Thursday, July 21, 2011

memori::: cinta tu suci

semalam, kau berjalan bersama aku.
 kau menunggu aku setiap kali aku lambat. 
kau mengejar aku, bila aku kuat berlari. 
kau memujuk aku, bila aku mula tidak puas hati. 
kau sangat baik.

hari ini, kau dah berjalan dihadapan aku. 
kau merungut bila aku lambat. 
kau mendengus bila aku laju, 
kau menjeling bila aku menegur.
 kau sangat baik.

kau tetap insan yang sama.
 kau tetap dalam nama yang sama. 
walaupun ukuran semalam dan hari nih sangat berbeza. 
kau tetap baik. 

kau pernah tanya, kenapa aku bersama kau. aku jawab, sebab takdir. 
kau tanya lagi...
kenapa aku memilih kau, aku jawab, kerana takdir.
kau tanya lagi...
kenapa aku tak marah bila kau bersikap dingin, aku jawab, kitakan manusia.
kau tanya lagi...
kenapa aku tak merajuk bila kau tak ambil peduli, aku jawab, kitakan manusia.
kau tanya lagi...
kenapa aku tak serius bila kau bertanya, aku jawab tiada jawapan.
kau tanya lagi...
kenapa kita tak berpisah sahaja, aku jawab,.....
aku belum ada jawapan, tapi kau jawap, 
'tiada jawapankan? maknanya bersetuju'
kau pergi tanpa melihat aku. 

sebenarnya....
aku bersama kau kerana aku cinta
aku memilih kau kerana cinta
aku tidak memarahi kau kerana cinta
aku tidak merajuk kerana cinta

dan aku akan melepaskan kau juga kerana cinta...
kalau kau tanya kenapa aku cintakan kau...
 aku akn jawab, tiada jawapan, itukan takdir, kitakan manusia...
dan cinta itu tiada sebab dan alasannya...

cinta tetap baik dimata aku walau hati aku kau sakiti,
cinta tetap baik dimata aku walau jiwa aku di lukai,
cinta tetap baik dimata aku walau perasaan aku didustai,
cinta tu sangat suci.

DAN KINI AKU NAK KAU TAHU...
CINTA ITU BAIK KERANA ANUGERAH ILAHI,
CINTA ITU BAIK KERANA AKU CINTAKAN KAU,
SEBAB ALLAH YANG TURUNKAN RASA CINTA ITU...
DAN SEKARANG, AKU PERGI TINGGALKAN KAU,
KERANA ALLAH ADA UNTUK TERUS MENYINTAI KAU...

p/s::: entri asal di sini
entri nih aku dah edit sikit... selepas aku lebih memahami cinta... :)

2 comments:

erika nuris said...

susahnya menerima hakikat bahawa..cinta itu tidak semestinya untuk memiliki..

Abang Stalker said...

cinta bkn hny pd manusia.cintailah Allah dan rasul,ibu bapa serta dri sdri.layak la seseorg setelah mencintai kesemua diatas.. :)

cinta bkn hny memiliki,kdg2 cinta perlukn pengorbanan tp bkn penyiksaan dr perbuatan yg berdosa. ;)