Sunday, November 27, 2011

hilang dalam ramai

Assalammualaikum 

aku seringkali mencari jalan untuk terus memiliki jiwa yang bahagia... kasih yang punya banyak rasa cinta... dan kegembiraan yang sangat berbunga-bunga....

namun kadang2 aku sesat dalam mencari jiwa itu...
aku selalu hilang dalam jalan aku sendiri...
aku hanyut dalam pencarian cinta aku...
hurm....

kadang2 aku ingin menjadi yang terbaik, namun aku selalu lemah, aku gagal mempertahankan rasa itu.. aku akan melebihi dari jangkauan dan aku pon tersasar melepasi garisan itu... apa lagi yang mampu lagi aku lakukan... bila aku dalam situasi keterlanjuran dalam sikap, aku mula tidak tenteram.. hilang kebahagiaan, hilang rasa cinta dan bunga-bunga di hati aku.hilang, lenyap dan mula rasa kesunyian...

mungkin aku berada di dalam suatu yang kebingitan, kebisingan dan penuh kemeriahan, tapi aku hanyut, aku hanyut dalam dunia aku sendiri... aku sunyi dalam lamunan aku sendiri.. aku merasakan sekeliling aku umpama sunyi, pergerakan insan-insan lain bisu bagi aku... inilah kesunyian yang aku rasa.. sangat sepi...

kenapa hati aku ini, aku ingin kebahagiaan, namun bila kebahagiaan datang menghampiri, aku lari... mungkinkah kemeriahan semua itu bukan kebahagiaan??? atau aku cuma inginkan ketenangan untuk merasakan kebahagiaan???

segenapnya di seluruh hati aku, aku ingin kebahgiaan yang penuh ketenangan... dan itulah yang aku ingin...
lembaran baru.. cerita baru dan aku ingin berhijrah.. aku sudah tidak mahu hilang dalam keramaian... aku ingin berdiri dijalan yang aku mahu.... aku ingin kebahagiaan... dan aku ingin kegembiraan yang benar aku cari...

hari nih... jalan baru sedang terbuka... dan aku ingin jalan yang baru aku lalui penuh rasa bahagia.. aku x mahu melalui jalan yang penuh duri dan luka... aku ingin terus bahagia... aku ingin ketenangan yang bermakna... dan ketenangan itu lah satu penawar buat aku bahagia...

perjalanan yang baru sedang terbuka... dan aku x mahu hilang dalam ramai lagi... 

SALAM MAAL HIJRAH

6 comments:

Lia Irdelia said...

biar ku pimpin tanganmu..
agar tidak lagi kau hilang dalam samar..

biarpun aku hanya seperti pepasir dipantai..
Namun aku jua bisa membahagiakan..

heheh..

salam maalhijrah.. :)

kiz said...

kehidupan satu perjuangan

3no gr33ny said...

jadilah diri sendiri..pasti kita kan lebih bahagia..endahkan kata umpatan orang andai apa yang dilakukan kita tu masih btol dan tidak dilarang Islam

Cikgu Ma said...

tapi dik...menuju bahagia tu pasti sakit dan sulit jalannya...

Zul fattah said...

kembali kpd pencipta itu yg terbaik... kadang2 aku ada rasa hidup aku sunyi je.. tp itu cuma ujian Allah bg aku.

Zul De Alexis said...

jom kita kecapi besama2..meniti kesukaran untuk kebahagian..:D