aku suka~~~
aku suka pada malam...
sebab malam itu satu ketenangan...
malam penuh dengan bintang yang indah di pemandangan...
aku suka~~~
aku suka pada malam...
sebab malam penuh kesunyian...
memberi aku berjuta ilham...
agar selalu aku bertemu pelbagai kisah kehidupan...
aku suka~~~
aku suka pada malam...
kerana malam merupa detik menganyam impian...
membalut perasaan...
dan mencipta kebahagiaan...
aku sunyi tanpa malam...
kerana jika tiada malam...
aku harus mencari kehidupan yang rumit...
aku harus mencari kesengsaraan yang sakit...
aku tiada masa untuk merenung hidup yang sempit...
untuk mencari sebuah jalan cerita yang sulit...
dikepit oleh waktu2 yang mencari mangsa untuk terus dihimpit...
pelbagai urusan dunia hanya untuk kemewahan yang secubit...
aku menjadi sakit..
getik dengan perjanjian dunia yang akhirnya membunuh hati dan jiwa ku dari setiap detik...
begitu ruginya aku tanpa malam...
aku inginkan malam untuk sebuah kehidupan...
menjadi bekalan...
dan memenuhi ketenangan...
sebagai hidup seorang insan....
2 comments:
Lagi... suka malam sebab boleh tidoq puas2...hehehe... tak takut hantu ke? malam je ada tau.. huhuhu~
shuk:::ala jangan la sebut macam tu... ish2... hahaha
Post a Comment