tahu x julia tu sapa? dah tentula nama seseorang wanitakan? wanita nih mempunyai sakit di hati dan perasaannya. dia jadi gila sebab tekanan perasaan yang terlampau. kesian wanita nih. sebelum nih dia seorang yang sangat popular. dia menang dalam satu rancangan nyanyian. dia berkahwin dengan seorang lelaki bernama Roslan. Roslan ni pula cemburu buta. dia marah sangat pada Julia setelah Julia femes. Disebabkan rasa cemburu dia telah menoreh muka Julia dengan pisau. dia cemburu dengan Ahmad. Ahmad ni peminat Julia yang sangat fanatik. dia gila2 la suka kat si Julia nih... Sebab tu dia sanggup buat apa pon asalkan dia dapat memiliki Julia. Namun Julia tetap memilih si Roslan. di sini lah mainya peranan seseorang yang sangat menyayangi Julia hidup dan mati dia. iaitu mak julia. rasa sayang mak julia pada dia membuatkan mak julia sangat marah pada Roslan dan mem'bomoh'kan Si Roslan.
"sakit hati mak ni ju. mak x pernah pukui hang walaupon sikit. jentik pon x pernah. tapi roslan ju... roslannnn!!"
(sedikit dialog mak Julia..) :D
huhuhuhu.. ni bukan kisah benar. nih sekadar jalan cerita dalam pementasan teater yang di bawa oleh Ko teater dan Drama dalam Festival Teater UPSI 2011 baru2 ni....
hati nih gelisah sangat. kalau dalam post sebelum nih saya ada ceritakan perasaan saya sebelum naik ke pentas. sekarang saya nak kongsi perasaan saya setelah habis belakon. huhuhu....
masa tu rasa gila2 puas. kosong pemikiran nih. gila2 free.. saya betul2 all out... tapi masa part pertama saya resah gak. sebab saya rasa saya belum bagi yang terbaik. sebab tu bila asm bgtau get ready untuk part seterusnya..saya terus ambil mood... saya terus fokus pada sesustu yang sedih yang mengenangkan saya pada sesuatu yang saya akan menangis... bila asm cakap " ok! mak Julia masuk!" dengan mood tu + dengan muzik yang memang sedih tahap gaban.. saya pon terus masuk dalam watak... tanpa saya sedar air mata menitis dan terus saya terasa macam betul2 mak Julia itu ada dan sedang merintis nasib anak kesayangan. . perasaan dendam pada si Roslan pon timbul perlahan2... hurm...Alhamdulillah. saya mampu membawa watak yang agak mencabar bagi saya nih.... hurm....
hasilnya? yang nih sangat best kalau saya nak cite.... saya langsung x expect yang saya akan dapat anugerah tu. mungkin ada yang lebih baik dari saya. ingat x? doa saya dalam post sebelum nih? post
"beraksi di panggung budaya" ... Alhamdulillah doa itu di makbulkan.
inilah hasil pementasan JULIA::
1-Anugerah Set Terbaik
2-Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik(Mak Julia)
3-Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Roslan)
4-Anugerah Pelakon Wanita Terbaik(Julia)
5-Anugerah Pengarah Terbaik(nakis)
6-Anugerah Teater Terbaik
JOHAN FESTIVAL TEATER UPSI 2011
julia- pengarah- roslan- mak julia |
Y a Allah aku bersyukur dengan peluang dan kesempatan yang kau berikan ini.....tak ada kata dan lafaz lagi masa dapat tau tu kecuali Alhamdulillah. nak menangis pon ada. boleh tak bayangkan perasaan pertama kali dapat anugerah macam tu. dah lama dah aku impikan sebenarnya. dari kecik lagi aku minat teater dan seni persembahan nih. tapi ni la peluang pertama aku. harap ini lah langkah pertama aku untuk kearah itu.... hurm...
semua yang bertungkus lumus mencantikkan pementasan ini sangat bagus. dari bahagian prop, kostum, set, sm, asm, para pelakon bomoh n semua2 la... penyokong pon hebat2... huhuhu... seronok sangat. pementasan nih la pementasan yang betul membuat aku percaya bila kita ikhlas memberi watak dan penghayatan kepada penonton, maka kesannya kita dan watak kita akan terus diingati oleh org yang menonton. syukur!!
tepi julia tu juru make up julia.. sally yg seksi.. uh! |
bomoh- mak julia- ahmad-julia-roslan |
ROSLAN-MAK JULIA-JULIA PELAKON LELAKI TERBAIK-PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK-PELAKON WANITA TERBAIK |
HUHUHU.... |
kami semua |
BERGAMBAR BERSAMA SALAH SEORANG JURI |
JULAN N MAK JULIA |
apa perasaan akukan?
sebenarnya aku rasa teruja sangat. maklum la belum pernah dapat award. kalu aku selalu dapat award x la macam ni kan? so bermula la perubahan di meja study atau meja keja aku. gambar yang kat atas aku dah ubah letak kat wallpaper laptop aku. betapa semangtnya aku tgk gambar nih. aku bertekad.. bagila watak apapun kat aku. aku sanggup dan akan berlakon sepenuh jiwa aku. selagi aku termampu dan tak terlalu melampau. hurm!
~huhuhu~
No comments:
Post a Comment