"Diriwayatkan pada suatu hari Rasulullah SAW memberitahu anaknya Fatimah bahawa ada seorang wanita miskin tinggal di hujung Kota Madinah, sebagai wanita yg mulia di sisi Allah ia akan masuk ke syurga lebih dahulu daripada Fatimah.
Mendengar cerita itu, Fatimah sgt ingin melihat dan berkenalan dgn wanita solehah yg dimaksudkan oleh ayahandanya itu. Apakah amalan yg telah dilakukan sehingga mendapat penghormatan yg begitu tinggi dari Allah. Setelah mendapat penerangan tentang tempat tinggal wanita itu, Fatimah pun pergi ke rumah wanita tersebut setelah mendapat keizinan drp SaidiNa Ali r.a.
Setibanya Fatimah di rumah wanita tersebut, beliau begitu terperanjat kerana wanita itu tidak membenarkan ia masuk ke rumah kerana ia belum meminta izin dari suaminya yg pergi bekerja. Dengan perasaan tenang Fatimah pulang setelah dinasihatkan supaya dtg esoknya kerana dia akan meminta kebenaran dari suaminya membenarkan Fatimah masuk ke rumah sekiranya diberi izin oleh suaminya.
Pada keesokan harinya, Fatimah datang lagi tetapi kali ini bersama dua org anaknya Hasan dan Husin. Entah kenapa tergerak hatinya utk membawa anaknya. Sekali lg dia terperanjat krn wanita itu menolak kedatangannya. Kata wanita itu,
“Saya hanya diberi izin oleh suami saya utk puan seorg sahaja, sdgkan bersama puan ada 2 org lg yg belum diizinkan suami saya”. Wanita itu memohon berbanyak-banyak maaf kerana x dapat membenarkan Fatimah dan 2 org anaknya masuk ke rumah. Terpaksalah Fatimah pulang sekali lagi dengan perasaan terharu melihat kejujuran wanita itu menjaga amanah suaminya lebih2 lg amanah Allah yg menyuruh taat kpd suami.
Pada kali ke-3 kedatangan Fatimah disambut dgn baik oleh wanita itu dan tidak putus2 meminta maaf atas apa yg berlaku, ia berkata:
“Sesungguhnya saya sekali-kali tidak pernah melanggar perintah suami saya”.
Dia melayan Fatimah dgn sebaik-baiknya, menyediakan hidangan yg termampu olehnya. Senyum ramah menjadi perhiasan hidupnya. Walaupun dia miskin harta tetapi kaya dgn budi bahasa, sopan santun dan berakhlak. Kata-katanya lembut dan tidak gopoh. Rumahnya teratur, bersih dan kemas, mmg sedap dipandang walaupun tiada perabot mewah dan barang2 antik.
Setelah hari hampir petang, wanita itu meminta izin drp Fatimah utk melakukan sesuatu. Beliau meminta izin ke dapur dan menyediakan segelas air, sepiring makanan dan sebatang tongkat dan diletakkan di tepi dinding berhampiran dgn muka pintu. Setelah itu ia masuk ke dlm bilik, Fatimah hanya memerhatikan saja tingkah lakunya. Tidak lama kemudian ia keluar dri bilik dgn pakaian yg cntik, rambut diandam serta wajahnya berseri-seri disertai dgn bau yg amat harum. Ia kemudian pergi ke ambang pintu dan berdiri seolah-olah menanti seorang tetamu yg akan tiba. Sedikit pun dia tidak menghiraukan tetamunya yg ada di dlm rumahnya yg memerhatikan gelagatnya. Fatimah hairan melihat gelagat perempuan itu lalu bertanya:
“Mengapa puan berkeadaan yg agak aneh ini?’”.
“Saya sebenarnya sedang menanti kepulangan suami saya. Biasanya disaat inilah ia pulang dr bekerja,” jawabnya kepada Fatimah yg masih dlm kebingungan.
“Apa pula kaitan dgn air dan makanan serta tongkat yg puan letakkan di tepi dinding itu,” tanya Fatimah lagi.
“Air ini disediakan kalau dia dahaga, terus sahaja saya berikan tanpa saya membuang masa pergi ke dapur dan suami saya tidak lg tertunggu-tggu. Makanan ini saya sediakan kalau suami saya lapar. Dan tongkat ini disediakan kalau saya didapati bersalah oleh suami saya, akan saya suruh ia pukul sebagai denda di atas kesalahan saya.”
Fahamlah Fatimah, seterusnya ia bertanya lagi. Mengapa pula puan bersolek dan berpakaian yg sungguh ghairah setelah itu pergi ke tepi pintu dan mengangkat kain pada hal menampakkan aurat adalah haram?
“Saya berbuat demikian adalah semata-mata utk suami saya. Kalau ia melihat saya berkeadaan begini di waktu ia berkeinginan maka mudahlah ia menyampaikan maksudnya,” jelas wanita tersebut.
Kini fahamlah dia, itu rupanya amalan yg dilakukan oleh wanita itu yg mendapat kemuliaan dari Rasulullah.
Sebenarnya, sememangnya Fatimah adalah seorang wanita yg paling mulia di dunia. Beliau akan menjadi ratu di syurga nanti. Manakala wanita yg tersebut dlm kisah ini akan menjadi pengiringnya. Beliau yg mula-mula masuk ke syurga krn beliau ditugaskan utk menjadi penarik tali kuda Fatimah. Jadi dgn demikian beliaulah mula-mula masuk ke syurga. Inilah sebenarnya yg dimaksudkan oleh Rasulullah.
Rasulullah SAW telah bersabda yg bermaksud:
“Wahai anakku Fatimah, perempuan manapun yg beribadah spt ibadah Siti Maryam bin Amran, tetapi tidak diredhai oleh suaminya, maka Allah tidak akan menerima ibadahnya”.
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:
“Seorang wanita yg solehah itu lebih baik dari seribu lelaki yg tidak soleh”."
p/s::: aku ingin sekali diredhai seperti ini.. tetapi jiwaku masih runsing.. layakah lelaki zaman kini mendapat layanan sebegini??? sedangkan isteri yang paling setia pon pernah dicurangi... hurm... :(
No comments:
Post a Comment