Monday, June 13, 2011

TIPS- KITA BOLEH MARAH


gambar hiasan:::pak cik google

Analisa dulu alasannya:::
Cuba ubah situasi. Jangan terus marah.. cubalah lakukan sesuatu yang bermanfaat dari kemarahan itu. Cuba cari sebab, punca dan mengapa boleh tercetusnya rasa marah. Cuba fikir cara lain bagi mengekspress rasa ketidakpuasan hati itu.
Bersikap realiti
Kadang-kadang rasa marah bisa membuat jiwa kita tertekan. Rasa sakit hati ini bisa membuat kita lari dari dunia kenyataan. Jadi cubalah mencari realiti . jangan marah ketika hati masih pans dan membara. Fikir secara rasional tindakan logik yang boleh diambil.
Menyedari apa yang boleh diubah.
Jangan cuba lari dari kemarahan. Jangan juga pendam segala kemarahan. Tapi cuba fikir apa yang boleh diambil dari rasa marah tersebut. apa yang boleh diubah agar hidup menjadi lebih indah.
Cari sokongan.
Dari mata kita, segalanya yang terbaik. Tapi dari mata orang, kita belum tentu terbaik. Jadi cubalah minta pendapat dan nasihat dari teman yang boleh dipercayai. Jangan tersalah cari teman. Kadang2 ia umpama api, dan kadang2 teman itulah yang sejati. Jadi bijaklah memilih teman dalam situasi ini.
Yang terakhir ... kita boleh marah...
Tapi hadapilah dengan tenang
Tidak mudah untuk membuat perhitungan dengan orang-orang yang membuat kita marah. Tetapi ada beberapa peraturannya:::
Pertama:::> beritahu padanya apa yang membuatkan kita marah dengan jelas. Kita tidak boleh mengharapkan mereka dapat membaca apa yang kita fikirkan.
Kedua:::>jelaskan perasaan kita.
Ketiga:::> katakan apa yang ingin dikatakan. Siapa tahu dia tak faham apa  yang kita inginkan.
Kita boleh marah. Asalkan tahu cara yang betul... dan ingat... sebelum marah lakukan apa yang telah dipesan oleh Rasulullah::: jika kita sedang duduk, berdirilah. Jika kita sedang berbaring, duduklah..dan jika hati belum tenang... ambil la wuduk dan tunaikanlah solat. Sesungguhnya berdoa itu bisa mereda segala kemarahan..... sekadar perkongsian peribadi... 

3 comments:

Nasz said...

entry yang sangat baik...thanx for sharing..

jemput baca n komen entry saya ni ye?

MINDA ... TEMPAT SETIAP PERKARA YANG KITA NAK BUAT BERMULA...

Bunga said...

bunga lak lau marah suka duk diam sorang2..dan time tu sila jangan ganggu bunga..haha..dalam sehari dua ok lah balik..(yang penting doa supaya dilembutkan hati supaay tak marah2 lagi)..hehehe

Nilam suhana said...

huhuhu...
nasz:::: sharing is caring...

bunga.. kita sama la... tapi kalo ada gak yg dtg tegur.. adoi saya selalunya ada dua respon.. pertama kena la marah dia tu.. kedua.. saya menangis..hukhukhuk...