Sunday, August 14, 2011

ARUNEB BINTI ISHAQ

Tak semua wanita itu sempurna... tak semua wanita itu punya kekuatan dan kecantikan pada luarannya...  tapi mereka tetap sama di mata Allah...  Allah tak memandang rupa, harta dan gaya.. apa yang menjadi ukuran adalah iman dan islam... hati yang luhur dan ikhlas untukNya...
Seteguh itu lah hati wanita ini...

siapakah tokoh ini??? inilah wanita yang memberikan dirinya hanya kejalan Allah... hidupnya bukan semata-mata untuk kegembiraan.. tetapi mencari bekalan ke akhirat kelak... wajahnya yang cantik telah menyebabkan berlakunya fitnah dan perceraian dengan Abdullah Bin Salam.. suami tercinta... namun beliau masih tabah melayari kehidupan dan taat dengan perintah Allah.. mungkin itu  dugaan Allah yang punya hikmah, atau mampu menghapus dosa2nya...
Dalam masa edahnya, dia menjaga diri dengan bersunguh2 dengan rasa taat kepada Allah. Beliau hanya merintih dan menangis memohon pertolongan Allah. Setiap kali membaca ayat2 amaran daripada Al quran, dadanya menjadi sebak hingga Aruneb terjatuh dan pengsan. 

suaminya telah diperdaya oleh Khalifah Muawiyah hingga sanggup menceraikannya... hal ini kerana putera khlaifah muawiyah iaitu Yazib bin Muawiyah sangat menyukainya dan telah jatuh cinta padanya.. rumah tangganya telah di robohkan hanya kerana itu... namun beliau dan bekas suaminya tetap bersabar, dan menganggap itu semua ujian Allah... setelah edahnya, datanglah satu rombongan meminang... 

kerana tidak pasti dalam membuat keputusan... dalam memilih yazid bin muawiyah atau sayyidina hussin... dia meminta bantuan bapa saudaranya, abu darda... dan akhirnya beliau memilih cucu Rasulullulah.. Sayyidina hussin... 

setelah penikahannya dengan cucu Rasulullah, Abdullah datang melawatnya untuk meminta kembali haknya yang diminta Aruneb menyimpannya... hati aruneb sangat tersentuh kala melihat kesusahan bekas suaminya...namun Abdullah bersyukur Aruneb menikahi dengan seorang yang begitu mulia kedudukannya...

melihat hal itu, lalu Sayyidina hussin berkata:
“ Aku bersaksi kepada Allah, bahawa aku menceraikan Aruneb tiga kali, aku mengahwininya bukanlah untuk kenikmatan kecantikkannya tetapi hanya untuk menyelamatkannya dan menyerahkan dia kembali kepada suaminya.”

Rasa gembira dan bersyukur tidak terhingga mereka rasakan. Aruneb ingin menyerahkan kembali mas kahwin kepada Sayidina Hussin, namun ditolak “ Apa yang disisi Allah lebih baik dan abadi”

inilah kisah seorang wanita yang dijanjikan syurga oleh Allah... hurm... semoga kita beramal dengan keikhlasan... hanya untuk Allah...
cerita yang lebih jelas, HATINYA SEINDAH WAJAH.

3 comments:

kizmyself said...

kisah yang patut di jadikan tauladan

Nasz said...

kisah yang sangat baik. peringatan dan teladan kepada semua.

MOHD NASER.com

ZWAN SABRI said...

baguslah entry nii.. slalu dok baca kisah2 pasai sumayyah, aisyah,siti khadijah, mariam.. tapi ni first time dapat taw sebuah lagi kisah keagungan seorang perempuan iaitu Aruneb.. ;)


MySuaraBlog: Cahaya Matahari Rangsang Hormon