Saturday, August 20, 2011

lagu raya kegemaran 2..


nih lagi rayu ke dua aku suka... dengar lagu nih rasa nak raya 30 hari ooo..:)

Raya pertama dengan keluarga
Ayah bonda maaf dipinta
Adik-adik senyum selamba
Sarung ada duit tak ada

Raya kedua dengan saudara
Mak Long Mak Ngah Fatimah Uda
Yang tua bersembang kisah lama
Yang muda mengadap TV aje

Raya ketiga ke rumah kawan
Bekas murid satu tingkatan
Terhibur hati tak dapat bayangkan
Riuh macam pasar ikan

Seminggu berhari raya
Kunjung mengunjung rumah terbuka
Jalinkan kasih sesama kita
Lupakan saja sengketa lama

Raya keempat yang istimewa
Ke rumah intan pujaan teruna
Tiba di halaman hatiku hampa
Kasut capal penuh di tangga

Raya kelima diajak teman
Jalan-jalan sampai ke pekan
Tengok wayang filem hindustan
Ayoyo duit habis belanja teman

Raya keenam rumah tok ketua
Harapan nak duit raya
Dihulur pula tabung derma
Balai yang baru nak dibina
Di mana!

Raya ketujuh berihat saja
Esok puasa enam pula
Habis puasa sambung beraya
Selagi syawal masih ada

1 comment:

yusuf Laili said...

Salam;
aku lagi suka lagu raya nyanyian allahyaraham sudirmam "dari jauh kupohon maaf"..