Tuesday, April 24, 2012

tajuk penulisan ilmiah ku

Assalammualaikum

sebenarnya serius x tahu nak buat penulisan ilmiah tajuk apa.. tapi x apa cuba gak berfikir dengan tegar... dan setelah berfikir saya dapat la tajuk:::
pendekatan pembelajaran bermain sambil belajar di dalam 3M

kemudian aku mencari segala isi dan cerita mengenai tajuk ini... alasan kenapa aku nak tajuk nih??? sebab kanak-kanak itu fitrahnya bermain... jadi jika pembelajaran dijalankan dalam konsep bermain, mereka akan lebih seronok dan memahami konsep ini... kita tidak perlu meletakkan kanak-kanak pembelajaran yang serius kerana mereka masih mempunyai kreativiti dan suka berimaginasi... dengan kaedah bermain, kanak-kanak akan belajar dengan lebih mendalam dan berguna untuk pengalaman sebagai ilmu sepanjang hayat... sebab tulah saya berniat sangat2 untuk melaksanakan tajuk ni...

tetapi!!! setelah melihat list tajuk kawan2.. ramainyaaaaaaaaaaaaaa yang buat tajuk pendekatan bermain.. tapi mereka tak la fokus pada 3M... tapi x apa saya cuba mencari tajuk yang boleh backup kalau pensyarah tolak... oleh itu, saya pon berjumpa dengan tajuk...

keberkesanan kaedah pengajaran bagi kanak-kanak autisme di pra sekolah
kenapa tiba2 tajuk nih jadi pilihan hati??? 
sebab saya sangat tertarik dengan keunikan kanak-kanak autisme nih... sebab buat pengetahuan semua... kanak-kanak autisme mempunyai keunikan dan bakat tersendiri.. mereka mempunyai daya ingatan yang kuat, walaupun mereka tidak menunjukkan minat kepada sesuatu, tetapi mereka akan mengeluarkan ingatan itu pada satu ketika yang lain... selain itu, kanak-kanak ini juga banyak yang sangat terdorong meminati matematik dan unsur2 pengiraan... dan ramai org yang berjaya mempunya autisme.. seperti einstein dan bill gate... (ejaan hentam jer tu) ok... sebab tulah saya tertarik untuk tajuk ini... tak ramai guru pra sekolah yang ada ilmu tentang kanak-kanak berkeperluan khas ini... dan selalunya mesti ada tadika yang mempunyai kanak-kanak autisme... dia x dapat di kesan dengan fizikal atau mata kasar... namun antara ciri-ciri kanak-kanak ini adalah mereka berada dalam dunia sendiri, sangat cenderung dengan satu rutin dan tidak suka berhubungan atau bersosial dengan kawan-kawan...

hurm... mengharap sangat supaya kajian ini berjalan lancar dan saya mampu memberi sumbangan kepada pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia walau hanya kajian yang sangat sedikit ini...

terima kasih sudi membaca...

1 comment:

Zul Fattah said...

kanak2 autisme ni kanak2 yg aktif ke? atau yg cacat?

hopefully awak akan dapat mengalas cabaran ni yup.. dlm mndidik anak bangsa..