Sunday, February 5, 2012

ubat mujarab dalam kehidupan

Ketika aku sedang  bercuti dari menulis apa-apa cerita, aku mula memikirkan hidup ini selalunya penuh dengan percubaan.  Dan kita haruslah melalui percubaan demi percubaan dengan tabah dan kuat. Pernah aku fikirkan, bagaimana hidupnya seorang  yang hampir gila tak dapat menerima hakikat kehidupan...  kehidupan yang memang penuh dengan dugaan...

Dan kini aku faham... kunci bagi sebuah kepercayaan... sebuah kekuatan... untuk melalui kehidupan ini adalah IKHLAS... ikhlas... tingginya rasa ikhlas... setinggi gunung yang tak dapat dicecah... sejauh pelangi yang tak dapat digapai... indah nya sebuah keikhlasan... dari keikhlasan menerima segala percubaan... kita mampu melalui kehidupan... dan aku akan  selalu  mengharapkan keikhlasan yang tinggi...

Ketika aku jatuh... jatuh dalam dunia yang penuh cerita dan dugaan, aku mula bangun semula... bangun dalam meniti terus kehidupan... mencari sebuah kehidupan dan melalui sebuah penceritaan dalam sebuah kisah hidup...kisah yang kadangkala sangat bahagia untuk aku lalui... dan adakala kisah yang sangat sedih untuk ditempuhi... dan adakala aku sekadar berpura-pura dalam melangkah... menasihati hati bahawa segalanya adalah baik... hurm... bolehkah aku terus melangkah untuk mencipta cerita dalam kehidupan... adakala aku takut pada sebuah kegagalan... dan adakala aku runsing memikirkan suatu masa yang akan mendatang... aku akan terus menerus meminta kekuatan...untuk melangkah... 

biar langkah itu perlahan... namun aku ingin keyakinan bahawa hala tuju aku benar... oleh itu, aku mencari sebuah keyakinan dalam pelayaran kehidupan... yang hidup penuh cabaran ini, dan dunia yang penuh ranjau dan dugaan ini perlu redha dan ikhlas... 
semoga kita terus mendapat kekuatan dalam mencari bekalan ke alam yang nyata...

6 comments:

naiemah_ramli said...

"Tanpa Satu Langkah MULA, Kita Tidak Akan Sampai Ke Mana-Mana" kan..^__^

*suka duka hidup adalah lumrah kita sbgai mnusia.. ^__^
bsabarlah mnempuh sgalanya ye ^__^

Gen2Merah said...

yaa, teruskan langkahan ini dengan semangat dan keyakinan diri yang tinggi.. perjalanan hidup ini masih luas... fikirkan yang +, pasti akan menemui titik pangkal yang kita harapkan

cik pika said...

eclas is the most important thing.. law buat sesuatu tu xde keiklasan.. xgune gak kan.. :)

emy|farid said...

bila terjatuh, pastikan bangun semula. jgn mengaduh kerana itu adalah dugaan utk mereka yg mampu menggalasnya

3no gr33ny said...

jangan biarkan diri kita jatuh dan ditindas orang selamanya..tunjukkan pada mereka di luar sana bahawa kita juga mampu menandingi mereka..

jangalah cepat tuan puteri berputus asa..bersabarlah dalam menempuh segenap pancaroba dunia

Cikgu Ma said...

kehidupan adalah satu medan peperiksaan...usaha dan tugas kita yang akan melayakkan kita berjaya sampai di "puncaknya"