Sunday, January 2, 2011

hatinya seindah wajah



Tak semua wanita itu sempurna... tak semua wanita itu punya kekuatan dan kecantikan pada luarannya...  tapi mereka tetap sama di mata Allah...  Allah tak memandang rupa, harta dan gaya.. apa yang menjadi ukuran adalah iman dan islam... hati yang luhur dan ikhlas untukNya...
Seteguh itu lah hati wanita ini...

Aruneb Binti Ishaq ---> wajahnya yang cantik  telah menimbulkan fitnah sehingga berlakunya perceraian dia dengan Abdullah bin Salam. Namun hidupnya diteruskan dengan redha dan mendekatkan diri kepada Allah. Hidup bukanlah hanya untuk kegembiraan dunia semata-mata, tetapi untuk dibekalkan ke hari akhirat dan untuk Allah.  Inilah dugaan Allah dan punya hikmah atau mungkin dapat menghapus dosa2 nya. Dalam masa edahnya, dia menjaga diri dengan bersunguh2 dengan rasa taat kepada Allah. Beliau hanya merintih dan menangis memohon pertolongan Allah. Setiap kali membaca ayat2 amaran daripada Al quran, dadanya menjadi sebak hingga Aruneb terjatuh dan pengsan. 
Abdullah bin salam adalah seorang lelaki yang soleh. Tetapi dia telah diperdaya oleh khalifah Muawiyah sehingga menceraikan isterinya. Setelah itu beliau hidup susah, namun sedikit  dia tidak goyah dengan ujian Allah itu. Malah dia lebih tabah dan mendekatkan diri padaNya.
Pada suatu hari, Aruneb menerima kedatangan 2 orang tetamu besar iaitu Abu Darda dan Abu Hurairah r.a . dari bilik tirai, kedua orang itu menyampaikan perutusan simpati dari khalifah Muawiyah dan peminangan untuk Yazid bin Muawiyah dan juga peminangan dari Sayidina Hussin. Mereka telah mengunjung rumah Sayidina Hussin sebelum ke rumah Aruneb, dan Sayidina Hussin telah menyuruh mereka menyampaikan hajatnya kepada Aruneb.
Aruneb meminta bapa saudaranya Abu Darda memilihnya. Setelah didesak, aku Darda berkata,
“wahai anak saudaraku, putera dari puteri Rasulullah (Sayidina Fatimah) lebih ku setujui kerana aku pernah menyaksikan Rasulullah menaruh kedua bibir baginda pada kedua bibir Hussin sewaktu kecilnya. Maka taruhlah kedua bibir mu ditempat baginda menaruhnya.”
Persetujuan Aruneb mengahwini Sayidina Hussin diiringi mas kahwin yang besar. Abdullah bin Salam gembira mendengar Aruneb mendapat suami yang begitu mulia kedudukannya. Dalam kesempitan hidupnya, dia teringat akan permata yang Aruneb simpankan untuknya. Lalu dia pun ke rumah Sayidina Hussin untuk meminta dari bekas isterinya. Aruneb tidak dapat menahan perasaannya sewaktu mengetahui kedatangan Abdullah. Dia berasa simpati dan teringat kembali kenangan bersama.
Sayidina Hussin pun berkata: “ Aku bersaksi kepada Allah, bahawa aku menceraikan Aruneb tiga kali, aku mengahwininya bukanlah untuk kenikmatan kecantikkannya tetapi hanya untuk menyelamatkannya dan menyerahkan dia kembali kepada suaminya.”
Rasa gembira dan bersyukur tidak terhingga mereka rasakan. Aruneb ingin menyerahkan kembali mas kahwin kepada Sayidina Hussin, namun ditolak “ Apa yang disisi Allah lebih baik dan abadi”

No comments: