Sunday, March 13, 2011

perjalanan seorang musafir

dia tika itu,
lemah, longlai, tidak bermaya,
bagai si buta mencari cahaya, 
bagai bulan hilang sinarnya,
kapal di laut tidak di mudik,
nakhoda hilang tidak di cari.

tapi kini,
dia cuba mencari langkah, nakhoda hilang bukanlah mati, 
bulan masih di temani mentari,
detik masih ditemani nadi
mentari masih menyerikan bumi.

kini, terpancarlah segalanya, 
yang suram kini terang,
yang muram kini riang
dia mencari erti kehidupan
pengalaman baginya pedoman
hidup memerlukan tiang
tanpa tiang robohlah istana

baginya, kelmarin adalah kenangan
dan hari ini adalah ukiran
dia inginkan kegemilangan,
untuk masa depan.
harapan ibu bapa bak intan belian,
kecekalan hidup satu pengorbanan
ketabahan umpama senjata alam
perjalannannya masih panjang.

musafir ini,
meneruskan perjalanan kerana satu pencarian
bukan teman, kekayaan atau darjat kemewahan
tetapi sebuah bekalan.
buat perisai di akhir zaman.  



No comments: