Tuesday, November 9, 2010

~gadaian cinta~

Malam ini sangat sepi. Aku merasakan sangat sunyi. Kala aku dingin dalam kesunyian ini. Hati ini sering tertanya... dimanakah insan yang sangat aku cinta? Apakah yang sedang dia lakukan? Adakah dia merindui aku? Atau hanya aku yang merasainya. Ummm....
                Aku pernah cuba untuk menghubunginya, tapi telinga aku akan disapa dengan dengusan dan amarah. “ish, apa yang awak nak? Dah malam la. Boleh tido x? Ni aku menyampah ni... tak faham bahasa.” Tapi kalo sempat aku bagitau, aku Cuma nak perhatian. Aku Cuma nak dia seperti dulu mula-mula bercinta. Aku Cuma nak dia ada bila aku rindu. Aku Cuma nak dia kata, “ sayang, dah malam, tidolah, abang letih. Esok abang call sayang k. Love you and miss you sayang. Nite and sweet dream.”
                Bila siang menjelma, hati aku selalu ceria. Berbunga-bunga. Sangat bahagia. Dan pada masa tu aku akan fikirkan tentang dia. Apa yang dia buat? Dah bangun ke? Rindu sangat. Dah lama tak dengar suara.
                Aku pernah cuba menghubungi dia. Tapi tak pernah berjawab. Aku sms, x pernah di balas. Aku sayang dia. Tapi tengahari baru aku mendapat balasan, sms yang bertulis:-
Maaf sayang, baru bangun tido. Umm..tak larat la... nanti tolong topup yer..x da kredit.
                Ummm... aku hanya mampu akur dan tunduk menelan rasa kecewa. Aku hanya mengharap dia sms:-
Maaf sayang, ada kerja tadi... baru free. Love you sayang, miss you so much.
Tetapi dia seorang yang bijak membuat kejutan. Dia memberi aku banyak kasih sayang. Dalam diam, dia menghadiahkan aku sebentuk cincin yang  biasa. Tetapi bermakna. Dia kata untuk ikat yang aku hanya milik dia.  Cincin emas itu aku anggap sebagai pengikat yang kuat untuk kami. Aku sayang dia. Tapi satu hari dia buat kejutan lagi:
“ sayang, bagi dekat abang cincin sayang tu, lesen abang mati, jadi tak ada duit nak hidupkan lesen. Kita pajak la cincin tu. Nanti sayang tebus balik.”
Tanpa tak disangka airmata aku terus mengalir tanpa disuruh. Sangat rendah ikatan kami bagi dia. Aku cuba juga bertahan. Aku memberi pelbagai cadangan lain agar dia mengerti. aku pertahankan simbol cinta kami. aku menangis agar dia fahami. Tapi aku tewas. Aku tak dapt bertahan. Aku dihantui dengan sms yang bertulis:-
Ko tak faham ke? Aku nak cincin tu. Sebenarnya aku dah menyampah sangat dengan kau. Aku dah ada pompuan lain. Huh, lagi sempurna dan baik dari  kau!!! Sekarang aku nak kau faham yang aku da tak suka kau. Pompuan yang aku sayang bernama nurhidayati bt nordin. Kalo ko nak tgk gambar dia pon aku bleh bagi. Sekarang bagi balik cincin tu!!!
Masa tu hati aku berkecai tuhan yang tau. Aku menangis tak berhenti. Aku bakar semua gambar bersama. Aku gadai cincin tu dan masukkan duit pada dia. Hati aku sangat hancur. Lepas aku sms dah masukkan duit. Dia balas sms :-
Thanks sayang, abg gurau ja tadi. Abg syg dia sorg jer.
jiwa aku sangat kacau. Kenapa mesti tipu sebegitu kejam? Aku umpama barang. Bila perlu dibelai, bila tak perlu ditinggal. Hati aku umpama tiada nilai.cinta aku umpama pepasir yang berderai. Sangat sakit hati ini. Dan sejak hari itu, aku bertekad yang tak akan tunduk lagi pada keinginan dan herdikan dia. Ummm...belum aku dia miliki, sebegini teruk aku di keji, jika secara sahnya aku dimiliki, aku tak dapt bayangkan nasib aku nanti.
Dengan satu semangat aku telan kelukaan ini dan berserah kepada Allah. Hari-hari aku, aku temani dengan puisi-puisi indah dari Al Quran. Aku menghiburkan hati dengan zikir-zikir dan tasbih. Aku kuatkan diri ku dengan ketaatan. Aku yakin dengan dugaan tuhan. Aku membaca tafsir dan alquran. Tak jemu aku menangis di hadapan tuhan. Aku malu dengan segala kelalaian dan kelemahan.aku mohon cinta tuhan yangEsa. Aku berharap dan meminta kasih hanya dari dia. Dan aku tenang dengan segala yang aku lalui. Hidup aku lebih bermakna dan bahagia. Allah itu sangat pemurah. Pelbagai anugerah aku terima. Dan anugerah terindah adalah ketenangan dan kasih sayang teman, rakan-rakan dan keluarga. Kasih sayang yang sangat banyak yang tak pernah aku mimpi. Ummm... Ya Allah...Alhamdulillah...
Satu hari yang sunyi, aku sendiri di kamar. Sejak aku dilukai, aku menjadi teman setia laman maya. Aku berkongsi rasa dengan teman. Aku bertukar fikiran dan adakala aku terhibur dengan segala gurauan. Tetapi, tiba-tiba aku dikejutkan dengan sms yang bertulis:-
Aku susah gila. Ko wat bodo jer,sebulan aku x balik rumah.makn minum pon tak ada, ko nak tolong pon tidak, sampai hp pon aku jual. Ni pinjam hp kawan.Fine.
Kemudian aku dapat lagi satu sms:-
Kalo ko tak nak bgtau jer, tak payah nak diam. Huh...
Satu perasaan yang sangat tenang. Aku tak dapt nak bayangkan yang pada masa itu aku hanya menganggap aku menerima sms yang salah. Sms yang bukan untuk aku. Tanpa perasaan aku hanya padam semua sms itu, dan menjalankan hidup aku seperti biasa. Bukan aku dah tak nak, tetapi mungkin dia lupa yang dia yang menggadai ikatan cinta kami. Walaupun ia hanya sebentuk cincin, namun simbol ikatan cinta itu sangat beerti buat aku. Bukan harta yang aku impi, tapi rasa penghargaan dan keikhlasan mencintai aku, bukan kerana aku, adalah aku. Ummm~~~

3 comments:

Nasz said...

pernah jumpa orang macam ni. sabar je k? jangan dilayan macam ni. percaya Allah.

MOHD NASER.com

.: Beautiful Shana :. said...

salam pu3...sgt trase yg momy ade kt tmpt pu3 ble bc coretn pu3...syukur Allah kurniakn sift 'penyabar' kt pu3...kt ade maruah & hrga dri yg tggi kn dear!even pu3 xde ksh syg dr sorg bf tp pu3 msh ade kmi kwn2 kt sni...kt syg 1 same lain...kn?yg pntg,jgn smpn dndm..maafkn sgale ksilpn org,ht kt akn tng..n 1 more bkn b'mkne ggl skali,kt akn ggl smpi mati...kalo d tkdirkn 1 hr Allah bka ht pu3 n temukn dgn sorg putra yg dh Allah plh yg tbaik utk pu3,trima jodoh dr Allah...

Nilam suhana said...

nasz & beautiful shana::: thanks a lot...