jom join... buat mutiara kata jer...
" CINTA ADALAH PERKARA TERINDAH DALAM KENANGAN... CINTA JUGA PERNAH MENJADI PERKARA PALING PAHIT DALAM INGATAN, NAMUN KERANA CINTA JUALAH KITA AKAN TERUS KEKAL TEGUH UNTUK SEBUAH KEHIDUPAN... ANDAI CINTA PADA BUNGA LAYU JUA AKHIRNYA, CINTA PADA MANUSIA TIDAK AKAN KEKAL LAMA, TAPI CINTA PADA ALLAH ITULAH YANG HARUS DIDAMBA."
"JANGANLAH MENCARI KASIH KERANA BUDINYA...
JANGAN JUA MENCARI KASIH KERANA RUPA PARASNYA...
JANGAN DIHARAP PADA KEKAYAANNYA...
APA LAGI JIKA MELETAKKAN PADA KEBIJAKSANAANNYA...
MUNGKIN JUA TERTARIK PADA AGAMANYA...
TAPI LETAKLAH PADA ALLAH...
KERANA CINTA ITU TELAH DITITIPKAN DARI ALLAH...
DAN HANYA DIA YANG KEKAL MEMBERIKAN KITA RASA CINTA."
"BAHAGIA SEORANG INSAN BUKAN KERANA APA YANG TELAH DIA RANCANG...
NAMUN APA YANG TELAH DIA LALUI...
JIKA DIA MELALUI TAKDIR HIDUP DENGAN TENANG..
MAKA RIBUT DAN TAUFAN JUA DIREMPUH DENGAN AMAN...
TAPI JIKA HIDUP DILALUI TANPA PEDOMAN...
DI DALAM TAMAN BUNGA JUA DIA TERCUCUK DURI BERBISA...
JADILAH SEORANG YANG BERSYUKUR DENGAN KURNIAAN PENCIPTA...
KERANA MANUSIA ITU TIADA KESEMPURNAAN..
DAN PERLU KEPADA UJIAN...
SEMOGA TERTEGUHLAH IMAN..."
"JADILAH SEPERTI POHON YANG RENDANG... BISA MENENANGKAN INSAN DIKALA KEPANASAN...
JANGAN JADI SEPERTI LALANG... TANPA HUJAN ATAU TAUFAN MUNGKIN DIA AKAN TUMBANG KERANA TIADA KETEGUHAN..."
p/s::: semoga apa yang telah dikongsikan dapat difahami...
terima kasih...:)
7 comments:
Cari dan miliki lah cinta dari Sang Pencipta Cinta. Btw, thanks join. ncie words (:
banyak btul makna tersirat dalam mutiara kata ni :)
Cintai-Nya yang satu,abadi,kekal dan sejahtera dunia akhirat.
wow tersirat byk BTW nice
indah sgt quote2 tuu ♥
terasa mcm nk join pulak tp...
terasa mcm nk join pulak tp...
Post a Comment