Sunday, December 11, 2011

untuk sahabat yang paling istimewa

teman, mungkin tika ini dalam hati mu aku bukanlah sesiapa lagi, aku bukanlah orang penting lagi, aku bukan juga sahabat suka duka n segalanya yang pernah engkau anggap dulu... 
tapi buat pengetahuan kau teman, kau masih lagi kawan aku, kau masih lagi insan yang penting dalam hidup aku, kau masih meninggalkan aku kenangan-kenangan dulu yang kita cipta bersama, kau masih lagi seorang kawan yang selalu buat aku tersenyum, yang selalu menjadi pelindung dan yang selalu ada bila aku murung...
kenangan kau dan aku sejak dulu sangat kuat dihati aku.. 
5 tahun kita menjalin rasa sayang seorang teman, rasa sayang seorang saudara, bukanlah singkat buat aku...
banyak janji yang telah kau beri, banyak juga harapan yang telah kau bagi...
namun bukan cinta dan kau yang ingin aku miliki, aku ingin kekal sebagai seorang sahabat...
tika aku bercinta, aku mula putus dalam percintaan, tidak sekali pon kau bertanya khabar aku di perantauan, di tempat orang, hingga aku hanyut teman,
walau dulu, setiap kali kau kecewa, aku sentiasa ada untuk mu, tiap kali kau ingin bercinta, aku lah pengirim surat mu, dan aku juga la penjual namamu, 
bukan ungkitan yang sedang aku lakukan, tapi terkilan... terkilan kerana aku telah dibuang dari hidup mu sekian lama... memori dulu semua mungkin sudah lenyap dari fikiran mu teman...
kau pernah kata:
jika satu hari nanti, ditakdirkan aku akan ke luar negara, sedangkan hari itu adalah hari penting kekasih hati mu, kau akan tinggalkan dia untuk hari itu, supaya kau dapat hantar aku belayar ke perantauan.. sahabat itu susah dicari, kekasih itu sudah pasti milik hati....
aku ingat janji mu sampai mati sahabat, setiap kali aku mengingati zaman persekolahan kita, aku ingat pada kau, aku ingat janji-janji manis kau sahabat...
warkah yang telah kau utuskan, aku simpan buat kenangan, menandakan aku pernah punya sahabat yang paling terbaik satu tika dulu...
sungguh hari ini aku tersenyum mendengar berita gembira... 
mendengar kau akan ke hari bahagia tidak lama lagi...
aku juga turut gembira, seorang kasanova kini dah diikat dan ditaut hatinya,
tiada lagi kasanova yang dulu suka mengurat ramai wanita....:)
aku bahagia mendengar berita kau akan berbahagia, dan aku sentiasa doakan hubungan kau dan dia kekal buat selama-lamanya...
biarlah kini aku bukan sesiapa lagi untuk mu, aku bukan tempat kau bercerita semua kisah hati mu, aku bukan lagi pengirim surat buat buah hati mu, aku bukan lagi tempat kau meluah rasa kecewa,  
bak kata mu, tak mungkin ingin bercinta harus canang sekampung,
memang tak mungkin kan???
mulai hari ini sahabat, aku akan lepaskan segala memori dulu, kerana aku yakin, semua itu hanya mitos dan cerita palsu buat hati aku...
x mungkin lah wujud persahabatn sebegitu...
ANTARA KAU DAN AKU...

~semoga bahagia sahabat aku yang paling istimewa~

7 comments:

zaheeyah said...

untuk sape ni kak nilam??? saya?

3no gr33ny said...

persahabatan ttp akan kekal hingga bila2 pon

kiz said...

mungkin sesuatu yg istimewa sesangat ni.

:: hayati :: said...

setiap pertemuan pasti adanya perpisahan...redha la

Dylla Abas said...

rasa terharu sangat dengan entri ni :)

Ce'gu JAERA said...

sahabat sejati sukar dicari.. terkilan bila ada sahabat yang kita percaya sampai hati perlakukan kita sedemikian rupa..

patah tumbuh hilang berganti.. Insya Allah akan d ketemukan insan yg sudi menjadi sahbat suatu masa nati

Zul fattah said...

sedih kot.. rugilah sahabat ko tu, tak hargai sahabat yg masih lagi setia di sini.. be strong k..