Saturday, June 11, 2011

KITA SEMUA TUKANG KAYU


Pada satu ketika dulu, terdapat seorang tukang kayu yang ingin berhenti dari perkhidmatannya di sebuah syarikat pembinaan yang sangat terulung. Dia ingin menghabiskan sisa2 hidupnya dengan beristirehat dan menikmati kehidupan denganpenuh kedamaian bersama isteri tercinta.

Tuan punya syarikat pembinaan itu sangat sedih untuk melepaskannya. Tukang kayu tersebut merupakan salah seorang pekerjanya yang terbaik. Lalu dia meminta bakti tukang kayu tersebut untuk membina sebuah rumah peribadi miliknya. Tukang kayu amat berat hati untuk melakukannya. Namun dia bersetuju dengan berat hati.

Pembinaan rumah itu diulakan oleh tukang kayu. Namun itu adalah usahanya yang paling buruk. Dia membuat pembinaan itu secara lewa. Dia tidak membuatnya dengan bersungguh2.  Bahan-bahan yang digunakan adalah ala kadar dan itulah projek yang paling buruk yang telah dia lakukan. Akhirnya rumah itu siap, dan sayang sekali, tukang kayu itu menamatkan perkhidmatannya dengan prestasi yang paling teruk.

Sewaktu tuan syarikat itu datang melihat rumah yang siap itu, dia menyerahkan seberkas kunci kepada tukang kayu. Dia berkata “ inilah hadiah syarikat untuk kamu tanda terima kasih sepanjang perkhidmatan mu di syarikat ini.”
Tukang kayu sangat terkejut dengan pengumuman itu dan menyesal dengan apa yang telah dilakukannya.  Kini dia harus tinggal dirumah yang kurang kualitinya hasil dari pembinaan dia sendiri.

Itulah yang boleh diumpamakan dengan kehidupan seorang manusia. Apabila manusia itu melakukan sesuatu tanpa rela hati.. tidak memegang sebagai tanggungjawab... dan berusaha hanya ala kadar, mereka akan terkejut dengan hasil di kemudian hari.

Renungkanlah, bahawa kita adalah si tukang kayu. Renungkanlah rumah yang kita sedang bina. Setiap hari kita mngetuk paku, memasang papan, mendirikan dinding dan atap. Kerjakanlah ia dengan sebaiknya dengan seikhlas hati. Seperti inilah peluang kita melakukannya seumur hidup kita.

1 comment:

cucu umie said...

betol2.. banyak pengjrn yang boleh diambil dripada tukng kayu tersebut..wlopon nak tmtkan perkhidmtn..kita kne bt yg terbaik..supaya usha kita dikenang kelak..