Kecantikan merupakan benda yang sangat subjektif. Bagi mata seseorang
kecantikan itu adalah dari rupa paras. Tapi bagi seseorang yang lain kecantikan
itu pada budi bahasa. Apa sahajalah penafsiran setiap orang tentang kecantikan,
kecantikan itu sebenarnya merupakan aura yang ada bagi seseorang.
Cantik itu adalah aura yang lahir dari dalam diri kita. Cantik itu
hadir dari muka yang gembira. Dari riak wajah yang bahagia. Dari senyuman yang
sempurna. Dari mata yang berkaca2. Lihat senangkan mendapat kecantikan??? X
perlu berbelanja beribu-ribu wang kita. Tak perlu menyakitkan diri membuat
pelbagai cara. Tak perlu membuang masa menyapu telur atau apa sahaja. Yang kita
perlu Cuma seketika.
Kita perlu....
Senyum bila jiwa tertekan.
Sabar bila hati dalam kemarahan.
Tenang bila situasi menyakitkan.
Maafkan segala kesalahan orang.
Berdoa untuk segala kebaikkan.
Dan paling penting...
Kawal la emosi, fikiran dan perasaan sehingga kita berhasil mengawal
diri sendiri. Sesungguhnya kegagalan
yang kita lalui bukanlah sia-sia. Selama kita tidak kehilangan pelajaran dari
setiap kegagalan maka kegagalan itu bukti kejayaan kita.
Sesungguhnya penghalang seseorang itu dari merasakan cantik adalah
dirinya sendiri. Kecantikan itu ada di dalam diri setiap orang. Hanya kita yang
perlu keluarkannya.
Tak perlu ada sakit hati, tak perlu ada kecewa, sesungguhnya segala
sesuatu bagi seorang muslim yang bersyukur adalah yang terbaik. Selagi kita
bersabar saat ditimpa musibah. Selagi kita boleh tersenyum saat jiwa tertekan.
Selagi kita boleh maafkan setiap orang yang melakukan kesalahan. Selagi itulah
kita akan nampak cantik.
Maka dengan bangganya.... aku ingin nyatakan kita semua adalah cantik.
Apakah korang juga merasakannya???
p/s:: memaafkan seseorang memang satu yang sukar dengan sepenuh hati.
Pendamkan hati dari kemarahan memang bisa menyekat nafas untuk bernyawa. Senyum
ketika jiwa tertekan memang umpama makan sesuatu yang paling tidak disukai.
Namun nikmat dari apa yang kita bakal lakukan... kita akan jelas kelihatan
cantik kawan2. Dahi tak berkedut dengan pemikiran, muka tak muncung dengan
kesedihan dan mata tak serabut dengan dendam. Yang terpancar cahaya dan aura
kecantikan...
sekadar bingkisan hati::::
2 comments:
salam singgah.....kita sentiasa nampak cantik jika dibasahi dgn wuduk yg berpanjangan...
:) betul tu
Post a Comment