Friday, April 20, 2012

Aku menangis kerana ingin bahagia


Assalammualaikum...

entri sebelum nih saya ada katakan nak buat entri tentang menangiskan? dan ya sekarang saya menepati janji itu... menangis adalah satu perkara yang berlaku dari dalam jiwa...

tangisan itu umpama deraian mutiara yang mengalir di pipi...
tangisan ibarat suara hati yang bersenandung rindu...
adakala tangisan mewakilkan rasa bahagia yang sangat tinggi...
tangisan juga adakala menceritakan tentang kebanggaan yang tiada terperi...

pelbagai tafsiran tangisan itu...
menangis seorang pecinta kerana cintanya,
menangis seorang berjaya kerana bangga,
menangis seorang ibu kerana anknya,
menangis si kaya kerana hartanya,
menangis si suami rindukan isterinya,
menangis si bayi kerana laparnya,
menangis seseorang kerana gembiranya,
dan menangis si bengis kerana marahnya...

namun selalu insan terlupa menangis seorang hamba,
hanya kerana Penciptanya...

Telah bersabda Rasulullah SAW, “Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”

nikmat menangis itu ada banyakkan??? dan saya suka sangat suka menangis...
kebaikkan peribadi apabila menangis...
  1. hati rasa tenang
  2. tiada tertanam dendam
  3. bahagia di penghujung hari
  4. meredakan sesak di dada
  5. ekpresi terlalu gembira
  6. kadang2 tersentuh dengan nikmat yang dikurniakanNya... rasa syukur tak terhingga...
  7. bila lidah kelu menyatakan rasa... biar mata yang mengambil peranannya...
hurm banyakkan kebaikan secara peribadi saya dapat...
sama x?

kalau dalam islam pula, menangis nih memang sangat baik..sebab,
Menangis itu merupakan pelajaran terpenting dalam Islam sebagai Muslim untuk bermuhasabah diri dan mengingatkan diri dengan segala seksaan yang Allah turunkan. Maka bagi setiap diri yang bergelar hamba, wajarlah bagi kita semua meluangkan waktu untuk menangis. Jikalau belum mampu untuk menangis, belajarlah untuk menangis, atau bermulalah dengan berpura-pura menangis.

Tidak dinafikan, para Nabi dan Rasul serta para sahabat di zaman mereka sering menjadikan tangisan sebagai perhiasan dalam solat-solat, doa-doa dan zikir-zikir mereka kerana takutkan kepada Allah SWT.

Telah diriwayatkan dalam hadis, ”Barangsiapa yang menangis kerana takutkan Allah sehingga berlinangan air matanya dan air matanya membasahi tanah maka dia tidak akan diazab pada hari kiamat.”

Tidak ramai yang mengetahui, air mata mengandungi 25% protein. Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ia dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.

baikkan menangis tu... sebab tu Allah ciptakan air mata untuk kita.... sekurang-kurangnya tika kita memerlukan, ia boleh meringankan jiwa...

jadi, janganlah malu untuk menangis jika itu yang terbaik... air mata itu kadangkala boleh jadi teman yang sejati penawar luka di jiwa... keluarkanlah racun yang menghantui dada tika perit yang terasa...

namun, jangan lupa jadi orang yang bahagia dan titislah air mata untuk Dia Allah S.W.T... tenang akan lebih terasa... hurm... oleh itu kawan-kawan, tak kira lelaki atau perempuan, menangis jika itu yang terbaik...:)

A Lot Of Love...


Tika hati tak keruan... inilah yang aku mampu lakukan...:)

5 comments:

Dylla Abas said...

entri ni mcm sesuai sgt nak gambarkan jiwa akk skrg ni dik..best :)

Bobo said...

menangis saja andai itu buat kamu selesa :)

Lisa Nurulain said...

menangis mengurangkan beban :)

Nur Najwa Bt Ibnu Pajar said...

menangis...bengkak da mata ni

yusuflaili(Goku) said...

salam;
jangan pulak sampai melalak.