ASSALAMMUALAIKUM
hari nih saya menaip entry ini pada waktu tengahari tahun 2012 januari 1. hurm.. apakah lagi perasaan saya ketika bangun pagi tadi... memang sebab imsomnia x mampu tidur hingga lewat 5 pagi... dan terjaga pada awal 9 pagi... ketika sudah cerah bumi mata terlelap.. dan ketika masih awal hari mata juga terjaga... cuba kembali terlelap tapi x mampu... itulah yang terus terjadi... menyambut tahun baru dengan rasa yang kosong... tapi cuma mengharapkan bangun pagi dengan rasa yang lebih indah...
berada di Tanjung Malim... menjadi seorang pelajar UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS... dan mengenali SEORANG TEMAN yang kini sedang kuat berjuang... hurm... itulah berita yang paling mengejut aku di tahun baru... semalam keluar dengan kawan-kawan ke pekan Tanjung Malim... makan di kedai pak cik janggut putih..(KFC)...
pukul 11 malam kami keluar dari situ dan kelihatan sangat ramai polis... tak mengapa mungkin nak ronda sahaja takut kalau ada apa2 kekecohan... pukul 11.15 melalui kawasan UPSI.. di dalam ada ramai polis.. dipagar juga... berhenti di rumah kawan di Taman Universiti berhadapan dengan pintu pagar timur UPSI... polis ramai di situ... nak masuk UPSI bukan ditahan oleh guard.. tapi di tahan oleh polis... hurm...
pukul 11.30 aku pulang kerumah aku di taman bahtera... lengang sangat dan sepi yang amat sangat... aku naik kerumah... buka nota2 untuk exam... hurm... baca blog serba sedikit... dan menjelang lah tahun 2012... tapi aku masih begitu.. x banyak perbezaan... di hati pon masih kosong... kemudian kedengaran sedikit bunyi bising... ingatkan budak lelaki sengaja bersuara tahun baru... tapi ia berterusan.. guard pula menjerit... hurmmm... itu lah kelakukan buadak2 lelaki di asrama yang bertentangan dengan rumah aku bila masuk new year, exam week, atau merdeka... suka menjerit macam orang meracau.. haish!!! buka tingkap aku tengok suasana lengang jer... bermakna betul la budak2 laki ni suka terjerit2...
dan pagi nih buka FB... sudah kelihatan artikel TRAGEDI BERDARAH::: MAHASISWA UPSI DI BELASAH FRU .... hurm... terus aku speechless...
di sebabkan ingin terus mengetahui... aku terus cari artikel sejak hari pertama isu turun kan bendera... mahu rasanya mengetahui segala punca, dan alsan belakunya seperti itu... terus terang aku kata kan mereka yang berjuang mempunyai motif dan ilmu sebelum bertindak... kalau tanpa ilmu mana berani mereka melawan pihak -tertentu... dan termaktublah teman pejuang itu sangat banyak ilmu dia di dalam diam... kalau minta dia bersuara kita akan dapat membandingkan betapa 'aku sangat kolot dan sedikitnya ilmu berbanding dia'... hujah-hujah dia banyak yang berfakta... banyak yang termaktub di dalam buku-buku yang jarang kita suka... dan faham lah aku... teman yang berjuang ini memilih jalan itu sebab bagi dia ilmu itu bukan sekadar di bilik kuliah.. dimana-mana pon ada ilmu dan dia berjuang dan tak takut akibat dari apa yang telah dia lakukan... hurmmmm~~~ perjuangan katanya...
benar mungkin golongan pendidiklah yang merupakan mereka yang terawal mencetus suara-suara untuk kemerdekaan... kenapa??? kerana pendidik inilah mempunyai semangat-semangat kepimpinan... keberanian.. dan kesungguhan... demi bangsa dan negara...
aku tidak menyokong, aku tidak juga membangkang... cuma sebagai seorang kawan yang pernah mengenali, yang selalu bertegur sapa, dan yang pernah berada di dalam satu kelas... semoga dia selamat, dilindungi oleh yang Esa.. dan jangan sia-sia hanya disitu... terus lah berjuang untuk keamanan masa hadapan.. untuk cita-cita dan impian... sebab generasi kini harus membela negara.. jangan mengkucar-kacirkan bangsa... semoga Malysia ini terus aman dengan hak-hak kita sebagai rakyatnya... dan fikirlah untuk semua.. bukan hanya diri kita...
takut aku menceritakan semua ini... tapi bak kata Afdlin Shauki inilah ruang untuk kita bersuara... 25 tahun kehidupan aku ini kian menghampiri waktunya... dan aku berhak memilih siapa yang harus terajui negara... dan aku juga harus mula mengerti perjuangan setiap insan.. dan apa hala tujunya... negara atau dirinya...
kenapa tidak dibekalkan oleh mereka apa yang pernah Rasulullah lakukan dulu.. apa yang pernah Sahabat-Sahabat Baginda perintah... ilmu itu bukan sampai tingkatan 5 sahaja... patutnya hingga kini ia terus dikaji... dan jadikanlah pedoman agar kita sentiasa direstu, dirahmati dan dilindungi Allah yang maha berkuasa...
ISLAM SUDAH AJAR SEGALA-GALANYA... tapi manusia yang sering lupa pada ajarannya... hurm...
tahun ini aku mengharapkan segala yang terbaik... dan amanlah dunia... teruslah dirahmati dan direstui Nya...
'Ya Allah hanya pada Mu aku berserah, pada Mu aku berlindung... berilah kekuatan kepada kami insan yang lemah... hanya Kaulah yang lebih berkuasa dan tiada yang lebih berkuasa melainkan Engkau Ya Rabb... amin~~~"
6 comments:
Hurrmm, UPSI kini kian femes.. HAHA..
btw, HAPPY NEW YEAR.. :)
MySuaraBlog: Drama 2012 Kini Bermula..
mungkin itu bakal pimpinan negara...dan tak nafikan majoriti barisan menteri sebenarnya bermula dari seorang guru..
akak pun terkejut dengar berita ttg pelajar UPSI tu.apapun..moga2 kita semua akan lebih diberkati Illahi..amin :)
akak pun terkejut dengar berita ttg pelajar UPSI tu.apapun..moga2 kita semua akan lebih diberkati Illahi..amin :)
haha.. aku stuju.. seharusnya suara mahasiswa perlu diterima oleh semua pihak.. sebab kita punya otak utk berfikir.. dan tahu baik buruk.. 21 tahun sudah cukup utk membuang undi.. dan sudah cukup utk bermain politik..
kita bukan nak jd wakil rakyat.. just ada kebebasan utk menegur pemerintah dan membetulkan pihak pembangkang..
haha.. aku stuju.. seharusnya suara mahasiswa perlu diterima oleh semua pihak.. sebab kita punya otak utk berfikir.. dan tahu baik buruk.. 21 tahun sudah cukup utk membuang undi.. dan sudah cukup utk bermain politik..
kita bukan nak jd wakil rakyat.. just ada kebebasan utk menegur pemerintah dan membetulkan pihak pembangkang..
Post a Comment