempat belajar/kerja
belajar di Tanjung Malim
bekerja di Kepong

twitter (kalau ada) tak nak letak pun tak mengapa
@permatabiru87
wechat (kalau ada) tak nak letak pun tak mengapa
istana biru
hobi
masa lapang akan diisi dengan perkara-perkara yang sangat ingin dilakukan ketika itu. mengikut mood pada hari berkenaan.
Cerita tentang apa-apa pasal diri anda.
(panjang ayat tidak boleh kurang 15 perkataan, lebih tak apa. Nak buat satu karangan panjang pun boleyyy.)
apa sahaja yang boleh seseorang itu bercerita tentang dirinya. adakala cerita itu benar. adakala ceritanya hanyalah rekaan. 

bagi aku, 
aku adalah hamba lemah,
tiada berdaya.
melalui kehidupan dengan rasa yang pelbagai,
menumpang kasih Pencipta,
menongkah arus dunia,
mencari bekalan,
untuk ku bawa ke masa depan ke dunia yang abadi,
persada untuk bersemadi.