Tuesday, April 17, 2012

dia telah terpadaya oleh cinta dan helah dunia...

Assalammualaikum...

untuk pertama kali ingin aku perkenalkan siapa diri ini...
nama aku salwa binti omar... salwa adalah pohon-pohon rendang yang bisa memberi sesiapa sahaja yang kepanasan berteduh dibawahnya....
salwa juga adalah pohon yang bisa memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang berada dibawahnya... 
dan akulah pohon-pohon salwa itu...
seorang mahasiswa pengajian ilmu kemanusiaan di universiti tempatan... berusia 28 tahun
tapi aku hanya belajar sekerat jalan... tak mengambil peperiksaan pon...
aku bukan nakkan ijazah... aku cuma nakkan ilmu...
ilmu boleh dapat dimana sahaja... tak salah aku belajar dengan sesiapa pun asalkan tidak melanggar norma-norma kemanusian...
hurm... apalagi yang boleh aku beritahu???
masih menganggur... aku dapat duit untuk makan dan minum dari hasil usaha aku sekali sekala membuat kerja sambilan dimana-mana kem motivasi yang dikendalikan beberapa kenalan aku semasa di universiti dulu..
dah... itu sahaja... soal peribadi aku aku punya hal.. tidak menggangu periuk nasi sesiapa pun... aku tahu mana lubuk, mana longkang, mana parit, dan mana sungai... tak payah awak nak bersusah payah menjaga soal peribadi saya... hurm~~~

___________________________________

aku tak pernah mengharapkan kehadiran dia... kewujudan dia... namun aku perlu hidupkan dia di dalam diri ini...jika selama ini aku hanya menjadi diri aku... kini aku perlu bertukar merasai jiwa salwa... seorang gadis yang telah diperdaya oleh cinta dan kehebatan dunia... seorang gadis yang mencari apakah itu takdir dariNya...

seringkali kita mencari sesuatu yang tiada didepan mata..kerana manusia selalu mengimpikan perkara yang mustahil diperolehi... 


SEMOGA SAYA MAMPU MENJIWAI WATAK SALWA BINTI OMAR INI... :)

7 comments:

Dylla Abas said...

apa ni...? ada pementasan drama ke..? kisah hidup yg agak menarik sebenarnya..apapun all de best ye :)

Ika Halim said...

Good luck ? Berlakon teater ke ? :D

Unknown said...

wah mcm best je nak berlakon ke ni?

Zul fattah said...

fuhh.. gangster muka salwa ni.. haha.. lakukan yg terbaik ye.. gud luck utk pementasan itu nanti..

Nilam suhana said...

hehheh.. thanks semua... ya lah ni untuk pementasan saya kena belakon... untuk final projek minor... produksi akhir...:)

Nadia said...

sedap nama..:)

hari ni nad buat blogwalking besar2an.. xtahu la knal nad lagi ke x..:D

http://www.nornadiah.com/2012/04/jom-blogwalking-part-1.html

HAFIZAL said...

salam...

http://malaysiascore.blogspot.com/2012/04/ganas-abis-projek-terbaru.html