Sunday, August 7, 2011

orang tua vs kanak-kanak

salam ramadhan semua....

korang pernah tak tengok ragam orang tua??? heheh... benar tau orang tua nih dia dah hampir berpusing ke arah kanak-kanak... kadang2 kanak-kanak tu la diorang jadikan musuh... hahah.. semak mata n perut katanya... adoi...
tapi kalau ilmu didada kita ada dan sentiasa diamalkan, sikap kita bila tua nanti x la melampau sangat... orang kata masih boleh dikawal dek akal... tapi zaman jepun dulu mana ada tok nenek kita yang sekolah tinggikan??? gi sekolah omputih tak sempat habis.. g sekolah jepun plak belajr bahasa jepun ja... pastu perang balik.. last sekali dok umah.. tunggu orang meminang.. dan kahwin..kan??? ni bagi sapa yang berumur 1987 dan keatas la.. mana yang adik2 n muda2 tu, tok nenek korang mesti upgradekan sekarang??? datuk and nenek korang mesti macam muda jer lagi... sebab time tu dah ada pendidikan... heheh...
ok, x mau la berceloteh panjang2 cuma nak tanya, korang pernah x jumpa orang tua yang keanak-anakan???

heheh.. kalau pernah bersabar k.. nih ada sedikit tips, yang aku hanya tau taip dan susah gak untuk aku amalkan... 
  1. dengan orang tua kena sabar lebih 10 kali dari dengan kanak2...
  2. dengan orang tua kena pandai susun ayat bila menegur kesilapan mereka
  3. dengan orang tua kita tak boleh tunjuk mereka salah walau pada hakikatnya memang diorang salah
  4. dengan orang tua kita tak boleh cakap tanpa tunjuk bukti serta fakta
  5. dengan orang tua kita kena banyak maniskan muka walau hakikatnya hati kita berduka
  6. dengan orang tua kita kena pandai mengampu walau sebenarnya kita x bape suka
  7. dengan orang tua kita kena selalu rasa cerita mereka memng betul dan hebat walaupon sebenarnya tidak
  8. dengan orang tua, kita kena berlakon setuju yang anak cucu cicit mereka semua hebat2 walau dasarnya hampeh
  9. dengan orang tua kita kena buat kerja cara mereka walaupon hakikatnya cara tuh susah dan leceh
  10. dengan orang tua, kita kena layan umpama kita dengan seorang anak kecil yang sangat pintar dan tahu segala-galanya... 
hurm... anak kecil juga ada kesalahannya.. tapi kadang2 mereka pintar dan cuba menafikan itu ini, dan mereka lah betul.. kalau atas dasar psychology.. egosentric mereka sangat kuat pada tika ini hingga tak mampu membaca pemikiran orang lain... kalau kanak2 boleh la pulas telinga, orang tua??? mana boleh.. 

sebab tu kesabaran sangat penting kala ini... ingat Allah itu maha pengasih... kita senangkan hati orang yang susah.. janjiAllah akan senangkan hati kita kembali.. lakukanlah segalanya dengan ikhlas... jangan mengukit sebab menjaga orang tua nih besar rahmat dan rezekinya... itulah dugaannya..

 memang seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak.. sebab anak bila buat perangai ibu boleh marah dan rotan... tapi seorang anak sangat sukar menjaga seorang ibu.. sebab anak yang tiada kesabaran itu akan mudah bersifat derhaka... bagaimana cara terbaik seorang anak boleh menegur kesilapan ibu atau ayahnya... mungkin itu akan dianggap derhaka..kan???

entri nih sekadar perkongsian... agar jika anda masih muda, remaja ... anda bersedia untuk meniti hari dewasa kelak.. jika anda sudah bekerja, anda bersedia memikul tanggungjawab seorang anak... marilah kita sama2 menanam sifat sabar yang tinggi di dalam diri..:)  pesanan nih sebenarnya untuk aku... dan kalian juga... semoga satu hari bila memerlukan aku akan baca balik teguran dan penulisan aku nih...
sekadar perkongsian... :)

8 comments:

NasZ said...

betul tu. susah nak jaga hati orang tua ni. tambahan bila bekerja dengan orang lebih tua pada kita dan kita bos dorang. mesti susah dan kena ada cara nak tegur.

MOHD NASER.com

asamasin said...

sy sokong.. :D

si para para said...

orang tua yang pernah melalui zaman kanak2,bila kembali kepada zaman itu, cerewet sedikit..
kalau tak percaya, tunggu dan rasai sendiri
:)

Zul Fattah said...

haha..betul la tu..
jiran saya tu, dia sudah tua, selalu lupa(nyayuk) la.. banyak buat hal r, selalu gadoh dengan orang lain..

Pink Diva™ said...

Peringatan buat saya. . Thanx sharing dear

leeya abdul said...

Aduhai rajuk orang tua
'anak-anak'nya mula buta arah
kerana rajuk 'orang tua'
bukan calang usaha memadamkan
amarah, pilu, sayu
dan bersendiriannya

menjadi 'orang tua'
mengapa tidak menunjuk
amarahnya, pilu dan sayunya
mencermini peribadi..
Hanya sabar dan tawakal jd pegangan.

k.leeya tulis http://way2healthynbeauty.blogspot.com/2011/08/jom-singgah-ke-blog-geniusblogger.html

ZWAN SABRI said...

lepas baca entry ni, tetiba tertanya tanya, kenapa lepas tahun 1987? kenapa tak tahun 1990? adakah kerana tuan puteri dilahirkan pada tahun 1987? HAHA

PeRmAtA bIrU said...

hahahha..kan??? sebab kalau sebut tahun 1990, dah macam nak moden dah zaman tu.. eh sedangkan ada aja sepupu saya yang lahir tahun 1990 kan??? ala x pandailah buat fakta2 macam zwan..keh2...