Saturday, July 30, 2011

SEGMEN : KALAU AKU BERKUASA DALAM NEGARA


'TAHAP SERATOS'


ok, kalau korng nak join sila tekan perkataan di atas k... jom2 1 Ramadhan tutup... sorry erk akak saya lambat join... thanks invite saya.. huhuhu...

ok2... nih umpama satu impian lakan??? kalau aku berkuasa dalam negara, apa aku nak buat erk??? wah.. tiba2 dalam kepala otak terbayang aku jadi perdana menteri... huhuhu.. jap nak fikir dulu....


ok... kalau aku berkuasa dalam negara, aku nak buat apa??? aku nih x berapa pandai lah tentang pentadbiran.. apa yang aku nak buat nih adalah apa yang sentiasa terlintas dalam fikiran aku k... tu pon ada yang just berangan2 fantasi jer... umpama aku nih ada kerajaan istana yang sangat besar bewarna biru di satu pulau... so aku pon dah komfem la berkuasa sebagai permata biru si puteri bongsu...sekarang ala2 fantaghiro aku lah yang paling ada harapan untuk naik taktha... so sekarang aku berkuasa.. apa aku nak buat???

  1. semua rakyat aku perlu mendapat peluang untuk mencari rezeki, so aku akan menyekat pengambilan pekerja asing, aku nak peluang2 pekerjaan tu di beri pada rakyat negara aku. sebelum tu aku nak rakyat negara aku ni faham, DALAM MEMBINA SATU NEGARA, KITA PERLUKAN SEMUA PIHAK, DARI ORANG YANG MENGOREK TANAH, MENYAPU SIMEN HINGGALAH ORANG YANG PALING ATAS DALAM ORGANISASI, SEMUA ITU AKAN DI AMBIL KIRA... JADI, aku x nak kerja2 buruh diberi pada warga asing, sebab aku nak bila ada banggunan tinggi mercu kebanggaan negara aku, ia boleh dikatakan, ITULAH BANGGUNAN KEBANGGAAN KAMI WARGA NEGARA ISTANA BIRU.... KAMI SEMUA MEMBANGUNKAN IA HINGGA KINI IA MEGAH DIMATA DUNIA.... huhu.. adoi hebat x warga negara bawah kuasa aku??? 
  2. aku nak rakyat mendapat pendapatan yang baik, kalau kerja buruh ke, tukang sapu ke, pam minyak ke, semua gaji kena lebih dari 900.... sebab aku faham, kalau diorang diberi gaji 600/450 memang diorang x mau kerja... so bila gaji telah ditetapkan mesti semua orang nak kerjakan??? contohnya buruh la yer??? sebab jadi buruh ni semua orang x nak, tak der standard la konon, cuba kalau gaji buruh gini::::::: gaji tetap= rm 1000 alaun kerja berat= rm 500 alaun keselamatan= rm 300 alaun perjalanan+perbelanjaan= 250 overtime lepas kul 5.30pm= rm4 sejam... huhuhu.. berebut2 nak jadi buruh x??? kerja plak mesti diberi cuti sama jer ngan orang lain. sabtu ahad dok umah. cuti.
  3. semua harga barang kat negara saya x boleh mahal2... saya nak galakkan barang buatan negara saya... kalau barang luar memang mahalkan??? kalau barang dalam negara murah la sikit sebab ada kos2 tertentu yang x perlu bayar... kan??? lagi satu rakyat negara saya perlu jimatkan perbelanjaan harian dengan berkebun dan mengurang2kan pengambilan2 makanan yang tidak sihat. 
  4. pendidikan itu penting... jadi saya nak galakkan pendidikan dari awal kanak-kanak... sebab dari rebunglah terbentuk buluhnya... saya nak generasi2 muda di negara saya punya ilmu luas di dada.. dan ibu bapa wajib mengukuhkan rohani mereka bermula dari rumah...
