Tuesday, November 27, 2012

~ hormatlah wanita~


Assalammualaikum

hurm, lama x update blog... bila update banyak masuk segmen, memandangkan orang yang berkunjung ke blog nih semakin kurang, maka tak hairanlah kalau tuan blog nih pon malas nak menaip menceritakan kisah hati... bukan sebab x dapat sambutan, tapi x ada idea yang terbaik...

istilah apa yang mampu aku beri pada blog nih, adakah banyak tentang hal peribadi, tapi ya... banyak... hinggakan satu ketika aku memberi link blog nih kepada sesiapa saja yang nak berkenalan ngan aku, terharukan bila ada yang sanggup menggali dan menggodek semua entri dalam blog nih hanya untuk lebih mengenali aku... hurm... dan dia pon terus menghormati aku...

benarlah orang kata, jika hendak kita dihormati, hormatlah diri kita dahulu... dan percayalah, jika kita diri kita pada taraf yang dihormati, pasti orang akan menghormati kita... bak kata orang, perempuan seksi selalu di pandang kerana keseksian dia, tapi perempuan muslimah selalu dipandang kerana kehormatan dirinya... cantik sangat islam itu, meletakkan wanita ketempat yang mulia...

status di fb selalu aku baca:
wanita sebelum kahwin dijaga oleh bapa, bila kahwin suami pula yang jaga, punyalah Allah sayang kan wanita... (UAI)
(lebih kurang la...)

heheheh, sedarkan, cantik sangat kalau kita hidup mengikut syariat... mengikut ajaran, tetapi kenapa susah untuk istiqamah?

kehidupan nih banyak cabaran dan ujian, lalu kita harus kuat menempuhnya... kadang2 kita terpesong... x dapat mengikut arus... tapi adakala kita akan kembali ke tepian pantai dan mula mengharungi kembali ombak... kuatlah wahai diri...

Allah selalu ada bersama hamba-hambaNya...:)

1 comment:

Dylla Abas said...

dah lama puteri x buat entri kan..tp sekali buat entri mmg terbaekk..nice :)