~assalammualaikum~
setiap orang yang berkahwin inginkan segala yang terbaik dalam hidup mereka... kan??? inginkan segala yang jujur dan ikhlas... maka tertautlah dua hati yang sedang bercinta... :) betul x???
cinta biar sampai syurga...
firman Allah tentang kenikmatan syurga:
" ... didalamnya kamu menikmati kesemua yang kamu inginkan dan memperoleh pula semua yang kamu minta. sebagai hidangan dari (Allah) yang maha pengampun lagi maha penyayang."(fushshilat:31-34)
" ... dan di dalam syurga itu terdapat segala sesuatu yang diingin oleh hati dan sedap (dipandang) mata, serta kamu kekal di dalamnya..." (Az-Zukhruf:71)
mempunyai pasangan merupakan hal yang paling didambakan di samping keperluan-keperluan rohaniah. keperluan penghuni2 syurga semua akan dipenuhi...baik seorang lelaki, mahupon seorang perempuan.
seorang perempuan akan dinikahkan oleh Allah di syurga dengan orang yang pernah menikahinya semasa hidupnya di dunia.
jika seorang perempuan pernah mempunyai 2 suami di dunia, dia akan memilih salah seorang darinya di syurga. jika seorang tidak bertemu jodoh didunia, Allah akan menikahkannya dengan orang yang disukainya di syurga.
kurnia Allah di syurga bukan hanya untuk lelaki.. tetapi untuk perempuan dan lelaki... walau Allah telah menyebut bidadari bagi seorang lelaki, dan tidak pada perempuan, tetapi Allah telah menyebut isteri bagi para suami, kerana, para suamilah yang biasanya mencari dan menginginkan isteri...
ini sekadar satu perkongsian... semoga kita menjadi hamba yang layak berada di syurga Allah... sesungguhnya Allah maha pemurah lagi penyayang...Allah jua maha pengampun...
" aku tak layak ke syurgaMu, aku juga takut ke nerakaMu.. terimalah taubat ku ini ya Allah.. cukuplah kebaikkan hanya dijalanMu..."
"subhaAllah"
7 comments:
hehehe..nk hbgn 2 kekal smpai disana. :) amin...jga2 la akhlak kta. :)
betul tu..harap dapat jumpa yang sesuai nanti.
MOHD NASER.com
Feyqa nak jodoh feyqa dgn si dia smpai ke akhirat kelak, bukan stkat di dunia je InsyaAllah :)
nice shared..:)
alhamdulillah...Allah telah kurniakan aku isteri yang terbaik..
setiap manusia puyai kelemahan masing2 so terima lah die seadanya
di dunia dan di syurga biarlah kami tetap bersama.. InsyaAllah
Post a Comment