Saturday, August 20, 2011

SEGMEN::: angah-ini blog jiwa-jiwa(ERTINYA CINTA PADA ANDA?)

! anGah -iNi bLoG JiWa JiWa- !
sila klik pada banner untuk join..:)
tutup malam esok katanya..:)
-------------------------------------------------------

cinta??? apakah ertinya cinta pada saya??? cinta adalah satu perasaan.. satu jiwa dan satu rasa.... cinta ialah fitrah manusia.. memang secara semulajadinya Allah telah memberikan rasa cinta pada manusia... 

kalau cinta itu indah.. beerti cinta itu sangat bahagia... ia memberi pelbagai kebaikkan kepada manusia... rasa cinta buat manusia lupa pada sengsara... lupa pada derita.. dan hanya inginkan rasa bahagia...

apa yang boleh diukur pada cinta??? kerelaan untuk lakukan apa sahaja... dan terbitlah kata cinta itu buta... sedangkan mana mungkin cinta itu bermata??? kerana rasa patuh pada cinta la yang menyebabkan manusia berkorban dalam bercinta... ada pengorbanan yang harus... tapi ada juga yang sia-sia...

apa ertinya cinta pada saya??? cinta itu sangat bermakna.. setulus indahnya ada di jiwa... cinta itu bahagia... dan penuh dengan bunga-bunga gembira... apakah istilah itu pada saya??? cinta adalah penyeri hidup dalam mengubat derita.. keharuman cinta boleh buat hati yang merekah kembali bersama... warnanya cinta??? sangat merah yang menghangatkan asmara... alpanya cinta sehingga adakala terlupa pada cinta padaNya... itulah ertinya cinta pada saya... 

tapi apakah akhirnya cinta itu??? ia umpama kelopak2 mawar merah yang luruh satu demi satu.. yang gugur hingga layu tanpa sempat kembali diatur... sakit luruhan itu hingga keharuman cinta itu sendiri berbau lusuh... warna yang hangat itu kian lentur tanpa sempat disuruh... sehingga kelekaan cinta itu kembali terhayun dan hanyut bersama gerimis dihati.. buaian jiwa dan tersedar dengan penuh rasa bahawa sebenarnya... cinta pada ertinya itu tipu dan palsu belaka... cinta yang teralpa itulah yang kekal abadi sentiasa.. cinta yang satu buat yang Esa... itulah kesedaran sebuah cinta...

dan bagi saya, erti cinta itu tetap sama... indah dan bahagia...:) dan jika ingin keabadian dalam cinta.. serahlah cinta teragung pada yang maha Esa... ALLAH SWT...:)

14 comments:

Anonymous said...

dasyat la description ni...:)

Anonymous said...

ini baru betul pendapat org penah bercinta ngeee...

arituarini said...

semua cinta pasti ada ujian..bagaimana kita menghadapinya..

Hafizin Jamil said...

aha..entry ke 2 dibaca untuk segmen ni..haha.yang mula2 baca yang jiejah punya citer..haha

AJ said...

terus tersedar dari lamunan nih.. :)

Zul fattah said...

nak join gak eh.. i like this..

anGah said...

wow... tima kaseh join.. penyertaan petama pula tu.. ewww... thanks :)

Danial Razak said...

nice lah..cinta memang bahagia kan..tapi kadang-kadang cinta boleh membutakan..hee..=)

Anonymous said...

meremang bulu roma saya baca entri ni, terasa menusuk ke kalbu.. ya cinta itu indah dan bahagia.. andai bertemu si dia yang pandai menghargai cinta.. tapi bak kata anda, lebih indah andai diserahkan pada pencipta kita.. :)

Unknown said...

ni u yang tulis sendiri ke?

penulisan ori?

woah. hebat. i kagum la.

very deep...u nie penulis syair dan puisi ke?

Nilam suhana said...

thanks semua..:)

@leyaliyana:: yap... saya tulis sendiri..:) hahahah.. x la.. sy jarang tulis puisi n dyair.. dulu2 aja selalu tulis..:)thanks yer

Anonymous said...

cinta agung milik Allah SWT. like like like... ^^

fRaMe+LenSeS said...

Assalamualaikum..

indahnya bait2 kata dari kamu mengenai cinta. Nadh suka. ;)

Anonymous said...

awal yang baik