Friday, April 12, 2013

kau munafik!!!

Assalamualaikum...

maaf untuk tajuk yang mengejut sangat tu... tapi sebenarnya apa yang saya nak cerita memang ada kaitan dengan perkara tersebut pun...

Dalam Al Qur'an terminologi ini merujuk pada mereka yang tidak beriman namun berpura-pura beriman.
Apabila orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.[1] Mereka menjadikan sumpah sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka kerjakan.[2] Yang demikian kerana mereka mengaku beriman kemudian mereka menjadi kafir, maka dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami.[3] (Al Munafiquun:1-3)

Berdasarkan Hadis Riwayat Bukhari dan MuslimNabi Muhammad s.a.w mengatakan :
"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan.
  • Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.
  • Kedua, apabila berjanji, dia ingkari.
  • Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia khianati".
sungguh saya akui, setiap dari kita ini memang sangat dekat dengan perkara munafik nih... antara kita sedar atau tidak ia hanya dipisahkan oleh sebaris garis yang tersangat nipis dalam jiwa kita...

kawan-kawan, jom lah kita berdoa supaya diri kita bukan dari golongan orang yang munafik... takutnya saya kawan-kawan... sebab insan lemah ini adakala mempunyai rasa takut pada Penciptanya... punya rasa takut pada segala azab dan ingin ikhlas melakukan kebaikan... lalu hati ini berjanji untuk jadi orang beriman... lalu pada satu ketika kita lupa kawan-kawan... lalu janji dikhianati kata-kata terus di dustai... cepatnya kawan-kawan kita memasuki golongan munafik ini...

YA ALLAH... LETAKKAN LAH HATI-HATI KAMI RASA TAKUT PADA AZAB MU.. RASA CINTA PADA MU DAN RASUL MU, MEMBUANG PERKARA-PERKARA YANG KAU MURKAI, DAN MENGAMALKAN SEGALA SUNNAH RASUL DAN PERINTAH MU... YA ALLAH, KAMI HAMBA YANG LEMAH YANG SANGAT CEPAT TERLUPA PADA JANJI DAN MENDUSTAI KATA-KATA, MALAH ADAKALA SANGAT CEPAT MENGKHIANATI AMANAH YANG DIBERI... BANTULAH KAMI WAHAI TUHAN YANG MAHA BERKUASA, JADIKAN KAMI ORANG YANG BERSYUKUR DAN HANYA MENGHARAP RAHMAT DAN KASIH DARI MU... MENGIKUT JALAN AGAMA MU... AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI YA ALLAH... AMPUNKAN DOSA IBU BAPA KAMI, DATUK NENEK KAMI, SAUDARA MARA, ADIK BERADIK, GURU-GURU DAN SAHABAT-SAHABAT KAMI... AMIN~~~

 semoga kita semua selalu dalam rahmat, hidayah dan perlindungan Allah yang esa...

p/s::: saya takut menjadi golongan ini, namun saya juga selalu terlupa dan leka dengan dunia dan nikmat yang sementara, lalu saya juga sering berdusta dan mengkhianati janji... sesungguhnya saya selalu mengharapkan pada pertolongan Allah... semoga saya menjadi hamba yang istiqamah... amin~~~

1 comment:

Zul fattah said...

insyaAllah.. tawajjuh dgn amal dan istiqomah.. akan hilangkan sifat riak dn munafik