Monday, August 1, 2011

aku baru tahu... jadi aku hanya berkongsi

wah... Alhamdulillah kita semua dah habis puasa untuk hari nih... pada siapa yang dah menunaikan solat terawih 20 rakaat syabas... hari nih hari ke dua... tapi saya suka berkongsi sesuatu dengan semua....
ok, aku harap korang buka la link di atas... dan baca la... 

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

aku jua tak berapa arif tentang bab nih... jadi korang boleh la rujuk pada saudara solihin zubir, tak pon korang tanyalah pada mereka yang lebih arif soal2 hadis ni... aku dulu2 belajar hadis tak habis... sebab tu agak pening sikit bab2 nih... jadi korang boleh rujuk pada yang lebih tahu k... aku cuma nak berkongsi...


apa yang pasti kita sebagai umat islam harus ikhlas mengerjakan ibadah.. jangan hanya mengharapkan balasan.. itu tidak baik... cukuplah hanya berbuat ikhlas kerana Allah... itu lebih baik... carilah keredhaan Allah itu seikhlas hati kita... sebab nikmat ikhlas itu sangat besar dan ganjarannya tidak ternilai... 

p/s::: korang pergi tak solat tarawih tadi??? hari nih dah malam kedua... hanya Allah jua tahu keikhlasan hati kita... heheeh.... :)

2 comments:

WiE said...

betul tu.. yang penting kita buat dulu.. ganjarannya insyaallah ada..

[sutera kasih] said...

thanks share info ni..