Sunday, September 18, 2011

jujur dan ikhlas

Assalammualaikum

salam sejahtera buat semua... terima kasih jika ada yang sudi singgah ke blog nih time tidak di update... walau status cuti tapi sejak balik tanjung malim ni, ada sahaja urusan yang perlu dibereskan... selain itu di awal sem nih memang la banyak kerja dan masa yang di ambil untuk beraya... hahahah...sedangkan busy g jalan2 sana sinikan??? memang banyak alasan bila malas updated blog... heheheh... nanti tengah2 sem x dapat dah nak meronggeng.. banyak esaiment... :)

apa yang saya teringat nak tulis waktu dan detik ini adalah rasa ikhlas dan sifat jujur... kalau bercinta mesti nak kekasih jujur... kalau dalam berbicara mesti nak orang jujur.. kalau dalam pengakuan atau kritik, mesti nak orang jujur... tapi pernah x minta dia jujur dan ikhlas??? ke sama je jujur dan ikhlas tu???

huhu... saya hanya ingin memberi pendapat sahaja... x semestinya tepatkan??? sekadar perkongsian malam hari sahaja... pada pendapat saya... jujur itu adalah satu tingkah laku yang anti penipuan... yang inginkan kebenaran dan fakta... jujur boleh diistilahkan pada sikap dan kata2... sebab jujur itu adalah sesuatu yang berunsurkan kebenaran...

ikhlas pula adalah sesuatu yang tidak dapat ditunjukkan... tidak dapat dipaksa atau disuruh2... ikhlas mungkin memihak kepada kerelaan untuk melakukan atau menyatakan sesuatu tanpa sebarang unsur yang mempengaruhi... ia memang terpancar terus dari hati... dan dengan relanya diterbitkan jiwa... makna ikhlas itu sangat mendalam dan bermakna...kerana bila seseorang itu ikhlas, dia tak akan mengharapkan balasan, penghargaan atau pengiktirafan... dia juga tak mengharapkan apa2 dari sesiapa... sangat tinggi rasa ikhlas itu...

oleh itu, mari kita fikir sama2... dalam hidup kita perlukah kita bersikap jujur sahaja... jujur yang mungkin dalam keterpaksaan... atau seharusnya menjadi seorang yang ikhlas dalam setiap perbuatan hanya kerana Allah... atau mungkin kita perlu penuh dengan kejujuran dan keikhlasan??? hurm... masih ramaikah yang ikhlas??? mungkin yang jujur ramai, kerana mereka mengungkapkan jujur... malah ikhlas juga banyak.. kerana mereka menungkapkan kata ikhlas.."jujur, aku ikhlas membantu kau, jangan la malu2 cerita masalah kau..."perlu ke bagitau kita jujur yang ikhlas... kejujuran tak perlu dipaksa dan keikhlasan itu perlukan kerelaan hati sepenuhnya...:)

huhu.. semalam pergi shopping... dapat murah jer choclate... tengok2 org tu salah kira.. makanan.. kalau kita buat bodoh apakah status makanan itu sedangkan kita tahu itu satu kesilapan... hurm... untuk lebih selamat.. berterus terang dan bayar la harga sebenar.. manusia itu memang tak sempurnakan??? 

7 comments:

Ary said...

salam...

akk setuju dengan pendapat adik..
nice...

Puan Kutu said...

manusia memang tak sempurna sbb itu manusia tak pernah jujur..:)

Zyla said...

kadang-kadang tak tahu mcm mana nak menilai seseorg.. cuma Allah je blh tahu sama ada dia jujur dan ikhlas dgn kta.. zyla sendiri pun tak tahu macam mana nak tunjukkan keikhlasan itu apabila ditanya.. cuma melalui hati.

ZWAN SABRI said...

good opinion.. kalau tulis definisi macam ni kat dlm exam, kompem dapat full mark.. HEHE..
btw, semoga kejujuran dan keikhlasan sentiasa disamping kita.. ;)


MySuaraBlog: Anak Ikan Raja Azmi

Cik Baju Kurung said...

hm. penah baca kat iluvislam.com. kalau kite ikhlas, kite tak boleh cakap yang kite ikhlas. ikhlas tuu dari hati. kan ? :)

Rohaizam Rosli said...

huhuhu.... betol3.... huhuhu.....

aamalinaazman said...

hanya Dia yang menentukan keikhlasan kite =]