Sunday, August 21, 2011

kesedaran tatabahasa

Assalammualaikum

korang tengok tajuk macam gerun x??? huhu... aku bukan cikgu BM tau.. aku cuma nak cerita kat korang kisah anak buah aku sorang nih.. biasalah... bila nak raya ni nanti dia balik la kampung... adoii... nak ketawa plak ingat kat dia... bukan apa... tatabahasa dia tu bagus sangat.. mentang2 mak dia cikgu BM... ok aku cerita k..

KISAH BERMULA
satu hari dia balik kampung iaitu umah tok aku ni la.. ok.. aku kan orang penang??? jadi percakapn orang utara yang sopan akan menggantikan kata diri pertama sebagai KAMI... jadi nak dijadikan cerita... anak buah aku nih main la dengan sepupu2 dia iaitu anak kepada sepupu2 aku yang duduk penang nih... 

tengah main tu... tiba2 anak sepupu aku tu ajak la anak buah aku cari tok wan dia... dia pon kata:::
"eh, jom p tengok tok wan kami sat kat belakang, nak tengok dia ada ka dak."
so anak buah aku ni pon nak la p tengok tok wan 'kami' tu...
"tapi tadi tok wan p depan la"
belaku la ayam cakap ngan itik di mana tok wan sat depan sat belakang.. tapi last2 dia ikut gak p belakang... bila balik dari belakang tu, kebetulan ayah aku ada kat depan ngan aku...anak buah aku pon cakap:
" ha, ni tok wan saya ada kat sini. bukan dekat belakang."
anak sepupu aku plak kata:
"ha, la ni tok wan hampa, tok wan kami ada kat belakang"
kemudian anak buah aku pon datang kat aku dan kata:
" mak su, kami tu untuk saya ramaikan??? lebih dari seorang??? kenapa batrisya sebut kami???"
aku pon senyum n bagitau la dia, batrisya cakap loghat utara... heheheh.. itu sahaja alasan yang aku ingat... adoii...

tahu tak waktu tu umur dia berapa tahun??? baru 5 tahun.. hahahha sekarang dia berusia 6 tahun dah jadi cikgu BM kat tok dia... kalau orang penang sebut ayaq... dia marah n kata air la tok.. kan ejaan dia a-i-r = air.. seluaq=seluar baguih= bagus... siap tolong eja sekali... n kalau ada s.. patut bunyi s itu dibelkang macam bahasa inggeris... adoi... kelakr plak bila aku teringat.. dan aku kagum juga.. sebab tak ramai kanak2 usia dia faham fungsi2 tatabahasa tersebut...ok nak tau tak sapa budak itu???

NI LA ANAK BUAH AKU TU

6 comments:

cik sakdi said...

haha bukan main lagi.biasa la budak baru balajo mst nak praktikkan. hehe

yusuf Laili said...

Salam;
itu indahnya malaysia ni..terutamanya melayu..dlm melayu byk bahasa dlm bahasa byk pula logat/pelat..lain negeri lain pula logat..semuanya kahzanah yg tak ternilai dan tak boleh dijual beli "bahasa melambangkan bangsa"

nini said...

uih...penat la saya nak kena cakap bm yang betul tatabahasanya ni...hehe....=p

yayath said...

hehe...comel:)

Danial Razak said...

hahaa..bijak2..=)

QuiNn ZhOuRa said...

comel je anak buah awk ni. budak bandar macam tu lah