assalammualaikum...
mengharap itu adalah sesuatu yang mengecewakan... tapi mengharap itulah punca kekuatan... hari nih aku ingin kongsikan dengan satu pilihan dalam kehidupan... aku selalu mengharap ada orang yang datang dan membaca blog yang serba kekurangan ini... aku juga selalu mengharap orang suka dengan penulisan aku... aku juga selalu mengharap akan cinta yang sejati... tapi apabila harapan aku itu tidak kesampaian aku akan kecewa.. aku akan terus menerus mengalah dan mengatakan aku x la sebagus mana.. aku x layak untuk cinta sejati.. lalu emosi aku terus menerus terhukum.. dan aku tidak yakin pada diri.. dengan itu aku menjadi manusia yang kalah pada semua perkara... itulah kekecewaan dalam mengharap...
tapi sebenarnya mengharap itu adalah satu kekuatan... dan perkara di atas hanya lah satu misalan... insyaAllah aku belum putus harapan... sebab aku rela hati menulis di blog nih... aku cuma berkongsi cerita dan pemikiran dan mengharap ada insan yang membaca dan aku mampu membantu seseorang dengan penulisan ini... siapa, dimana dan bagaimana orang itu aku x tahu.. cuma mengharap akan ada kebaikkan dari perkongsian ini... dan apabila aku meletakkan harapan sebegitu... maka aku punya kekuatan untuk terus menerus berkongsi cerita dengan kawan2... dengan sesama insan...
adakala ketika pelangi itu muncul, kita x perasan yang dia telah lama disitu... lalu seorang teman memberitahu kita yang indahnya pelangi petang itu.. lalu kita mula melihat pelangi yang indah itu... begitu lah kehidupan manusia... adakala kita x nampak apa yang indah dalam hidup kita, kerana kita terus mengharap pada satu kenikmatan lain... tapi apabila satu hari kita sedar akan keindahan itu datang dalam bentuk yang lain maka kita akan terus menikmatinya... jadi, jadilah orang yang mengharap dengan penuh keyakinan dan kekuatan.. jangan jatuh dalam kekecewaan... sebab kecewa itu satu langkah memundurkan kita.. tapi satu titik untuk kita terus melangkah dengan cekal dan kuat...
selamat berjuang sahabat... kita sama2 harus kuat...:)
ikhlas::: sesungguhnya... keikhlasan itu memang sukar dimengertikan... memang sukar di katakan... apalagi untuk dihujah... dan adakala apabila kita membuat sesuatu, kita akan terdorong mengatakan ikhlas untuk memuaskan hati orang yang menerima pemberian... itu fenomena di tanah melayu ini sejak dulu... mengungkapkan ikhlas agar pihak lagi satu itu menerima pertolongan... dan sebenarnya keikhlasan itu tak patut diungkap... biarlah ia terus menerus menjadi sesuatu yang hanya kita mengetahui... itulah ikhlas... dan dalam menulis diblog nih... saya menyatakan ikhlas kerana saya menulis tanpa sebarang paksaan.. tanpa sebarang rasa ingin memaksa orang.. dan saya menulis kerana saya bahagia... saya nak tulis... dan saya sendiri tak pasti kenapa... itulah tujuan saya berblogging.. berkongsi cerita dan pengalaman sekadar suka rela tanpa mengharap apa2 yang bisa buat saya kecewa... dan mungkin word yang betul saya rela hati... :)
6 comments:
salaam.. insyaAllah, minta kepadaNya kekuatan itu..
maaf sy komen ckit. Ikhlas tu sesuatu yang sukar dimengerti bagi saya. dan apa yang saya tahu, andai diri ni ikhlas melakukan sesuatu, jangan diungkapkan perkataan 'ikhlas' itu kerana ia boleh menjejaskan niat ikhlas tu sendiri.
betulkan kalau sy salah. :)
tq atas ingatan..:)
andai kita selalu sering ke halaman sahabat..mereka juga akan membalas kunjungan..
begitu juga dengan cinta..andai kita serahkan rasa cinta sepenuhnya pada Dia..Dia juga akan menyayangi kita dan memberi kita seseorang yang ikhlas dengan diri kita sepertimana kita ikhlas dengan Yang Maha Pencipta
teruskanlah. buat apa yang disukai. dgn cara ini kita secara tak langsung akan bahagia. kan? hehehe.
From,
Nasz
MOHD NASER.com
jgan risau.. teruskan berblogging.. blogging dgan ikhlas hasilnya akan mudah d trima oleh pmbaca..
saya sendiasa ada la, utk baca blog awk.. jgan risau..
teruskan berbloging sebab saya selalu baca blog awak,, mesti kekadang tiada meninggalkan jejak sebab tak tahu nak titah kan apa di istana biru :)
Post a Comment