Tuesday, November 9, 2010

kehebatan cinta

pernahkah kau merasakan bahawa kau mencintai seseorang walaupun kau tahu dia sudah berpunya dan walaupun kau tahu cinta kau mungkin takkan berbalas..tapi kau masih menyintainya.


pernahkah kau merasakan, bahawa kau sanggup melakukan segalanya pada insan yang kau cintai, walaupun kau tahu dia takkan pernah peduli atau mengerti, tapi dia akan tetap pergi.


pernahkah kau merasa hebatnya cinta, tersenyum di kala terluka, menangis di kala bahagia, bersedih di kala bersama dan tertawa dikala berpisah...


aku, aku pernah!!!


aku pernah tersenyum dikala terluka...kerana aku yakin, dia dicipta bukanlah untuk aku.


aku pernah menangis dikala bahagia...kerana aku takut kebahagiaan itu akan lenyap meninggalkan aku.


aku pernah bersedih ketika bersama... kerana aku takut aku akan kehilangan dia satu masa nanti


dan aku juga pernah tertawa disaat berpisah...kerana sekali lagi aku sedar bahawa cinta x semestinya bersatu dan pasti akn tercipta cinta lain untuk aku.


aku tetap mencintai dia walaupun dirinya tak dapat aku memiliki...kerana cinta itu ada dalam jiwa, bukanlah dalam raga.


semua orang pasti pernah merasakan cinta, samaada daripada ibu bapa, sahabat, kekasih dan pasangan hidupnya.


kepada yang sedang bercinta----> selamat menempuh hari bahagia


kepada yang sedang terluka-----> bersabar dan berdoalah untuk cinta yang sejati


kepada yang tidak percaya cinta----> cinta itu ada, dan sangat bahgia


kepada yang mengharapkan cinta----> jangan lah berhenti berharap kerana cinta yang suci itu pasti akan ada


kepada yang sering memainkan cinta---> berhentilah, sesuatu yang suci itu bukan untuk dipermainkan


dan ingatlah....


cinta manusia hanya sia-sia
cinta harta hanya didunia
cinta ibubapa mendapat restuNya
cinta rasul mendapat kasihNya
dan cintailah Ilahi kerana....
cintaNya kekal dan abadi...


andai kita meletakan rasa cinta kepadaNya..
sabarlah kerana dia akan memberi cinta yang selayaknya untuk kita...
segala yang dirancang dan ditakdirNya adalah yang terbaik untuk hambaNya.. 

No comments: