Sunday, November 14, 2010

~~malam~~

malam sering dihayati manusia dengan kedamaian,
diinsafi dengan pelbagai penyesalan,
direnungi dengan 1001 perasaan,
itu lah yang ditafsirkan manusia tentang malam.
malam juga bagaikan penamat hari yang indah,
noktah kehidupan yang gundah,
titik hati yang resah,
malam umpama ubat untuk manusia yang kalah,
sebab itu,
malam sering berlalu begitu saja,
menemani insan yang menutup mata,
melayari mimpi yang lena,
mengukur keletihan yang tak terhingga,
begitu mudah malam dibiarkan,
berlalu tanpa nota yang riang dan ceria...
sesungguhnya, 
malam adalah waktu yang sempurna,
sempurna bagi manusia mencari kehidupan,
bagi insan merenung kelemahan,
bagi pasangan menambah kasih sayang,
bagi anak mendapat perhatian...
malam umpama masa yang baru bermula,
renungilah malam itu,
kerana ia memberi kita jalan pada cerita yang buntu,
masa pada hari yang sibuk,
hidup pada rasa sunyi,
dan sayang pada hati yang kecewa..
istimewanya malam,
buat insan yang memerlukan...
sedari lah wahai insan..
malam bukan datang untuk kita bermimpi,
untuk kita meratapi,
tapi buat kita mensyukuri,
dan mengharap seikhlas hati....

No comments: