cinta ada apa dengannya?
cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut. tetapi cinta adalah anugerah tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
bercinta memang mudah. untuk dicintai juga memang mudah. tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintailah itu yang sukar diperolehi.
anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai.
cinta sebenarnya tidak buta. cinta adalah sesuatu yang luhur, murni dan diperlukan. apa yang buta adalah bila cinta itu menguasai diri tanpa pertimbangan
bukan laut namanya jika tidak berombak. bukan cinta namanya jika tidak pernah terluka. bukan kekasih namanya jika hatinya tak pernah merindu dan cemburu.
cinta bukanlah dari kata-kata, tetapi dari segumpal keinginan diberi kepada hati yang memerlukan.
cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua sering dibiarkan pergi bila ia menghampiri.
lemparkanlah seorang yang bahagia bercinta ke dalam laut. pasti dia akan membawa seekor ikan. lemparkan pula seorang yang gagal bercinta ke gudang roti, pasti dia akan mati kelaparan!
cinta pertama adalah kenangan. cinta ke dua adalah pengajaran dan cinta seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta umpama masakan tanpa garam. lantaran itu, bajailah cinta yang dimiliki sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
cintailah orang yang engkau kasihi itu seadanya, mungkin suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang paling kau benci. dan bencilah orang yang kau benci itu seadanya kerana mungkin dia akan menjadi orang yang paling kau kasihi suatu hari nanti.
cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga yang aman dan damai. cinta hanyalah keindahan perasaan dan akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya mahligai kekeluargaan.
berkasih sayang adalah satu akhlak yang mulia. oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang sesama manusia, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Dia terlalu kasihkan hambaNya lebih dari seorang ibu mengasihi anaknya.
usah gembira pada kelahiran cinta pertama. jua usahlah menangis di awal kegagalan. kebahagiaan tak semestinya kekal dan abadi.
cinta yang di selit pendustaan umpama kehidupan yang bercampur penghinaan.
cinta lebih mudah mekar dihati insan yang kecewa. tetapi ia hanya cinta yang mengharap belas kasihan. sebab itulah, bila sepi telah punah maka cinta pun akan terbang.
cinta juga mudah terpahat pada rupa dan harta. tetapi ia hanya cinta yang tidak ikhlas. sebab itu bila rupa tiada dan harta hilang, maka cinta jua akan pergi tanpa bayang
cinta juga mudah menyelubungi hati yang ghairah. tapi itu hanya cinta yang bernafsu. sebab bila nafsu sudah terisi cinta pun akan hilang dan terus menyepi.
cinta kepada wanita itu ertinya alam. kepada harta ertinya bakhil. kepada diri sendiri ertinya bijaksana. dan kepada Allah itu ertinya takwa.
cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan, bukanlah dari pemberian. cinta adalah penyakit, manakala perasaan adalah kumannya. perkahwinan pula adalah penawar.
ibaratkanlah kehilangan cinta umpama jatuhnya permata kelautan luas dan harus dilupakan. kerana hebatnya cinta ia tak selalu bersama jodoh, tapi fahamilah, jodoh itu selalu bersama cinta.
No comments:
Post a Comment