Assalammualaikum...
kalau aku mampu menjadi segala yang terbaik.. sudah lama aku lakukan... kalau aku mampu jadi insan paling bahagia sudah lama aku tersenyum girang... kalau aku mampu lari dari segala dosa sudah tentu aku selalu bermimpikan syurga... kalau aku mampu menjadi manusia paling berjaya, sudah pasti sekarang aku berada di puncak menara... tapi...
semuanya bermula dengan kalau... dan mana mungkin aku mampukan??? manusia itu hanyalah insan biasa.. tiada langsung kesempurnaan... sempurna itu hanyalah Allah...
aku selalu mengimpikan berlari dibawah pelangi mengejar rama-rama...
lalu aku akan ketawa riang dan bahagia...
dipenghujung larian aku ternampak laluan air yang dingin dan indah...
aku berhenti mengejar rama-rama dan mula bermain di kaki air...
bila penat melanda, aku bangun dan pulang ke rumah...
membawa raga yang penuh bunga mawar yang indah...
tiba dirumah aku disambut bahagia...
dan apa yang membuat aku sangat bahagia...
aku punya rumah yang cantik, halaman yang segar dan ibu bapa yang penyayang...
saudara yang menghiburkan...
pernah aku bermimpi memiliki seekor tupai yang comel, melompat-lompat dan membahagiakan..
berkawan dengan kucing yang cantik, bulu yang kembang dan pandai bercerita...
memiliki seekor burung kakak tua yang berwarna warni dan mampu berbicara...
bahagia sangat-sangat masa tu...
tapi semua tu dalam impian aku sahaja... sebab aku bahagia dalam mencipta impian...
orang kata biarlah kita bahagia di fantasi kerana realiti sangat susah bertemu kebahagiaan...
tapi apa yang aku faham... fantasi itu mana mungkin kita perolehi... dan realiti itulah yang perlu kita hadapi...
aku yakin kesakitan di dunia realiti itu sekadar penambah rasa agar kita benar2 merasai bahagia bila tiba masanya...
p/s... hurmmm... mode aku sekarang sebenarnya bahagia... tapi aku tak tahu macamna nak express... huhuhuhu... tapi jauh di sudut hati aku nih rasa sangat2 sunyi... aku masih terus menanti... hadirlah~~~
16 comments:
Cantik luksan tu...permata biru sm selalu nntikn permata akan buat entri yg mengambarkan permata sedang gembira..itu yg sm harap...sm ingin melihat permata tersenyum walaupun hanya sekadar penulisan...
pandai buat ayat.serius suka. :)
haha.. bahagia ye? mesti r kan? exam dah habis? haha.. mimpi aku tak pernah ada yg bahagia.. semua seram je.. huhu
yakin akan sesuatu,pasti boleh.insyallah.
semart... fantasi mane mungkin kite kecapi,, realiti itulah yang perlu kite hadapi.. lukisan pon cantik.. :D
insya Allah, sama2 ah kita berusaha ke arah perubahan diri yang sempurna
Allah menciptakan kita cukup sempurna...cuma memang sudah lumrah manusia pasti ada kelemahannya...jangan pula kita menyalahkan takdirnya..tapi perlu cuba muhasabah dan terima diri seadanya
serius cantik lukisan tuh..
hhuuhuh,,,
cana buat?..:)
fantasi bahagia..sama la, sedang berfantasi menanti bahagia
Hati terluka,jiwa merana tiada sape yang tau. Menyembunyikan kesedihan dan seakan-akan nampak kita bhagia tapi apa yg terjadi sebaliknya ..
lisa faham perasaan awak
bahagia dah dtg, yg ditunggu tu ape?hehe
follow blog ini juga sebagi tanda persahabatan dan sokongan.. teruskan menulis untuk Allah swt. hai saya azza!
mendalam..
cantik lukisan dan indah bahasa.hehehe
ayat mmang cam org sunyi n ada nada kecewa situ..benarkah?
semua org mengimpikan bahagia kan dik...insyaAllah..sentiasa la kita berdoa semoga sentiasa menjadi org yg bahagia..tak kira la dalam situasi apa sekalipun :)
Post a Comment