  5. saya sangat2 menggalakkan penternakan, perladangan, pertanian dan semua sumber bumi di negara kita... kalau kita berjasa pada bumi, nanti bumi sayang kita tahu x??? so kuranglah bencana2 alam... tak mau tebang2 pokok and ratakan tanah bukit, yang bukit tinggi2 kita boleh buat kebun teh ngan strawberi k.. huhuhu...setiap rakyat saya punya hak memiliki sebidang tanah seorang. mungkin x terlalu besar, tapi cukup untuk mereka berkebun, tanah tu adalah bagi membantu mereka menjana pendapatan keluarga. jika mereka guna kearah yang betul, bukankah hidup mereka akn lebih senang??? betul x?
  6. dunia hiburan x bleh teruk2 sangat... penyanyi hanya lelaki jer boleh, tu pon nyanyi lagu yang punya faedah dan moral2 yang baik. x bleh teruk2 sangat. drama2 berkisar islam. x boleh touch2 and hug2... tengok syurga cinta, heliza ngan awal x bersentuhan pon.. tapi sampai jer rasa cinta mereka.. tu lah kisah cinta yang paling menusuk ke jiwa saya.. so kat negara saya drama semua ala2 tu jer.. tak der pengarauh luar boleh masuk... kena tapis 999 kali...drama endon ke, hindustan ke, inggeris ke... x bleh... huhuhu.. tapi bukankah negara saya punya penduduk berbilang kaum??? ok, dalam semua agama sebenarnya ada batasan laki perempuan.. x caya, cuba tanya orang tua2 bangsa2 tertentu.. mereka tetap melindungi anak dara mereka dari berfoya2 tak tentu arah.. so production filem tempatan harus menyeluruh la.. mesti warganegara saya boleh terima cerita yang harmoni..kan?
  7. so kurangkan kontroversi... peringkatkanlah prestasi wahai warganegaraku... ok??? dalam mencari kehidupan benda yang paling penting adalah rohani... jadi semua warganegara saya perlu kuat pegangan agama mereka, tak kiralah agama mereka apa, yang pasti harus ada pegangan... 
  8. x mau terlalu agungkan adat tapi agama ditepis ke tepi, perundangan negara saya perlu adil dan saksama, saya akan cuba belajar dari sejarah islam, bagaimana pemerintahan Rasullullah, khulafa' Ar-Rasyidin, zaman uthmaniah dan pemerintahan2 islam yang lain.. itu sudah cukup membentuk sebuah negara yang baik...
  9. aku sendiri harus kuat dalam membuat pembangunan negara, mesti ada puak2 tertentu dalam pentadbiran, pengkritik itu perlu, tanpa pengkritik dan pergerakan anti pentadbiran nih, negara takkan maju, cuma saya kena ambil langkah, tarik rambut dalam tepung, rambut x putus, tepung x berselerak... so saya kena bijak lakan??? huhuhu
  10. akhir sekali satu rumah harus ada satu internet percuma, senang nak belajarkan??? tapi semua rangkaian mendapat tapisan dari kerajaan pusat... huhu.. baru x der salahguna internetkan?? pendidikan pon akan lebih terjamin... sebab bukan disekolah saja boleh mendapat ilmu, dimana2 saja ada ilmu termasuk pencarian di internet... 
10 senarai nih pon dah terlalu panjang... overkan?? inilah yang akan terjadi kalau biar saya berangan.. ok 10 senarai nih adalah apa yang saya nak buat jika saya berkuasa dalam negara... ini semua hanya lah apa yang tercipta untuk negara saya bila saya dah naik taktha.. iaitu negara istana biru.. huhu

thanks akak, entri nih x der unsur politik mana2 k... cuma apa yang sempat saya fikir kala ini, jika keanak-anakan and fantasi, tu lah dia negara awan-awangan saya..:) 

ok jom join segmen nih ramai2 best tau...:) klik sini... KALAU AKU BERKUASA DALAM NEGARA

3 comments:

rafina mimi abdullah said...

wah..dahsyat ni..terkesima bila akak baca..ada harapan ni nak jadi entri pilihan.. :)time kasih nilam..

Nilam suhana said...

sama-sama akak..:)

rafina mimi abdullah said...

result segmen dah keluar..jom la tengok sape yg bertuah itu..hehe :)