Sunday, October 23, 2011

hari kita biarlah indah setiap hari

Asslammualaikum


Setiap kehidupan manusia memang mempunyai jalan cerita yang tak mungkin dimiliki oleh orang lain. Jalan cerita yang berbeza. Yang tak pernah tercapai oleh akal dan perasaan. Kadang-kadang ia begitu pantas terjadi. Kadang-kadang ia membuat kita sangsi dan keliru untuk meneruskan kehidupan. Kadang-kadang ia amat membahagiakan. 

Namun, kehidupan ini adalah realiti. Ia bukan mimpi yang bila kita bangun ia hilang dan bila kita tidur ia tak kembali lagi. Kehidupan adalah sesuatu yang meninggalkan bekas pada apa yang tertinggal.  Memang benar, apa yang berlalu biarkan ia berlalu. Tak mungkin pokok yang telah berbuah kita ingin kembalikan ia menjadi benih. Dan jangan paksa esok datang lebih awal kerana Dia telah mencipta hari-hari yang terbaik untuk kita. 

Tetapi sebagai manusia, ia membuat kita terus tertanya-tanya adakah mentari yang datang esok sama seperti kelmarin? Hari ini yang sedang dilalui kita lupakan, kita terus memikirkan tentang esok dan mengingati kelmarin. Kita lupa tentang hari ini yang akan terus menjadi esok... dan kita akan mula merindui esok yang telah kita abaikan hari ini...

dalam apa yang kita lakukan, kita harus percaya, Allah telah tetapkan segala yang terbaik buat kita, Allah telah tetapkan segala yang terindah buat kita, oleh itu laluilah hari-hari kita dengan penuh rasa bahagia dan istimewa, jika jalan cerita hidup kita perit, percayalah, Allah beri pada kita ribut dan taufan, namun setelah hujan mula berhenti Allah sinari kita dengan pelangi yang indah... jadi kita haruslah belajar bersyukur sebagai hamba Allah...

kadang-kadang aku membaca kisah bahagia hidup teman yang lain, aku mula merungut di dalam hati, aku cemburu dan dengki, kenapa indah kehidupan mereka... kenapa mereka memiliki cinta yang sangat bahagia... tapi dalam masa yang sama aku lupa, aku juga punya banyak jalan cerita yang bahagia... aku juga pernah menjadi seorang yang sangat asyik bercinta, aku juga pernah dicintai sepenuh jiwa... tapi Allah beri pada ku satu kesalahan dalam pertemuan, mungkin pada masa depan ada sinaran yang lebih bahagia buat aku... aku tak tahu, ilmu Allah itu sangat luas...

dalam apa yang kita lakukan, hargailah apa yang dapat kita genggam... sesungguhnya, cinta Allah tu sangat luas... sebagai hamba yang bersyukur, laluilah setiap hari dengan penuh warna yang indah...
"nasihat jua untuk diri sendiri" semoga hari kita hari nih lebih baik dari sebelumnya... mulakanlah setiap hari anda dengan senyuman dan hati yang penuh kasih sayang... love all of you..:)

14 comments:

Zyla said...

assalammualaikum akak, apa khbr? btol apa yng akak katakan. bg zyla,, mcm mana pun khdpn kita, kita masih blh jadikan kehidupan kita ni penuh dgn kebhagian. prinsip zyla.. masih itu tetap ada dan tak kan pernah selesai. jgn terlalun fikirkan mslh tpn jalan penyelasaiannya.. yang perlu usaha+berdoa dan bertenang. Kebahagian bagi zyla.. bila zyla bgn awal setiap pagi dan bersedia utk jalani hari2 zyla. jangan cemburu dgn kejayaan an keisitimewaan org lain.sbb Allah SWT sh ciptakan yg terbaik utk kita.

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
Semua manusia mendambarkan hari2 yang indah dlm hidup mereka,tapi esok tak semestinya menjanjikan yang terbaik untuk kita melainkan kita menjanji sesuatu untuk esok....

Zul De Alexis said...

betul tu, suka entri nie dia banyak menyedarkan sy....supaya bersyukur apa yang saya dapat...:)

Zul fattah said...

kebahagiaan hari ni, x semestinya kekal utk hari esok..
hati tetap sedih lg.. tp luaran yg nampak gembira.. itulah aku skrang ni.

Muhammad Izuan said...

Hidup x selalunya indah, tetapi hidup biar terus...

emy|farid said...

indahnya kehidupan itu... selalu gak emy merungut kenapa hidup sendiri x seindah org lain, *rupanya terlupa nak bersyukur, alhamdulillah

Ce'gu JAERA said...

betul, semoga hari2 yang mendatang akan ada perubahan dalam diri ke arah yang leibh baik.. hadapi semua dengan senyuman..

3no gr33ny said...

terkadang..yang pahit itu jika bolehnya mahu diulang..supaya tiadalah yang pahit dan mengharapkan segalanya dapat diubah menjadi yang lebih baik

Dylla Abas said...

bersyukur dengan kehidupan dan takdir yg telah ditentukan untuk hidup saya.pengalaman yg tak mungkin sama dengan orang lain (",) nice entri..suka..suka..suka..

Rean said...

kesilapan itu asam garam kehidupan, semmoga ketemu cinta sejati :)

Nasz said...

betul tu. setiap orang ada cerita masing2. mesti ada cerita indah. mesti ada cerita sedih. tapi, ia tetap cerita kita. kan? hehe.

budak penjara said...

klu mentari x datang sama cm kemarin, myb pelangi akan datang utk hari ini..hehe

Nizam Ijam said...

hargailah aper yang kita ada :D

Faaein Talip Roy said...

semoga sentiasa kuat meniti hari-hari yang mendatang.. ^^