Friday, July 29, 2011

setiap hari itu indah

Setiap kehidupan manusia memang mempunyai jalan cerita yang tak mungkin dimiliki oleh orang lain. Jalan cerita yang berbeza. Yang tak pernah tercapai oleh akal dan perasaan. Kadang-kadang ia begitu pantas terjadi. Kadang-kadang ia membuat kita sangsi dan keliru untuk meneruskan kehidupan. Kadang-kadang ia amat membahagiakan. 

Namun, kehidupan ini adalah realiti. Ia bukan mimpi yang bila kita bangun ia hilang dan bila kita tidur ia tak kembali lagi. Kehidupan adalah sesuatu yang meninggalkan bekas pada apa yang tertinggal.  Memang benar, apa yang berlalu biarkan ia berlalu. Tak mungkin pokok yang telah berbuah kita ingin kembalikan ia menjadi benih. Dan jangan paksa esok datang lebih awal kerana Dia telah mencipta hari-hari yang terbaik untuk kita. 

Tetapi sebagai manusia, ia membuat kita terus tertanya-tanya adakah mentari yang datang esok sama seperti kelmarin? Hari ini yang sedang dilalui kita lupakan, kita terus memikirkan tentang esok dan mengingati kelmarin. Kita lupa tentang hari ini yang akan terus menjadi esok... dan kita akan mula merindui esok yang telah kita abaikan hari ini...

dalam apa yang kita lakukan, kita harus percaya, Allah telah tetapkan segala yang terbaik buat kita, Allah telah tetapkan segala yang terindah buat kita, oleh itu laluilah hari-hari kita dengan penuh rasa bahagia dan istimewa, jika jalan cerita hidup kita perit, percayalah, Allah beri pada kita ribut dan taufan, namun setelah hujan mula berhenti Allah sinari kita dengan pelangi yang indah... jadi kita haruslah belajar bersyukur sebagai hamba Allah...

kadang-kadang aku membaca kisah bahagia hidup teman yang lain, aku mula merungut di dalam hati, aku cemburu dan dengki, kenapa indah kehidupan mereka... kenapa mereka memiliki cinta yang sangat bahagia... tapi dalam masa yang sama aku lupa, aku juga punya banyak jalan cerita yang bahagia... aku juga pernah menjadi seorang yang sangat asyik bercinta, aku juga pernah dicintai sepenuh jiwa... tapi Allah beri pada ku satu kesalahan dalam pertemuan, mungkin pada masa depan ada sinaran yang lebih bahagia buat aku... aku tak tahu, ilmu Allah itu sangat luas...

dalam apa yang kita lakukan, hargailah apa yang dapat kita genggam... sesungguhnya, cinta Allah tu sangat luas... sebagai hamba yang bersyukur, laluilah setiap hari dengan penuh warna yang indah...
"nasihat jua untuk diri sendiri" semoga hari kita hari nih lebih baik dari sebelumnya... mulakanlah setiap hari anda dengan senyuman dan hati yang penuh kasih sayang... love all of you..:)

1 comment:

Khairol Ikhwan said...

salam,,,

suka entri ni.. setiap hari memang indah, jika pandai meng'indah'kan nya... kita kerap kali buat donno je pasal ni kan?.. itu lah natijahnye,,, buat kan hari jadi tak best ..

pasal status2 tu biasa lah, mungkin salah satu cara mereka nak kurang an stress?.. hehehe, sy pun mcm tu gak, tapi dah slow update kat FB,, rasa mcm malu la pulak,, apesal nak update personal life mcm tu sekali kan?.. hehe

(blog saya ada chat box lah,, ade je kat bahagian kanan sekali, di multi tab widget tu)

p/s: Nak buat multi tab widget mcm tu senang jer, klik SINI

Resipi sardin pun ada,, tak perlu masak2 .. hehehe SINI

apa2 pun, cuma cari je bahagian tutorial,, semua nye utk dikongsikan =))