Wednesday, August 3, 2011

dah 9 bulan... selamt hari jadi...

hehhe.. saja jer.. nak bagitau dah 9 bulan dah... apa??? korang teka la... 

JIKA SEORANG KANAK-KANAK BERUSIA 9 BULAN
  1. Kanak-kanak berupaya merangkak dengan pantas. Jadi, bentangkan tikar yang bersih untuknya menjulur, merangkak dan duduk dengan selesa. Letakkan barang permainan lebih jauh lagi untuk menggalakkannya bergerak kehadapan.
  2. Apabila kanak-kanak boleh duduk dengan kawalan yang agak baik, berikannya permainan yang boleh dimainkan sambil duduk seperti permainan yang boleh diketuk, baling dan sebagainya.
  3. Kebiasaannya kanak-kanak di usia ini sudah boleh mengambil objek kecil menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Anda boleh melatihnya mengambil barang permainan yang kecil dan latihkannya memasukkan ke dalam bekas simpanan permainannya atau melatihnya mengambil makanannya sendiri dengan menyediakan saiz makanan yang sesuai.
  4. Kanak-kanak juga lebih mesra dengan orang yang biasa dengannya, berpaling apabila namanya dipanggil dan boleh menolak orang yang tidak biasa dengannya. Anda perlu kerap memanggil kanak-kanak dengan namanya.
  5. Membiasakannya dengan buku-buku yang sesuai, bacakan buku kepadanya dan anda perlu mengetahui lagu-lagu yang sesuai untuk kanak-kanak.

tu kalau seorang anak kecil... tapi aku bercakap sekarang tentang blog nih la...usia blog picisan aku nih dah 9 bulan... so aku masih harus terus belajar... aku cuma baru pandai merangkak dengan pantas... cuba mencari kawan... aku baru pandai duduk dengan sokongan sebagai seorang blogger... aku juga baru pandai menguis2 jari untuk mengomen kepada entri2 sahabat... memang aku akan lebih mesra dengan mereka yang sangat mesra dengan aku.. dan korang rajin2lah buat entri sebab memang dalam bulan ke 9 nih aku sangat rajin nak baca n komen entri orang... dalam masa yang sama aku dah buat auto publish post kat blog aku...heheh..

ok, so selamt berbuka puasa.. dan sabar erk korang.. x lama lagi.. lagi 2 jam dah boleh berbuka...:)

5 comments:

yusuf Laili said...

salam Ramadhan;
samalah kita aku baru 5 bulan blog pun masih tunggang langgang..huh!huu.

kiz said...

semoga terus berjaya dalam dunia blogging..

Gen2Merah said...

wahh, bagus lah kalau macam tu.. at least saya suka kunjung mengunjung pada teman blogger yang mesra dan rajin datang mengomen..

sama2 kita tolong menolong ya.. salam ukhuwah istana Biru..

asnizaziz said...

wah tahniah da 9 bulan berblogging..kte cuma baru 3 bulan ^^

Abang Stalker said...

9bulan sudah?da pndai bertatih..hehehe.


xpe..kayuh pelan2. ;)