Friday, July 29, 2011

Contest Aku Berpuisi- dia bisu dalam berbicara

dalam ruang malam yang sepi, 
dia meniti jalan ruangan hidupnya,
dia mencari di mana adanya dirinya,
dia memandang dalam ke ruang pantulan wajahnya.

dalam ruang malam yang sepi,
dia cuba mencari sebuah erti,
dia cuba mencari sebuah budi,
dia cuba mencari sebuah cinta abadi.

dalam kamar sepi yang hanya berteman sedikit cahaya,
yang hanya berteman sedikit jiwa,
yang hanya berteman senafas haruman bahagia,
dia tetap terus merenung ke dalam jiwa.

jika di siang hari dia bertemu sang suria, 
mampukah dia melawan teriknya pancaran di tengah hari yang buta,
mampukah dia merenung terus kepangkal cahaya,
tanpa dibiarkan mata berkedip buat seketika.

jika siang hari dia di tengah bingitnya suasana,
mampukah dia berdiri dan terus melontarkan suara,
mampukah dia meminta manusia mengenali siapa dia,
mampukah dia menerima segala tentangan dan sengketa.

benar, dia belum berani melawan sang suria,
dia mungkin bisu dalam riuhnya suasana,
dia cuma seorang insan kerdil, yang biasa dan alpa,
yang berani berkata-kata sekadar di alam maya,
yang sekadar berani bersuara tanpa bunyinya,
yang berani melawan tanpa tenungan mata,
namun, disebalik kebisuan dia,
dia juga seorang manusia,
punya rasa dan cita-cita,
yang boleh membawa dia terus kepada bahagia.

inilah dia,
jiwanya halus, bicaranya tulus,
dia bercerita tentang hati manusia,
dia bercerita tentang musafir di dunia,
kadang-kadang dia bercerita tentang kisah gembira,
namun,
adakala dia menangis bercerita kisah duka,
dia lah manusia yang hanya mampu melihat,
yang hanya mampu meluah rasa,
tapi bisu bila bersuara,
kuatkanlah dunia maya, 
biar manusia ini bisa terus kuat menjerit demi sebuah keharmonian dunia,
inilah dia seorang manusia yang bisu dalam berbicara.

jom join

maaf tuan contest, saya tak dapat nak tag sapa2.. harap dimaafkan k.. orang yang saya nak tag, telah dulu ditag dan join contest ni sebelum saya.. hehehehe.. minta maaf yer... :)

5 comments:

Khairol Ikhwan said...

macam best contezz ni,,, alang2 tanam anggur kat rumah ni, boleh la berpuitis sikit =)) ..

hehehe,, dah lame tak berpuisi bagai ni .. nak try ade skill lg tak...

penaberkala said...

diam dalam bicara tidak mengapa,
asal jangan cacat dalam gerak kerja dan tempang budi bicara


good luck utk kontest ni

aimie amalina said...

wah2
besnye kak!
fitrah manusia itu
>_____<
gud luck akak!
saya join juge!

Mohamadazhan.com said...

salam sahabat puisi semua =)

Terima kasih atas penyertaan,tak pa tak tag pun.hehe.syarat ja tu. Puisi yang menarik bicara soal kemanusiaan yang kadang2 tak mampu diucapkan dengan sepatah kata =)

Lia-De-Pinky-Leo said...

gud luck! :)