kalau hari nih aku tiada,
ingatlah pada aku, doa lah pemergian ku,
kalau hari nih aku tiada,
jangan la kau terus-terus menangisi pemergian ku,
kalau hari nih aku tiada,
halalkanlah makan minum ku,
kalau hari nih aku tiada,
kau meriahkanlah pusara ku,
aku bukan insan yang penuh iman di dada,
adakala aku juga goyah,
aku bukan insan yang alim bak ulama',
adakala aku tersilap langkah,
aku cuma insan biasa, yang sentiasa mengharap doa,
ihsan dari sahabat, teman, taulan dan saudara,
ikhlas lah melepaskan pemergian ini,
kerana Allah lebih tahu segala yang terbaik...:)
"ya Allah, andainya ada hari terakhir ku itu makin hampir, Kau ampunilah dosa ku, Kau berikanlah aku hidayah Mu, Kau tetapkanlah ku dengan agama Mu, dan Kau matilah aku dalam keadaan yang baik, dalam cara yang baik dan waktu yang baik... hanya kepada Mu aku memohon, dan meminta pertolongan.. Allah yang maha berkuasa lagi mengetahui... Amin~~~"
2 comments:
kadang2 kita berada di atas, adakalanya jg berada di bawah..semua tu dugaan..
peringatan yang bagus :)
Post a Comment