Tuesday, July 12, 2011

aku sayang kamu

kalau la dunia ini boleh meminjamkan aku kuasa, 
aku nak kau tau,aku sayang kamu...
kalau la awan beri aku pinjam bentuknya,
aku nak kau tau, aku sayang kamu....
kalau la angin beri aku pinjam bayunya,

aku nak kau tahu, aku sayang kamu...
kalau la laut beri aku pinjam ombaknya,
aku nak kau tahu, aku sayang kamu...
tapi aku tak ada kuasa, 
aku tak boleh mengukir awan,
aku tak dapat mengikut bayu,
aku tak boleh menderu ombak,
jadi aku tak dapat bagitau kau, aku sayang kamu..
kalau la dalam dunia ini,
aku harus memilih hati, 
hati kau yang akan aku pilih,
diri kau yang akan aku jaga,
rajuk kau yang akan aku pujuk,

sebab aku sayang kamu...
aku insan yang lemah, kerdil dan x berdaya,
aku hanya boleh menitip rasa cinta di kejauhan,
aku hanya boleh meluahkan rasa cinta di dalam angan2,
aku hanya boleh merayu,memujuk dalam impian...

aku x bisa berdepan dengan kenyataan,
aku tak bisa berdepan dalam satu pandangan,
aku tak bisa meluah segala perasaan...
kerana,
aku adalah wanita,
aku punya harga diri dan rasa,
aku sedar kedaifan yang ada,
aku x mungkin layak denganmu wahai jejaka,
hati ini sudah pernah di noda,bukan kau yang pertama...
diri ini pernah bercinta, bermain asmara...
bisakah aku kau terima???

2 comments:

aizamia3 said...

percayalah..
setiap pasangan yang baik pasti akan bersama pasangan yang baik dan begitulah sebaliknya.. begitulah indah ciptaanNYA.. ada baik dan buruk untuk kita nilai +ve -ve nye..

Nasz said...

jangan terlalu merendah diri..tambahkan keyakinan diri..jodoh Allah yang tentukan..yang penting, sabar..ye?

jemput ke blog saya ye?

MOHD NASER.com