Showing posts with label tanda tanya. Show all posts
Showing posts with label tanda tanya. Show all posts

Sunday, February 12, 2012

baik sangat ke???

kadang-kadang kita menjadi sangat teruja melihat perempuan yang baik, cantik malah bertudung... dan adakala kita sangat memandang rendah pada perempuan yang kasar, agak mengada-ngada dan tidak bertudung... tapi benarkah kita mampu menilai siapa yang benar-benar baik... kadang-kadang orang suka pakai topeng kerana dia suka orang lihat dia cantik, baik... tapi hatinya???
saya juga bertudung... entri nih bukan nak blame isu tudung atau tidak... tapi saya jadi terfikir tentang baik sangat ke kita untuk menilai baik buruk orang lain... dalam 10 orang bukan semua suka pada kita... mungkin ada yang x suka... kadang-kadang bila x suka, yang putih pon nampak hitamkan??? biasa la... itu fitrah manusia... 
jadi haruslah kita sama-sama berfikr dan bemuhasabah tentang diri kita... adakah benar2 kita baik untuk menilai orang lain jahat... adaah kita benar2 wangi untuk menyatakan orang lain busuk... berprasangka baik itu x pernah merugikan... malah kita juga mendapat kebaikan...

jagalah hati kita kerana di situ adanya emosi... kawallah emosi kerana dialah permaisuri hati... jika disitu tak tenteram bagaimana raja harus buat tindakan... tidakkah akan jadi kacau bilau???

p/s::: tadi tengok ijam non yankee... dalam kepala terfikir-fikir... bagus sangat ke watak lin tu??? solat, pakai tudung tapi boleh plak peluk2 dengan lelaki yang bukan muhrim, mana letaknya maruah diri???
jahat sangat ke perempuan x bertudung tu??? sudahlah x bertudung solat pula liat... hurm... ntahlah... kita boleh menonton, kita boleh berfikir, kita juga mampu menilai... yang baik ambil sebagai contoh, yang buruk jangan k... 

(entri nih sebenarnya sekadar apa yang keluar dari pemikiran... yang baik sama2 kita kongsikan k...:)

Sunday, January 1, 2012

SALAM TAHUN BARU

ASSALAMMUALAIKUM


hari nih saya menaip entry ini pada waktu tengahari tahun 2012 januari 1. hurm.. apakah lagi perasaan saya ketika bangun pagi tadi... memang sebab imsomnia x mampu tidur hingga lewat 5 pagi... dan terjaga pada awal 9 pagi... ketika sudah cerah bumi mata terlelap.. dan ketika masih awal hari mata juga terjaga... cuba kembali terlelap tapi x mampu... itulah yang terus terjadi... menyambut tahun baru dengan rasa yang kosong... tapi cuma mengharapkan bangun pagi dengan rasa yang lebih indah...

berada di Tanjung Malim... menjadi seorang pelajar UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS... dan mengenali SEORANG TEMAN yang kini sedang kuat berjuang... hurm... itulah berita yang paling mengejut aku di tahun baru... semalam keluar dengan kawan-kawan ke pekan Tanjung Malim... makan di kedai pak cik janggut putih..(KFC)...

pukul 11 malam kami keluar dari situ dan kelihatan sangat ramai polis... tak mengapa mungkin nak ronda sahaja takut kalau ada apa2 kekecohan... pukul 11.15 melalui kawasan UPSI.. di dalam ada ramai polis.. dipagar juga... berhenti di rumah kawan di Taman Universiti berhadapan dengan pintu pagar timur UPSI... polis ramai di situ... nak masuk UPSI bukan ditahan oleh guard.. tapi di tahan oleh polis... hurm...

pukul 11.30 aku pulang kerumah aku di taman bahtera... lengang sangat dan sepi yang amat sangat... aku naik kerumah... buka nota2 untuk exam... hurm... baca blog serba sedikit... dan menjelang lah tahun 2012... tapi aku masih begitu.. x banyak perbezaan... di hati pon masih kosong... kemudian kedengaran sedikit bunyi bising... ingatkan budak lelaki sengaja bersuara tahun baru... tapi ia berterusan.. guard pula menjerit... hurmmm... itu lah kelakukan buadak2 lelaki di asrama yang bertentangan dengan rumah aku bila masuk new year, exam week, atau merdeka... suka menjerit macam orang meracau.. haish!!! buka tingkap aku tengok suasana lengang jer... bermakna betul la budak2 laki ni suka terjerit2... 

dan pagi nih buka FB... sudah kelihatan artikel  TRAGEDI BERDARAH::: MAHASISWA UPSI DI BELASAH FRU .... hurm... terus aku speechless...

di sebabkan ingin terus mengetahui... aku terus cari artikel sejak hari pertama isu turun kan bendera... mahu rasanya mengetahui segala punca, dan alsan belakunya seperti itu... terus terang aku kata kan mereka yang berjuang mempunyai motif dan ilmu sebelum bertindak... kalau tanpa ilmu mana berani mereka melawan pihak -tertentu... dan termaktublah teman pejuang itu sangat banyak ilmu dia di dalam diam... kalau minta dia bersuara kita akan dapat membandingkan betapa 'aku sangat kolot dan sedikitnya ilmu berbanding dia'... hujah-hujah dia banyak yang berfakta... banyak yang termaktub di dalam buku-buku yang jarang kita suka... dan faham lah aku... teman yang berjuang ini memilih jalan itu sebab bagi dia ilmu itu bukan sekadar di bilik kuliah.. dimana-mana pon ada ilmu dan dia berjuang dan tak takut akibat dari apa yang telah dia lakukan... hurmmmm~~~ perjuangan katanya...

benar mungkin golongan pendidiklah yang merupakan mereka yang terawal mencetus suara-suara untuk kemerdekaan... kenapa??? kerana pendidik inilah mempunyai semangat-semangat kepimpinan... keberanian.. dan kesungguhan... demi bangsa dan negara...

aku tidak menyokong, aku tidak juga membangkang... cuma sebagai seorang kawan yang pernah mengenali, yang selalu bertegur sapa, dan yang pernah berada di dalam satu kelas... semoga dia selamat, dilindungi oleh yang Esa.. dan jangan sia-sia hanya disitu... terus lah berjuang untuk keamanan masa hadapan.. untuk cita-cita dan impian... sebab generasi kini harus membela negara.. jangan mengkucar-kacirkan bangsa... semoga Malysia ini terus aman dengan hak-hak kita sebagai rakyatnya... dan fikirlah untuk semua.. bukan hanya diri kita...

takut aku menceritakan semua ini... tapi bak kata Afdlin Shauki inilah ruang untuk kita bersuara... 25 tahun kehidupan aku ini kian menghampiri waktunya... dan aku berhak memilih siapa yang harus terajui negara... dan aku juga harus mula mengerti perjuangan setiap insan.. dan apa hala tujunya... negara atau dirinya... 

kenapa tidak dibekalkan oleh mereka apa yang pernah Rasulullah lakukan dulu.. apa yang pernah Sahabat-Sahabat Baginda perintah... ilmu itu bukan sampai tingkatan 5 sahaja... patutnya hingga kini ia terus dikaji... dan jadikanlah pedoman agar kita sentiasa direstu, dirahmati dan dilindungi Allah yang maha berkuasa... 
ISLAM SUDAH AJAR SEGALA-GALANYA... tapi manusia yang sering lupa pada ajarannya... hurm...

tahun ini aku mengharapkan segala yang terbaik... dan amanlah dunia... teruslah dirahmati dan direstui Nya...

'Ya Allah hanya pada Mu aku berserah, pada Mu aku berlindung... berilah kekuatan kepada kami insan yang lemah... hanya Kaulah yang lebih berkuasa dan tiada yang lebih berkuasa melainkan Engkau Ya Rabb... amin~~~"

Friday, November 4, 2011

soalan dari " Miss Atie"

lagi soalan dari sahabat blogger... so here i want to answer...

hurm.. tapi saya x pasti di mana soalannya... mungkin soalan yang telah dijawabnya itu.. so saya harap betula la yer...

KEPADA MISS ATIE:

NAMA SEBENAR KORANG?
nama saya, NILAM SUHANA BINTI OTHMAN

KEGEMARAN KORANG SEPANJANG HAYAT?
saya suka sangat2... TIDUR

PEKERJAAN SEKARANG @ BELAJAR KOS APA?
saya study lagi...
kos... ISMP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KENANGAN YANG PALING MANIS DAN AKAN DIKENANG SAMPAI BILA2:
hurm.... apa yer??? saya rasa mungkin saat saya bergelar isteri dan lahirkan anak pertama... euw!!! malunya... tapi mungkin itulah kenangan yang paling manis dan x akan dilupakan sampai bila2...

PERKARA PALING LUCU YANG PERNAH DIHADAPI:
belum ada lagi kot... ke tak ingat.. ntah..:D

MAKANAN KEGEMARAN???
HALAL FOOD

APA YANG PALING KORANG TAKUT???
_________________
(in blank, no answer)

HADIAH YANG PALING SPECIAL PERNAH KORANG DAPAT?
hurm... ntah la... semuanya special.. jadi x ada istilah PALING SPECIAL lagi..:)

KALAU MARAH KAMU BUAT APA?
menangis, diam dan tidur...

APA STATUS KORANG?
status mana nih??? facebook ke, tweeter atau blog??? hahahah...
saya MASIH SINGLE... TAPI DAH BERTUNANG

RANCANGAN TV KEGEMARAN?
cartoon...:) 
LOVE SPONGEBOB...:)

sekian sahaja 11 soalan... harap2 MISS ATIE suka dengan jawapan saya..:)

soalan dari " 3no gr33ny "

lagi soalan dari sahabat blogger...so saya kena la jawab yer setelah di tagged..:)

kepada TUAN HAMBA

1. Tuan hamba terdengar orang mengumpatkan diri tuan hamba...tindakan tuan hamba??
2. Sejujurnya..tuan hamba pernah mengumpat tak?? Jikalah pernah..apa yang diumpatkan??
3. Semulusnya..tuan hamba ego tak?? Ce-terang seterangnye...
4. Berapa kali tuan hamba pernah bercinta dan putus cinta?? Sebab putus??
5. Tuan hamba pilih kahwin dengan pilihan sendiri atau keluarga..?? Kenapa ek??
6. Tuan hamba berubah perwatakan ke tak zaman sekolah dengan sekarang ni?? Kongsila sebabnya...
7. Andai keluar jenjalan..tuan hamba pilih keluarga ke kawan ke sorang je?? Mengape??
8. Jangan tipu tau..tuan hamba semestinya pernah gaduh dengan keluarga..agaknye la..kenapa yer??
9. Sekiranya tuan hamba tersedar tuan hamba berjalan masa tidur dan ramai pulak penontonnye..apa tuan hamba nak buat mase tu??
10. Setulusnya...kenapa tuan hamba sudi bersahabat dengan hamba??
11. Halaman hamba perlu penambahbaikan tak?? Apa tu...??

JAWAPAN HAMBA:::

  1. mulut tempayan ngan mulut manusia x sama saiz... tapi mulut tempayn bleh la kita tutupkan??? mulut manusia???
  2. setiap orang tak pernah terkecuali dari menumpat, terumpat atau pon di umpat... hurm...
  3. ego itu wujud dalam diri setiap manusia... bagi menanggani id dan superego... ini apa yang sigmund frued kata... dan saya juga percaya ego perlu ada bagi manusia melalui kehidupan..:)
  4. cinta dan putus cinta itu perkara biasa bagi setiap jiwa yang masih mencari cinta... tapi cinta pada Allah tiada pemutusnya...:)
  5. satu hari bila sudah ada yang menyunting diri, baru lah soalan ini akan terjawap..:)
  6. dulu saya seorang remaja, kini juga masih remaja dan sampai bila2... saya ingin terus bergini..:)
  7. keluarga.. tapi adakala kawan itu juga keluarga saya... tentang sendirian??? itu perkara terindah yang ingin saya lakukan...
  8. jika singa bertemu harimau... kedua2 akan bergaduh menunjukkan kuasa.. namun bila dihadapan ada mangsa.. maka singa dan harimau akan bekerjasama demi hutan tercinta..:) fight will make the relation more strong:)
  9. pengsan!!!
  10. sahabat itu bukan kerana seseorang, tapi kerana telah ditakdirkan pertemuan, berkenalan dan bersahabat... bukankah indah ketentuanNya?
  11. andai itu yang tuan hamba selesa, andai itu yang tuan hamba suka, dan andai itu yang tuan hamba bahagia... nothing should be changed... :)
SEMOGA JAWAPAN SAYA DAPAT MENGGEMBIRAKAN HATI TUAN HAMBA...:)
TERIMA KASIH..:)

soalan dari "when dyLLa met keyb0ard"

saya baru sedar yang sana kena tagged... jadi saya nak jawab...:)

kepada DYLLA
Soalan 1
Kamu sedang lapar, tapi duit ada rm1 je...kamu??
Soalan 2
Kamu tengah memandu kereta/menunggang motor di kawasan perkuburan di tengah malam, tiba-tiba kenderaan kamu terasa berat...kamu??
Soalan 3
Kamu masuk bank yg ada 2 kaunter. Kaunter 1, seorang gadis/jejaka awal 20-an. Kaunter 2, seorang wanita/lelaki awal 40-an...kamu??
Soalan 4
Kamu dikehendaki untuk menjadi saksi bagi sesuatu kes, tapi kamu tidak mempunyai sebarang bukti....kamu??
Soalan 5
Kamu tengah nyenyak tidur, tiba-tiba bunyi panggilan telefon pula mengganggu...kamu??
Soalan 6
Kamu sedang menukul penyangkut baju di belakang pintu dalam bilik, tiba-tiba ada orang menolak pintu itu dari luar...kamu??
Soalan 7
Kuasa yg kamu idam-idamkan ada pada diri kamu...kenapa??
Soalan 8
Kamu tengah sibuk berBLOGging, tiba-tiba bos lalu di belakang dan nampak perbuatan kamu...kamu??
Soalan 9
Siapa yg kamu impikan untuk menjadi teman wanita/lelaki kamu...kenapa??
Soalan 10
Kamu dapat sebuah kereta yg menjadi idaman kamu selama ini...kamu??
Soalan 11
Sikap kamu yg paling kamu tak suka dan bagaimana kamu nak perbaikinya...??

jadi saya MENJAWAB SOALAN INI K...:)
  1. saya berusaha untuk membeli makanan yang cukup dengan duit atau hutang jer kawan2 yang berdekatan.. nanti leh bayar..kan???
  2. mesti tayar ada masalah nih.
  3. saya pergi ke kaunter 1.. huhu
  4. tak akan memangambil risiko itu... 
  5. hurm.. bolayan jer sebab memang x dengar bunyi fon kot kalau ngah tdo.. sedangkan alarm telefon jarang terjaga...:)
  6. haish!!! awat tak ketuk pintu dulu??? sambil wat muka masam...
  7. kuasa macam sailormoon... x payah lawan teruk2 last2 dia gak yang jadi heroin.. huhu
  8. senyum dan suh dia baca blog yang best tuh.. huhuhu...
  9. seseorang yang selalu ada dalam mimpi saya...
  10. menangis tanda kesyukuran
  11. negatif thinking... buang semua sifat2 negatif termasuk mereka yang negatif..:)
bleh ke semua jawapan nih??? 
thanks dylla ....
tapi saya belum ada soklan untuk kawan2 semua... heheheh...:)