dalam sebuah pentas lakonan, cinta memainkan peranan sangat penting... kerana tanpa cinta pada watak, skrip, dan perwatakan kita... lakonan akan menjadi cacat dan keliru.. kita tak memberi sepenuhnya pada penonton... maka kita sedang menipu di dalam lakonan... kenapa lakonan perlukan cinta??? sebab cinta itu ada dijiwa.. dan dengan kecintaan itulah terbitnya rasa pada jiwa2 yang sedang menonton... sangat indah.. bukan sahaja pada pentas yang menarik, tetapi penghayatan dan keindahan lakonan itu sendiri...simboliknya lakonan itu.. sama la dengan kehidupan kita...
Kehidupan ini juga sangat indah. Kadang-kadang kita boleh meminjam keindahan cerita hidup insan lain sebagai kisah hidup kita. Kita cuma memainkan peranan bagi mewujudkan perhubungan antara dua insan. Ia menakjubkan dan membuat kita bagai berada di sebuah pentas lakonan.aku sangat menghargai hari-hari yang ku lalui. Ia bukan seirama. Ia sangat merdu dalam berlagu. Hidup ini sebenarnya ada banyak ceritanya walau pada dasarnya kita merasa hambar.
Sebuah pentas lakonan itu juga bukanlah selalu ceria. Bukan jua selalu hambar. Tetapi ia tetap menggembirakan pelakonnya. Malah ia menarik ramai penonton. Ia bukan sekadar berlakon dan ditonton. Ia memerlukan latar belakang, lagu dan klimaks. Begitu hidup kita. Kita harus mencoraknya agar menjadi lebih indah. Lebih menarik. Dan lebih bahagia.
Aku hanya mengharap cinta itu wujud dalam kehidupan aku. Aku inginkan keindahan bercinta itu. Hingga aku lupa dalam sebuah kehidupan itu ia perlukan pelbagai perkara. Hidup perlukan kesedihan, pengorbanan dan kebahagiaan. Hidup perlu ketaatan dan kepercayaan. Ia bukan sekadar mencari cinta, menagih cinta dan menghampakan cinta.
indah terciptanya cinta itu... janganlah had madah2 cinta hanya untuk kekasih.. tapi penuhilah dia ke segenap jiwa dan jadikanlah dia penuh kebahagiaan... kerana rasa cinta itu telah lama tersemat di jiwa...:)
p/s::: baca selanjutnya ---> TAFSIR CINTA
4 comments:
kdg2 cinta itu menipu..banyak sgt lakonan..kih kih kih kih
Btol tu btol..
kehidupan kita seperti pentas lakonan yang akan dipertontonkan di padang mashar kelak..
zwan pown still mengharapkan cinta sejati muncul dalam hidup zwan.. HUHU
MySuaraBlog: Awas Lelaki Berumur 15-25 Tahun
jiwa ini tak lagi sepi ^^
di atas dunia ini kita dalah pelakon :)
Post a Comment