Saturday, December 1, 2012

011212----> 25 (selamat hari lahir)

Assalammualaikum... 

 masih belum terlambat kalau aku nak mengucap selamat hari lahir untuk diri aku sendiri...

syukur Alhamdulillah, Allah telah memberi aku kesempatan melihat dunia ini sehingga kini... telah 25 tahun aku bernafas dibumi Allah ini... kiranya umur ini juga adalah umur dimana rata2 anak gadis yang kecil kini hampir ke alam dewasa, aku harus terus mendaki mencari erti hidup ini sendiri, melalui penglaman-pengalaman pahit manis sendiri dan yakin bahawa Allah selalu bersama hamba-hambaNya... Dia memberi kita teman saudara dan ahli keluarga, kedua ibu bapa dan sahabat-sahabat seagama. besar nikmat Allah itu...

ketika hari lahir aku yang ke 25 ini, telah banyak impian dan angan-angan aku telah Allah makbulkan... walau sebenarnya tak kelihatan, tetapi bila aku kenang semula, segalanya telah berlaku... satu tika dulu aku ingin sebuah kehidupan yang berdikari, yang boleh membuatkan aku memilih jalan hidup aku sendiri, memilih apa yang aku gemari, dan membelanjakan apa yang aku suka... dan Allah beri kepada aku ujian2 yang masih rapi tersimpan dalam hati ini... Allah memberi aku peluang untuk memilih jalan dalam kehidupan ku, banyak yang Dia berikan sehingga aku mengerti itulah dia ertunya kesusahan, kesakitan dan kebahagiaan...

hurm... nak jadi seorang yang baik, dulu Allah letakkan aku berkawan dengan orang yang selalu memburukkan satu sama lain, mengkhianati satu sama lain, memmentingkan diri sendiri... lalu aku jatuh, jatuh untuk menjadi kejam sama seperti mereka... tetapi Allah memberi aku satu pertunjuk... maka waktu itu aku terfikir bahawa dimanakah sebuah keikhlasan di dalam hati aku....

kemudian aku ingin merasai bagaimana hidupnya mereka yang liar... yang balik kerumah diwaktu subuh, yang laki dan perempuan tiada batasan... jadi Allah telah memberi aku peluang hisup dalam zaman yang remaja... yang inginkan hiburan hingga hati aku yang kosong, lalu aku balik dan mencari Allah semula...

aku meminta hubungan percintaan, tak kira lah wajah kacak atau x, miskin atau kaya, yang pasti bercinta, dia lelaki dan aku perempuan... termakbul doa aku... hingga satu hari aku tak mengecapi bahagia, tak mendapat ketenangan seperti ketika aku letakkan jiwa aku pada Allah... 

ketika aku meminta menjadi seorang yang bisa membuat orang terpegun dengan bakat diriku... nak jadi seorang pelakon teater... biar ketika aku bermain dipentas, mata setiap orang hanya terpegun kepada aku, maka peluang tu aku dapat kecapi, tetapi diakhir penitian aku, aku telah bertemu yang tak seronok pon menjadi pemain pentas yang di hadapan pentas segalanya indah dan baik, tetapi dibelakang pentas penuh kepura-puraan insan, kebencian, caci maki dan segala macam penyeksaan yang telah aku lalui...

bayank yang aku minta dari Allah... dan bayak juga yang dia beri kepada aku... namun aku masih terus meniti jalan aku yang kecil dan sempit ini... bilakah aku akan terus kuar dan berjalan dilebuhraya iman dan hidayah yang telah Allah kurniakan???

ya Allah berilah kekuatan kepada aku... aku sangat memohon pertolongan dari Mu...

SELAMAT HARI LAHIR PUTERI ISTANA BIRU... SELAMAT HARI LAHIR NILAM SUHANA OTHMAN... SEMOGA KAU BOLEH MENJADI INSAN YANG LEBIH MENGHAMPIRI ALLAH SUATU HARI NANTI... SEMOGA ENGKAU BOLEH MENTEAPKAN IMAN DIHATI MU, BERPEGANGLAH PADA ISLAM DAN BERAMALLAH DENGAN IHSAN.... MOGA KAU JADI SEORANG HAMBA YANG IKHLAS... IKHLAS HANYA UNTUK DIA...

JIKA KAU LETAKKAN HATI DAN CINTA MU PADA ALLAH... PERCAYALAH, ALLAH X AKAN MENGHAMPAKAN HAMBA-HAMBANYA... HURM...

SELAMAT HARI LAHIR KE-25 SAYANG....

5 comments:

Nour Adieb said...

Ehhh, beza umo kita 5 tahun. Apapun, selamat hari lahir :) InsyaAllah, semua impian Kak Puteri akan tcapai... Amiiin :)

Anonymous said...

sanah helwah ya ukhti :)

iyan shazlind said...

happpy belated birthday princess :)

Cikgu Ma said...

selamat hari lahir..maaf lama x singgah sini ^_^

Mr.Superman said...

hapy belated birthday nilam :) may Allah bless u.