Tuesday, July 12, 2011

salah atau betul??? luahan hati anak Malaysia...

hahha... sekarang tengah konfius... salah ke betul??? ngerinya... adoi..gila kejam.. tapi nape wat gitu??? dah tau apa akan jadi nape pegi???mmm.. korang faham x maksud aku???? kalo x faham, faham2kanlah...

aku macam x faham lah mana salah and betul.. susah sekarang nak cari kebenaran... hanya Allah saja yang tau... biasalah kekuasaan itu bisa membutakan hati semua orang, bisa membuat orang lupa peri- kemanusiaan... dan paling sedih bisa membuat orang lupa Tuhan...

aku cuma seorang yang merenung dari jauh... menyoal dalam hati dan membangkitkan pada naluri... memang aku tak berani bersuara lantang seperti orang lain, memang aku tak berani berdiri memberikan hujah2 untuk membela diri... jadi aku mengambil jalan untuk berdiam diri...  aku berdiam tak beerti aku tak sayang... aku berdiam x beerti aku kosong dengan pengetahuan, x tengok apa yang perlu di perhatikan.. aku diam sebab aku berfikir... memikir yang mana harus aku pilih.. yang mana harus aku sokong, yang mana harus aku kata ya...

mmm.. susahkan??? manusia itu buta bila berkuasa, kejam bila berbicara.... apa yang mampu aku buat sekarang mengkaji kembali sejarah.. melihat kembali kisah2 lalu.. memerhati semua yang ada di depan mata.. mencari semua berita dari setiap penjuru negara... mengumpul.. memerhati dan sampai masa aku mengundi...
aku dah daftar... jadi perlunya aku benar2 tahu hala tuju negara... benar2 tahu apa yang baik untuk anak cucu ku pada masa depan... aku x nak... dunia mereka x seaman dunia ku sekarang... 

benar atau salah itu memang sukar untuk aku tentukan sekarang.. sebab seorang manusia tiada semua perkara baik... tapi ada satu perkara yang terbaik dalam diri dia untuk semua orang... hurm.. sekadar kiasan... aku x maksudkan sesiapa... tapi inilah hakikat kehidupan... jangan kerana satu keburukkan yang aku nampak... aku memusnahkan masa depan... dan jangan kerana satu kebaikkan yang aku nampak aku menolak pembaharuan... aku masih harus terus berfikir dan memerhati... 

p/s::: sangat bangga menjadi rakyat Malaysia... tapi takut jika satu hari negara tercinta huru hara.. peace no war.. sekadar bingkisan hati... :)

3 comments:

NasZ said...

betul tu..kita dibutakan daripada melihat kebenaran..tak dapat bezakan yang mana benar dan yang palsu..

MOHD NASER.com

ZWAN SABRI said...

Tula pasai.. skang dah elok dah Malaysia aman.. X nakla huru hara.. X kesahla, parti mana pun yang perintah, janganla nak gila kuasa sangat.. pikirla rakyat sama.. HUHU

MySuaraBlog: Tabik Springlah Sama Pakcik!

PeRmAtA bIrU said...

nasz::: betul tu kan??? kita telah dikelirukan yang mana benar n palsu..

zwan::: tu la depa dapat kuasa, rakyat jadi mangsa...