Suatu hari Fatimah binti Rasulullah SAW, berkata kepada sayidina Ali,
suaminya, “ wahai kekasihku, sesungguhnya aku pernah menyintai seorang permuda
ketika aku masih gadis dahulu.”
“ oh ya, benarkah...” balas sayidina Ali dengan wajah yang sedikit
memerah. “ siapakah lelaki terhormat itu dinda?”
“ lelaki itu adalah engkau, sayangku.” Jawabnya sambil tersipu, membuat sayidina Ali tersunyum dan semakin
menyayangi isterinya.
Ungkapan-ungkapan romantis Siti Fatimah dengan Sayidina Ali ini mungkin
sudah menjadi hal biasa bagi suami isteri. Tetapi tidak bagi mereka yang masih
bersendiri. Yang masih belum beristeri dan bersuami. Ungkapan-ungkapan ini
jugalah yang menjadi pelaris di novel2 cinta, di lirik2 lagu dan dalam drama2
cinta. Namun benarkah ia seromantis Sayiditina Fatimah dan Sayidina Ali?
Kata2 cinta sekarang benar2kah ia suci? Benarkah ia terbit dari
keikhlasan hati. Benar. Kadang2 si wanita bertanya pada sibuah hati :
P: kenapa kau sayang pada ku?
L: sebab aku cinta pada mu.
P: itu sahaja?
L: sampai bila kau akan terus bertanya soalan yang sama?
P: hurm...
Si wanita mengeluh... jawapan apa yang diinginkan??? Rasa cinta sang
suami merupakan terbentuk dari hati. Cantikkah
dia? Baikkah dia? Kayakah dia? Bukan itu jawapannya. Tapi kerana cinta.
Apa yang mungkin si isteri ingin dengar? Itu bukan yang ingin si suami jawab.
Tetapi rasa hatinya menjadi jawapan pertama.
Jawapan cinta yang menjadi imiginasi cinta seorang lelaki. Seorang
satria dan pria.
Namun pernikahan merupakan satu perjanjian yang berat dan kuat.
Perjanjian yang menjadikan 2 hati bersatu, dua manusia berkongsi satu kehidupan
dan ranjau dugaan.
Dan disinilah akhirnya terbit satu ketelanjuran cinta. Mesti ia indah namun bermasalah. Keasyikkan rasa
hati antara dua hati yang belum sah disatukan.
Ketidakhadirannya menyakitkan... kehadirannya bagai satu nikmat
dirasakan. Begitu tafsiran sebuah percintaan. Ketelanjuran cinta yang susah
dihuraikan.
Namun tanyakan kepada nurani tentang keimanan yang bersemayam
dihatinya. Masihkah memiliki kekuatan untuk mempertahankan Allah sebagai nombor
satu dan satu-satunya. Dengan kekuatan iman, cinta kekasih bisa terlawan. Hanya
Allah sahaja kekasih yang satu. Apa gunanya mencintai seorang kekasih dan
akhirnya menjauhkan kita dari cinta teragung.
Tanya pada nurani, siapa yang lebih dicintai??? Allah atau ‘dia’?
Hanya satu bingkisan hati yang ingin dikongsi....
No comments:
Post a Comment