Wednesday, August 17, 2011

siapa nak kahwin???

~assalammualaikum~

siapa nak kahwin??? ececeh... malu2 lak... saya la nak kawin... ada ke orang tak mau kawin??? mereng kot... rugi tau.. hahahah.. kata pada diri sendiri... sebab???

betul ke ada orang ibaratkan perkahwinan itu satu perjudian... umpama berjudi, kita labur duit, dan seterusnya nasib atau tidak akan menang... sama juga macam memancing... kita umpan cacing atau apapon la... nasib atau tidak akan dapat ikan... aduh...

kadang2 kita jumpa cinta sejati... 10 tahun cinta bertahan, sama2 best student masa sekolah.. bila mendirikan rumahtangga... air tak pasang2 makin lama makin surut.. dan akhirnya kering kontang dan kemarau... maka berlakulah perpindahan dan perpisahan... kenapa??? mungkinkah Allah sedang menguji???

dan ada pula satu kish dimana mereka bukan pencinta sejati, belajar pon alakadar semampu boleh saja... tapi akhirnya.. rezeki membuak2.. bahagia.. hidup subur dan makmur... 

jika perkahwinan itu satu pertaruhan, kenapa ia perlu begitu??? kenapa ia perlu kemarau??? kadang2 saya terfikir, untuk apa kawin kalau sekadar dipinggiran... untuk apa kawin jika mungkin ia menyusahkan... tak baikkan??? tapi itulah akibatnya bila seringkali saya mendengar cerita2 sedih dalam perkahwinan... lelaki baik, perempuan plak wat perangai, perempuan baik, lelaki palak buat taik... macamna??? 

disebabkan itu saya pon berhenti berfikir tentang kawin.. bila Allah dah temukan jodoh saya.. dah sampai waktunya... saya akan berkahwin... dan perkahwinan merupakan satu medan perjuangan untuk saya kuat berdiri apa adanya saya buat jodoh saya itu..kan???

korang bersetuju ke perkahwinan itu ibarat sebuah perjudian hidup???

5 comments:

Unknown said...

owh sya x setuju... Allah SWT tak kata pun perkahwinan itu sebuah perjudian.. Sebenarnya perkahwinan itu indah... kalau kita ikhlas, bersabar, saling menghargai, saling melengkapi insyaAllah rumahtangga bahagia hingga akhir hayat.. tp hidupkan.. tak sentiasa manis pasti ada pahitnya..

Di situlah ujian Allah SWT... kalo kita berfikiran positif maka positiflah akhirnya.. kalo kita anggap ujian itu adalah pengakhirannya maka berakhirlah segala2nya..

setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.. dan kita perlu yakin akan takdir Allah SWT... Jodoh juga xkn dtg bergolek kalo kita tak berusaha...

Kancil 8349 said...

Perkahwinan bukan sebuah perjudian hidup tetapi ia sebuah kehidupan baru...jika kita pandai menghias maka cantiklah ia...berbanding judi ia bergantung pada nasib. Perkahwinan bukan pada nasib semata2

Dylla Abas said...

hmm..kalau nak katakn b'judi..kita hidup ni pun kira b'judi jgk..apa yg kita buat mcm 1 pertaruhan.cuma kita je yg kena tahu mcm mana nk tentukan hala tuju hidup kita.kalau kita anggap ia sebagai p'judian,maka b'tindaklah seperti org yg b'judi.kalau kita anggap ia sebagai pentas drama,maka b'tindaklah seperti pelakon.begitulah seterusnya.wallahu'alam..

nuRuL haNis said...

Perkahwinan umpama pelayaran. Adakala tenang, adakala pasang. Siapa yang mengemudi..itulah penentuan.

Yang penting keikhlasan. Kalau dah takdir berpisah, ikhlas menerima agar sentiasa bahagia.

Kita mungkin akan bahagia kalau org yg kita sayang bahagia bersama yang lain.

Ikut hati masing2...=)

AlfiEean WaRsi said...

nak kawen jugakkkk....haha