Saturday, July 5, 2014

Nikmat Yang Perlu Disyukuri


kadang-kadang kita merasakan kehidupan ini sakit dan perit,
terdetik dihati,
mengapa aku terus dizalimi di dunia ini,
namun ketika hati kita terdetik begitu,
kita sebenarnya terlupa kepada berjuta nikmat yang Allah berikan...
selalunya hati manusia ini kejam...
kepahitan itu bisa membunuh kebahagiaan seumur hidupnya...

fokus-fokus-fokus

kalau pemikiran manusia hanya menumpu kepada kepahitan, maka matilah segala kebahagiaan. kalau hati manusia itu sentiasa menumpukan pada keindahan apa yang telah dikurniakan, maka lebih bermakna lah hidupnya.
persis hidup aku ini. ketika aku sedang berduka, aku tertekan, aku merana. namun aku perlu kuat dan tabah.
nikmat Allah kepada ku melimpah ruah. hanya aku yang perlu menjaga hati ini. selalulah bersangka baik dengan Tuhan maha Pencipta. sungguh Dia sangat sayangkan hamba-hambaNya. mana mungkin Dia memberi kepada ku kedukaan kerana benci, Dia beri untuk aku sabar, tabah dan kuat.

ingat Allah ketika duka, maka disetiap kali aku berduka aku yakin Tuhan ku merinduiku... Aku perlu memohon padaNya. sesungguhnya dialah Tuhan  yang Maha Pengasih dan Penyayang.

ingat Allah ketika suka... seperti perlu aku bertanya...
manusia ini pelupa... ingatkah aku padaNya ketika bahagia???
Astagfirullah ala'zim...


3 comments:

yusuflaili said...

salam ramadhan ke7;
betul tu..biasanya yg pahit itulah penawarnya

ikhwan yusuff said...

Betul tu,..
Nikmat kurniaan Allah itu sngt bnyk untuk hamba2-Nya

cik kaki ketawe said...

kerana manusia cuma lihat kepada kepayahan,terlupa pada hikmahnya
tapi lumrah manusia mudah
rasa terjatuh...yg penting sentiasa berlapang dada...semoga Tuhan ampunkan kita.