Sunday, December 18, 2011

AkU rInDu NaK BeRcInTa

kadang2 kita rasa  sunyi, sepi dan kosong...
pada saat tu baru kita teringat semua kenangan cinta...
lalu untuk lupakannya,  kita mula menyibukkan diri...
mencari kerja yang x pernah ada...
berharap hati akan lupa tentang cinta...

itulah aku sekarang, bukan aku x sunyi hidup single, bukan aku tak kosong hidup sepi... tapi aku takut untuk bercinta lagi, bagi aku bercinta sangat menyusahkan.. tambahan pula sangat rapat kita membuat dosa... tak bercinta pon dosa ku sudah menggunung, tak mampu aku tahan gelora jiwa bila ada orang yang sangat aku cinta.. umpama dia suami aku yang sudah tiada batasnya.. minum air secawan, makan nasi sepinggan... sakit susah semua bersama... tapi haram tetap haramkan???

untuk mengelak semua itu, aku mengambil langkah tarik diri, aku buang semua cinta, aku takut untuk kenal cinta sesama manusia berlainan jantina, aku takut tersasar lagi, tapi setiap kali aku selalu doakan jodoh yang baik dan ikatan yang halal cepat terikat, aku selalu menanti dan aku selalu menunggu, aku bukan sangat kebal untuk hidup di bumi seorang diri hingga ajal, melainkan itu yang telah Allah tentukan...

seorang wanita normal itu sangat ingin bersuami, sangat ingin beranak dan sangat ingin berkeluarga... semua wanita sama, walau mulut kata tidak, tapi jauh dihati mereka mereka mahu, mereka ingin dicintai, dibelai dan disayangi... lelakilah pelindung mereka dan pemimpin sejati...

hurm... walau aku takut menerima cinta lagi, tapi aku harap bila masa sudah tiba, hati ini bisa terbuka dengan tenang dan bahagia... seronok jadi insan bercinta... segalanya umpama milik mereka.. bahagia dan sangat bahagia... 

wahai kekasih hati aku, jika kau sudah tiba nanti, fahamilah aku insan yang sangat setia dan pecinta yang sangat mudah terluka... jagalah hati ini, jagalah maruah ini dan bimbinglah aku terus ke jalanNya.. syurga ku ada pada mu... 

9 comments:

3no gr33ny said...

hamba dpt rasakan yg kita berkongsi rasa yang sama

Cikgu Ma said...

itu juga maksud hati ku...

hira said...

berdoalah selalu. insya Allah Tuhan akan makbulkan doamu :)

Gen2Merah said...

mahu atau tidak, setiap kita harus ada cinta dan dicintai.. itu memang lumrah dan naluri setiap insan..

Insya Allah, jika ada jodoh yang ditakdirkan, pasangan cinta kita tetap akan hadir juga.. Insya Allah

NasZ said...

sabar ye? jodoh awak ada di luar sana. Insya Allah. akan tiba masanya nanti. berdoalah kepada Nya.

Zul Fattah said...

sabarlah sahabat.. wanita ni ada 9 nafsu... sabar.. mungkin satu hari nanti ko akan jumpa org yg betul2 mencintai ko..>?

Muhammad Burn said...

rasa mcm dah komen td. hlg kot.

nt ada la yg meminang. jgn memilih sgt. hehe

Dylla Abas said...

berdoa la semoga cinta itu datang dari hati yg ikhlas kerana Allah dik..insyaAllah..Allah itu Maha Pengasih..Dia tidak membiarkan kita rasa sunyi sedangkan Dia sentiasa ada untuk kita :)

iMBobo said...

insyaAllah akan diketumkan jodoh satu hari nnt :)